Stadium Negeri, Gong Badak. |
RUNTUHAN demi runtuhan berlaku tanpa sebarang gegaran. Malah
alat pengukur gempa langsung tidak mencatatkan sebarang angka pada skala
Richter.
Semua runtuhan misteri ini berlaku di negeri yang terletak di
koridor Timur Semenanjung Malaysia iaitu Terengganu.
Siri runtuhan bermula dengan runtuhan stadium negeri di Gong
Badak yang masih dalam proses pembinaan. Nasib baiklah ia masih dalam
pembinaan.
Bayangkan jika ia runtuh ketika berlangsungnya satu-satu
acara besar, pasti gamat dengan kecederaan dan mungkin ada nyawa yang melayang.
Selepas runtuhan di stadium negeri, siri runtuhan ini terus
berserakan dengan runtuhan sebuah astaka di Jertih di mana ia juga masih lagi
dalam pembinaan.
Astaka, Jertih. |
Runtuhan astaka ini menyebabkan enam pekerja warga Indonesia
terperangkap dalam runtuhan namun semuanya berjaya diselamatkan.
Runtuhan yang paling baru dan masih lagi belum dapat
dipastikan kesahihannya didakwa berlaku di Kompleks Tekstil juag dalam
pembinaan di Kijal.
Gambar-gambar yang dirakamkan menunjukkan memang terdapat
beberapa runtuhan terutamanya pada struktur siling bangunan.
Kompleks Tekstil, Kijal. |
Apa yang menjadi tanda tanya penulis ialah, apakah pihak
yang berwajib tidak mengambil iktibar daripada apa yang berlaku terhadap
stadium negeri di Gong Badak dan mengapa wabak runtuh ini berterusan?
Apakah tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap
kontraktor yang bertanggungjawab menjalankan pembinaan? Mungkinkah ini ada
kaitan dengan kontraktor kroni yang memang banyak memegang projek namun gagal
melaksanakannya dengan sempurna.
Kompleks Tekstil, Kijal. |
Semua ini harus dihentikan bagi menjamin keselamatan orang
ramai dan mengelakkan kerugian yang berterusan.