Tarian punggung sudah berlalu, sekarang tibalah masa untuk
menikmati tosei pulak secara percuma Ahad ini.
“Jamuan tosei” ini dijadualkan akan berlangsung di hadapan
rumah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mungkin sebagai membalas kenyataan oleh Khalid.
Malah, kenyataan ini seolah-olah memberi lampu hijau kepada
sesiapa sahaja untuk membuka gerai perniagaan di hadapan mana-mana rumah yang
mereka mahu.
Jadi selepas ini sesiapa yang mahu menjalankan sebarang
perniagaan tidak perlu lagi memohon lesen dan membayar sewa tapak perniagaan
kepada pihak berkuasa tempatan.
Mereka boleh berniaga di hadapan rumah siapa sahaja yang
mereka suka. Kasihan kepada mereka yang mempunyai rumah di lokasi strategik
sudah depan rumah mereka akan jadi tapak pasar tani.
Semalam pula, ada desas desus mengatakan bahawa akan ada sekumpulan
peniaga yang akan membuka tapak perniagaan di hadapan rumah Pengerusi Bersama
Bersih, Ambiga Sreenevasan.
Tindakan balas membalas antara pro Bersih dengan kumpulan
Anti-Bersih seolah-olah tidak akan berpenghujung malah mungkin akan berterusan.
Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan sikap yang langsung
tidak matang dalam berpolitik. Sampai bila perkara ini nak diteruskan? Takkan
nak tunggu sampai PRU-13 baru nak berhenti.
Apa yang menyedihkan ialah tindakan beberapa bekas tentera
yang ‘menyajikan’ tarian punggung di hadapan rumah Ambiga amat memalukan.
Tindakan ini jelas tidak menunjukkan mereka pesara tentera
yang cetek pemikiran. Perbuatan mereka juga mencalarkan imej sebagai
bekas tentera yang sepatutnya memiliki jati diri tinggi.
Kini rumah Datuk Khalid pula menjadi sasaran, apa pula
selepas ini? Burger sudah, tarian sudah, tosei on the way, lepas tu..???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan