Terdapat banyak persoalan mengenai pengagihan ‘Durian Runtuh’ yang
diumumkan oleh DS Najib kepada peneroka Felda baru-baru ini.
Ada yang bersyukur, malah tidak kurang juga yang mencebik bibir tanda
tidak bersetuju dengan agihan yang menimbulkan tanda tanya.
Ramai yang tertanya-tanya dari
mana datangnya duit sebanyak RM1.689
billion untuk diagihkan kepada peneroka sedangkan umum mengetahui bahawa untuk
menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13, kerajaan memerlukan dana yang besar.
Banyak analisis dibuat untuk merungkai apa sebenarnya permainan yang
direncanakan oleh DS Njaib dan konco-konconya.
Berikut adalah hasil analisis terhadap ‘Durian Runtuh’ yang diumumkan DS
Najib untuk peneroka Felda.
1. Peneroka perlu memajakkan tanah mereka untuk mendapatkan wang durian
runtuh sebanyak RM15K. Mana-mana peneroka yang tidak setuju memajakkan tanah
mereka maka tidak akan dapat wang tersebut. Secara umumnya duit berkenaan
adalah milik peneroka yang bersetuju memajakkan tanah mereka.
2. Peneroka perlu menandatangani perjanjian pinjaman untuk memberi saham
FGVH. Dalam erti kata lain, peneroka perlu MEMINJAM daripada bank untuk membeli
saham.
3. Duit pinjaman disalurkan terus ke FGVH dengan harga bagi seunit saham
sebanyak RM4.65.
4. FGVH mengeluarkan pelan
perancangan yang menyatakan mereka akan menjual pegangan saham mereka sebanyak
59% kepada pelabur baru.
5. FGVH juga menyatakan bahawa mereka akan menerbitkan saham baru
berjumlah RM980,000,000. Saham ini akan dijual kepada pelabur baru san saham
baru inilah dipercayai akan dijual kepada peneroka.
6. Ini bermakna,
peneroka Felda telah meminjam untuk beli saham dalam FGVH dan akhirnya menjadi
wang yang mana disifatkan oleh DS Najib sebagai ‘Durian Runtuh’.
Kesimpulannya:
Peneroka gadai tanah = bank bagi pinjaman beli saham = peneroka bagi duit
pinjaman kepada FGV = DS Najib bagi duit pada peneroka = Peneroka gumbira sakan
hingga mengalirkan air mata sebab terlalu gembira dengan ‘pemberian’ ini.
2 ulasan:
syukur kerajaan pada masa dahulu mewujudkan felda menolng org kurang mampu memiliki tanah dan rumah dan mebayar ansuran selama bertahun2..malah ada ramai juga penerka yg gagal melunaskan hutang terus dilupuskan terus hutang mereka...
Ya..syukur kerajaan PADA MASA DAHULU..tapi kerajaan kini? Cuba renungkan..Saya juga berasal dari Felda dan saya ikuti segalanya tentang Felda kerana bapa saya menjadikan saya sebagai rujukan sekiranya ada perkara yang tidak beliau fahami..Malah saya meneliti setiap borang dan juga dokumen perjanjian yang diberikan kepada peneroka. Untuk pengetahuan saudara, saya merupakan pengamal media dan berkhidmat di media arus perdana. Setiap apa yang dibuat oleh kerajaan akan dikaji oleh pihak media untuk dijadikan bahan berita. Kini terpulang kepada peneroka untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Terima kasih atas ulasan saudara..
Catat Ulasan