MUSIM perayaan sudah tidak jauh lagi. Tinggal beberapa
selekoh aje lagi untuk kita memenuhi lebuh raya dan jalan-jalan utama untuk
pulang ke kampung halaman masing-masing.
Apa yang terlintas di fikiran penulis bila sebut sahaja
musim perayaan ketika ini ialah mengenai bekalan gula serta bahan mentah
seperti ayam, daging dan gula.
Apakah masalah yang sama bakal berulang seperti tahun-tahun
yang sudah? Kebiasaannya, penggunaan gula pasti meningkat di musim perayaan.
Dan sudah pasti masyarakat bakal berhadapan dengan krisis
gula yang tidak pernah berkesudahan. Buat masa ini semuanya Nampak terkawal dan
tiada sebarang masalah untuk mendapatkan bekalan bahan pemanis makanan itu.
Tapi kita tunggu dan lihat pada pertengahan bulan Ramadhan
nanti. Sudah pasti akan berlaku kekurangan bekalan.
Penulis sudah mengikuti perkembangan masalah kekurangan
bekalan ini sejak beberapa tahun yang lalu di mana ia semakin memuncak di musim
perayaan.
Yang pastinya masalah kekurangan bekalan sudah tentu akan
berkesudahan dengan peningkatan harga yang melambung-lambung. Masalah ini
sepatutnya dipantau oleh pihak berkenaan bagi mengelakkan ia daripada timbul.
Namun sebelum ini, apabila berlakunya masalah kekurangan
bekalan seperti gula media kerajaan akan memainkan peranannya untuk
‘menenangkan’ keadaan. Maka timbullah iklan dan pelbagai kempen yang meminta
rakyat mengurangkan pengambilan gula.
Mengapa kempen ni hanya rancak diwar-warkan di kala krisis
kekurangan bekalan meruncing? Bahkan ketika ini pun tiada sebarang kempen
membabitkan kesihatan atau apa jua yang berkaitan dengan pengambilan gula
berlebihan.
Terang-terangan ia hanyalah dakyah yang diadakan untuk
menutup mulut masyarakat dari mengomel tidak puas hati dengan kenaikan harga
barangan mentah secara mendadak.
Namun yang peliknya dalam masyarakat kita, walau seteruk
mana pun ditipu dan dimomokkan dengan perkara mungkar, golongan kuffar ini
tetap disokong. Itu yang pelik.
Kalau perkara ini terus terusan berlaku, bila kita nak
mencapai perubahan? Siapa yang nak bantu kita di kala dilanda masalah ekonomi
yang meruncing dengan kos sara hidup yang meningkat dan juga peningkatan kadar
jenayah yang tidak pernah surut? Tepuk dada, tanyalah iman….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan