MOHAMMED Morsi telah
diisytiharkan sebagai Presiden Mesir secara rasmi oleh suruhanjaya pilihanraya
pada Ahad lalu sekaligus menumpaskan pemerintahan tentera sejak enam dekad lalu.
Rakyat Mesir
kini telah bersatu di belakang Morsi sebagai peluang untuk menghapuskan negara
rejim sebelum ini yang sekian lama mengcengkam rakyat negara itu.
Morsi meraih
sokongan 51.7 peratus undi mengalahkan pencabarnya, Ahmed Shafiq dalam pusingan
kedua pilihan raya presiden yang diadakan minggu lalu.
Kemenangan
Morsi itu sekaligus menggangikan Hosni Mubarak yang digulingkan 16 bulan lalu
dan pengumuman itu disambut dengan sorakan gemuruh penyokong Ikhwan di Dataran
Tahrir.
Laungan takbir
Allahuakbar bergema di segenap ceruk rantau negara itu sambil diiringi tepukan
dan dimeriahkan lagi dengan kibaran bendera kebangsaan serta bunga api.
Kemenangan itu
juga memecah tradisi Mesir kerana negara tu biasanya dikuasai pemimpin tentera
yang menjadi pemimpin negara itu sejak sistem monarki tamat 60 tahun lalu.
Diharapkan dengan kebangkitan parti
yang berdasarkan Islam di Mesir itu memberi cetusan semangat serta wadah baru
dalam perjuangan menegakkan negara Islam di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan