DUA dasar baru yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam (SPA) mendapat menimbulkan pelbagai reaksi dari masyarakat
khususnya golongan berpendidikan tinggi.
Dasar pertama SPA ialah membenarkan pemegang Ijazah Sarjana
Muda memohon jawatan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi
membolehkan semua calon bersaing dalam memohon mana-mana jawatan yang
bersesuaian tanpa sekatan tahap kelayakan akademik.
Manakala dasar kedua pula membenarkan calon mengemukakan
permohonan sehingga 15 jawatan pilihan dalam Borang Permohonan Pekerjaan Online
SPA8i berbanding lima jawatan sebelum ini.
Apa penulis lihat ialah kita sedang menuju ke arah hala tuju
yang salah. Cuba perhatikan dalam sektor pekerjaan amat jarang sekali kita
lihat kaum lain menjadi posmen, jarang sekali kaum lain menjadi pengawal
keselamatan dan jarang sekali kaum lain menjadi jurutol.
Apakah bangsa Melayu menuju ke arah kemunduran tatkala
bangsa lain berlumba-lumba mengejar kemajuan?
Universiti India dan Cina menyediakan pelajarnya ke alam realiti,
namun universiti Melayu menyediakan pelajarnya ke alam fantasi yang pastinya
akan berkesudahan dengan melahirkan graduan yang tiada masa depan!
Bukan itu sahaja, mereka berkelayakan ijazah ke atas ini
bakal menanggung kos sara hidup yang tinggi bila berdepan dengan dunia realiti kelak.
Apa tidaknya dengan gaji bertaraf SPM, terpaksa pula menanggung hutang PTPTN
sudah pasti mereka akan terbeban.
Inikah masa depan yang didambakan oleh rakyat untuk
meneruskan kehidupan di bawah pimpinan kerajaan yang terang terangan menjadikan
fahaman secular sebagai landasan untuk metadbir negara?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan