KENYATAAN seorang ahli akademik dari sebuah universiti awam
berkenaan dengan pemberian bekalan air percuma oleh kerajaan negeri Selangor mendapat
perhatian penulis.
Menurut beliau langkah tersebut adalah tidak bijak dan bukan
bersifat lestari. Prof Dr Suhaimi Abdul Talib juga berkata, dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan
negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi
meningkatkan kemudahan infrastruktur.
Katanya, walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air.
Katanya, walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air.
Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi
Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM),
memberi amaran," Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak
terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan
berikutan peningkatan permintaan yang mendadak."
Namun apa yang menarik perhatian penulis ialah kenyataan bongkak beliau yang hanya mengambil kira golongan berpendapatan sederhana dan tinggi sahaja malah menidakkan hak golongan berpendapatan rendah.
Namun apa yang menarik perhatian penulis ialah kenyataan bongkak beliau yang hanya mengambil kira golongan berpendapatan sederhana dan tinggi sahaja malah menidakkan hak golongan berpendapatan rendah.
Kenyataan tersebut ialah: "Jika kita perlu membayar bil
air kita sebanyak RM40 sebulan, apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih
daripada RM40 ke atas (telefon bimbit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan
mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bagi bil air kita."
RM40 memang tidak menjadi masalah kepada golongan
berpendapatan tinggi dan segelintir golongan berpendapatan sederhana, namun
adakah kita menilai secara keseluruhan? Tahukah kita bahawa dalam negara ini
masih lagi terdapat golongan miskin dan daif?
Atau mungkin kita tahu namun buat-buat tak tahu sebab kita
sendiri hidup dalam limpahan rezeki yang membukit? Cuba fikir secara
keseluruhan dan jangan hanya ,mengambil kira golongan mampu sahaja.
RM40 bagi golongan miskin amat besar nilainya malah ada yang
tidak mampu untuk menyediakan RM40 bahkan untuk mengisi tembolok sendiri pun
belum tentu mencukupi inikan pula dengan tanggungan yang tergalas di bahu
mereka.
Penulis menyokong kenyataan beliau tentang mendidik
penggunaan air secara berhemah namun jangan hanya menilai dari sudut bekalan
air sahaja. Kini rakyat menanggung beban kos sara hidup yang melampau.
Bukan sahaja golongan yang bekerja sendiri atau di syarikat
swasta sahaja malah kakitangan kerajaan dari gred yang rendah turut menanggung
beban. Kalau tak percaya cuba tanya kakitangan kerajaan di Putrajaya.
Penulis pernah bersembang dengan salah seorang kakitangan
kerajaan yang bertugas di Putrajaya sebagai Pembantu Tadbir. Isterinya juga
kakitangan kerajaan yang turut memegang jawatan yang sama. Mereka menanggung
dua orang anak yang masih belum bersekolah.
Memandangkan kedua-duanya bekerja, jadi anak mereka perlu
dihantar ke rumkah pengasuh atau pusat asuhan kanak-kanak. Tahukah anda kadar
untuk menghantar anak ke pusat asuhan atau mengupah penjaga sahaja adalah
sebanyak RM300 untuk seorang!! Itu seorang..bagaimana jika mereka yang memiliki 3 atau 4 atau 5 orang anak?
Benar, terdapat Taska Permata di bawah pentadbiran
Rosmah..namun ia tidak cukup untuk menempatkan semua anak kakitangan kerajaan
ini. Gaji permulaan mereka sangat rendah hinggakan setiap bulan terpaksa
berkira-kira untuk mengeluarkan belanja.
Pendek kata, tak panjang cerita, mereka sebenarnya
menanggung beban kos sara hidup yang teramat tinggi itu untuk kakitangan
kerajaan, bagaimana pula dengan mereka yang menanggung keluarga dengan bekerja
sendiri atau kakitangan swasta.
Jadi kepada semua
ahli akademik yang rasa-rasa nak bagi kenyataan yang mengatakan sesuatu pihak
itu ‘tidak bijak’, fikir dahulu sejenak…jangan ingat semua orang berpendapatan
tinggi dan sederhana..kalau semua rakyat mampu, takkan TV3 hasilkan rancangan
BERSAMAMU…..
2 ulasan:
Belajar bertingkat-tingkat tidak semestinya akal bertingkat-tingkat malah ada yang tidak bertingkat langsung.
Itulah jadinya kalau buat kenyataan pentingkan diri sendiri...terima kasih saudara pospey kerana memberi ulasan.
Catat Ulasan