PERBUATAN segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab
mencemar sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka dengan membawa ‘bendera baru’
serta melakukan pelbagai aksi tidak senonoh amat mengecewakan.
Penulis sendiri tertanya-tanya sama ada kumpulan ini adalah
dari pro kerajaan atau pun pembangkang namun usahlah kita menekankan sangat
mereka dari pihak mana yang penting ialah kita mengetahui siapa mereka
sebenarnya.
Tindakan mereka yang tidak matang langsung tidak
menggambarkan perilaku rakyat Malaysia yang sememangnya sudah sebati dengan
bendera sedia ada malah ia diterima dan dikenali di peringkat antarabangsa.
Tindakan inilah yang mencemarkan setiap perhimpunan yang
dianjurkan oleh pihak pro pembangkang malah ia turut diselar keras oleh
pemimpin pembangkang.
Jelas sekali tindakan yang berupa provokasi ini juga dikutuk
oleh pemimpin pembangkang sendiri jadi tidak mungkin ia mendapat arahan dari
mereka.
Jadi siapakah mereka? Adakah mereka dibayar untuk melakukan
provokasi itu? Atau adakah mereka menerima arahan dari pihak tertentu untuk
mencemari perhimpunan Janji Bersih. Setidak-tidaknya akan ada isu yang boleh
dibangkitkan dengan adanya tindakan kurang matang ini.
Bagi penulis, wajarlah mereka diburu dan diambil keterantgan
serta disiasat dibawak akta yang sedia ada bagi memastikan tiada sebarang
tindakan berunsur ancaman serta boleh menimbulkan kacau bilau dalam negara.
Itu antara beberapa ‘insiden’ yang mencemari sambutan hari
kemerdekaan di Dataran Merdeka. Malah pada waktu yang sama juga, terdapat
beberapa lagi insiden yang kurang enak didengar. Di Kota Bharu, Kelantan, sebuah
bas yang membawa peserta program Jelajah
Merdeka Rakyat PKR di sini disimbah cat dan diserang.
Namun semua provokasi ini tidak memungkinkan pihak penganjur
perhimpunan Janji Bersih dipersalahkan atas alasan melanggar Akta Perhimpunan
Aman 2011. Jelas sekali sejak mula perhimpunan ini dirancang memang terdapat
cubaan untuk menggagalkannya termasuk daripada agensi kerajaan dan juga pihak
berwajib sendiri.
Apa tidaknya, awal-awal lagi permit serta kebenaran untuk
berhimpun disekat malah jika difikirkan mengikut logik perlukah rakyat Malaysia
yang berhimpun untuk meraikan hari kemerdekaan yang bersejarah meminta
kebenaran dan perlu memohon permit dari pihak berwajib?
Adakah sambutan merdeka negara sendiri memerlukan kebenaran
untuk diraikan oleh rakyat jelata? Ini juga satu tindakan yang kurang bijak
oleh pihak berkenaan dalam usaha menggagalkan himpunan rakyat dan ia
sememangnya bermotifkan politik semata-mata.
Mungkinkah di masa akan datang, setiap rakyat yang mahu
merayakan sebarang perayaan wajib mendapatkan permit dan meminta kebenaran?
Jika benar, ini bermakna rakyat bukan sahaja bakal menghadapi kesesakan
lalulintas ketika pulang berhari raya malah mereka juga perlu beratur panjang di balai polis berdekatan untuk meminta kebenaran..!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan