Penulis terkedu dengan tindakan Pertubuhan Pribumi Perkasa
yang menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ketika beliau menyampaikan
tazkirah maghrib di Masjid Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah semalam.
Tindakan provokasi tidak matang ini pada penulis langsung
tidak menggambarkan perjuangan sebenar yang dibawa oleh Perkasa iaitu untuk
memperjuangkan bangsa Melayu.
Adakah tindakan membaling kasut dan mengganggu tazkirah maghrib
ini satu perbuatan yang boleh diterima akal jika difikirkan berdasarkan moral?
Ini bukan sahaja mencemarkan majlis ilmu malah turut
menyebabkan terpalitnya satu titik kotor pada agama Islam itu sendiri. Jangan
hanya kerana bencikan penyampai tazkirah hinggakan isi tazkirah yang jelas dari
al-Quran dan Hadis turut ditolak dan dicemuh mentah-mentah.
Perkasa perlu mengawal semua ahlinya agar tidak bertindak
diluar batasan. Jika benar mereka memperjuangkan bangsa, di mana mereka ketika
orang Melayu diserang oleh sekumpulan 20 pendatang Myanmar di Puchong baru-baru
ini?
Mangsa yang mengalami patah kaki dan tengkuk itu bukan
sahaja dibelasah malah turut ditetak dengan parang. Di mana Perkasa? Mana
Pekida? Mana mereka tatkala orang Melayu dibelasah sewenangnya oleh PENDATANG
Myanmar?
Adakah pendatang Myanmar ini diberi lesen atau kebenaran
untuk bebas melakukan apa saja di bumi bertuah ini? Takkan Perkasa dan Pekida
hanya berani bila melibatkan bangsa sendiri sahaja.
Sekurang-kurangnya pergilah berhimpun dan nyatakan bantahan
di kedutaan Myanmar. Apa yang cuba penulis sampaikan di sini bukanlah untuk
menghasut bangsa Melayu bangkit dan bertindak sendiri tanpa lunas
undang-undang.
Malah tidak ada sedikit pun niat untuk menghasut rakyat agar
menentang pendatang asing. Tapi bila dah hari-hari terpampang pelbagai cerita negatif
puak pendatang ini di dada akhbar, hati siapa tidak panas??
Sekurang-kurangnya mereka yang kononnya memperjuangkan
bangsa ini bersuara apabila bangsa
sendiri dihenyak oleh kaum pendatang. Mereka ini (Pendatang Myanmar) bukan
sahaja menindas orang Islam di negara mereka sahaja malah turut berkelakuan
biadap di negara orang.
Setidak-tidaknya ia tidaklah menampakkan mereka hanya berani
berdepan dengan bangsa sendiri, tetapi bila membabitkan pendatang asing, semua
tunduk menikus….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan