29/04/12

Update BERSIH 3.0 (Gambar) Part II

Makcik bersemangat turun ke jalan raya sebelum pilihan raya.

Laluan ke Dataran Merdeka ditutup

Pekarangan Masjid Negara.

Ketibaan peserta bertali arus di stesen KTMB

Keadaan kedai makan yang sesak dipenuhi peserta.

Inilah yang dikatakan merugikan peniaga. Hakikatnya peniaga mendapat durian runtuh dengan kehadiran peserta.

Peserta berehat di tepi jalan sebelum ketibaan pimpinan.

Lautan manusia.

Jalan lengang kerana kebanyakan laluan ditutup pihak polis.

Pihak polis mara ke Masjid Negara.

Unit Amal

Kuning...

Jentera pengganas...

Jentera bersedia untuk menyerbu dan mengganas.

Menjadi perhatian peserta BERSIH 3.0

Trak yang bakal mengangkut peserta ke PULAPOL. Janji Hishammuddin mainan semata-mata.


Sebelum mengganas...


Polis kelihatan tenang di sebelah pagi, namun pada sebelah petang mereka bertukar menjadi ganas hingga ratusan peserta mengalami kecederaan serius.

Mungkin sedang mengumpul tenaga sebelum membelasah peserta perhimpunan aman.

Pelancong asing.

Pemantauan udara memberi kelebihan pada PRDM (Polis Raja Di Malaysia)

Pagi normal, petang disampuk jin hingga bertindak membabi buta..

Rehat sebelum menurun dan masuk hantu...

Tenang sebelum bertindak kejam..

Peserta yang bakal menjadi mangsa kekejaman polis...

Peserta (kanan) langsung tidak menghiraukan lautan polis di hadapannya. Salute...

Pengiring menunggang motosikal berkuasa tinggi mengiringi konvoi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ke Masjid Negara. Walau terdapat banyak sekatan oleh pihak polis, namun mereka berjaya menyelinap masuk. Syabas.... 

Bersedia untuk membawa peserta cedera ke hospital..

Dataran Maybank.

Lautan manusia sebelum mereka dikejar, ditangkap dan dibelasah dengan kejam oleh polis.

Perseta di hadapan Hospital Tung Shin.

Hospital yang pernah disembur water canon oleh FRU.



Peserta beransur...mereka tidak tahu apa yang bakal mereka hadapi selepas itu. Kekejaman polis...

Peserta ceria sebelum diperlakukan dengan kejam oleh polis.

Rehat..


.

Penulis memohon maaf kerana tidak berjaya merakamkan sebarang insiden keganasan yang berlaku berleluasa di Perhimpunan BERSIH 3.0. Ketika keganasan berlaku penulis sudah beredar dari Dataran Maybank berikutan arahan pimpinan untuk bersurai tanpa menjangka sebarang keganasan akan berlaku. Ketika penulis beredar semuanya dalam keadaan terkawal dan baik. 
 Sebarang berita terkini akan diupdate dari masa ke semasa.

28/04/12

Update Sekitar BERSIH 3.0 (Gambar)

Mohamad Sabu berucap di Dataran Maybank.

Peserta tiba dari pelbagai negeri seluruh negara menjadikan Masjid Negara sebagai tempat transit.

Semangat anak muda ini perlu dicontohi. Mereka sanggup datang dari jauh semata-mata untuk menegakkan kebenaran. 

Keadaan di perkarangan Masjid Negara sekitar jam 11 pagi.

Anggota trafik mengawal lalulintas.

Peserta semakin bertambah ramai apabila ramai yang baru tiba menyertai kumpulan yang sedia ada.




Perkarangan Keretapi Tanah Melayu Berhad berhadapan Masjid Negara.

Unit Amal sedia berkhidmat kepada peserta BERSIH 3.0

Ketibaan Mohamad Sabu di Masjid Negara.

Mohamad Sabu disambut meriah oleh semua peserta BERSIH 3.0

Perhimpunan dimeriahkan lagi dengan kumpulan anti Lynas yang turut serta.

Jentera yang ditunggu-tunggu..

Salah seorang peserta cuba menahan jentera ini

Inilah jentera yang cuba ditahan oleh peserta tersebut.

Peserta bersama jentera FRU.

Unit udara PDRM menghabiskan minyak helikopter sejak awal pagi.

Anggota polis bersiap siaga.

Benteng polis ini bakal menahan peserta perhimpunan dari mara ke Dataran Merdeka.

Benteng lagi...Kesian polis ini ditengking ketua mereka di tengah panas.

Wan Abdul Bari (depan, kanan) pernah menggegarkan kemaman apabila mengetuai rombongan merobohkan Masjid Bujal, Kijal suatu ketika dahulu.

Kini beliau bertugas di Kuala Lumpur dan mengetuai polis di kawasan Masjid Negara.

Di hujung sebelah kiri, peserta bersedia untuk mara ke halangan polis namun ia dibatalkan memandangkan ia perhimpunan aman.

Kenderaan awam yang mungkin tidak tahu atau tidak ambil tahu akan isu semasa hingga mereka terjebak dalam sekatan polis.

Antara peserta Anti Lynas (Himpunan Hijau 3.0). Lawak jer..

Berjemur ala Mat Salleh Binti Endut di tengah hari buta...

Mulanya ku sangka beliau Pak Samad,namun setelah diamati nyata telahanku meleset.

Azizulhasni Awang turut memeriahkan BERSIH 3.0. Hahahahahahaha.

Dua lapis halangan oleh polis.

Berlatarbelakangkan barisan polis berhampiran bangunan Dayabumi
.

Solat tetap solat....Walaupun di luar masjid penuh dengan polis, namun peserta tawaduk dalam menunaikan tanggungjawab terhadap Ilahi.

Trak FRU. 

  Dataran Maybank.

Bersiap untuk bersama peserta mara ke Dataran Merdeka.

Deretan manusia di Dataran Maybank.

Pejuang...


Lautan manusia dari Dataran Maybank hingga ke Masjid Jamek.

Gabungan peserta BERSIH 3.0 dan Anti Lynas.

Ini buktinya...


Mohamad Sabu berucap di Dataran Maybank.


Selepas ini berlaku adegan pedih mata dan hidung meleleh dek tembakan tear gas oleh FRU.