13/08/12

Janji Bersih: Jangan ada provokasi...



Susulan daripada Himpunan Janji Bersih yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.


Kumpulan yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunus itu menyatakan ancaman berbaur ugutan itu secara jelas dan terbuka namun apa yang penulis kesalkan ialah tiada langsung tindakan susulan yang diambil oleh Polis walaupun ia jelas menunjukkan motif untuk menimbulkan kacau bilau.

Terdapat banyak reaksi yang serta kenyataan yang berunsur ‘nasihat’ dan juga ‘teguran’ oleh pihak pegawai kanan polis dan juga beberapa menteri serta pemimpin terhadap Himpunan Janji Bersih ini walaupun hingga sekarang langsung tiada kata-kata yang berbaur ugutan sebagaimana yang dinyatakan oleh kumpulan MTPKL.

Pihak berkenaan sepatutnya memberi teguran kepada MTPKL yang diterajui oleh pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu. Apakah Datuk Jamal ini mendapat green light atau lesen besar untuk bebas membuat apa sahaja termasuk ugutan untuk mengucar kacirkan keadaan secara terbuka??

Satu lagi, adakah perhimpunan Janji Bersih ini ada kena mengena dengan peeniaga sekitar kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman?? Jelas kawasan yang diwartakan untuk himpunan itu adalah di Dataran Merdeka, bukanlah di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Lagi pulak, perhimpunan dijangka akan diadakan pada waktu malam dan kebanyakan premis perniagaan di jalan Tunku Abdul Rahman sudah ditutup seawall jam 9 malam lagi. Jadi apa kena mengena dengan mereka??

Jelas ini hanyalah salah satu propaganda yang mahu melihat himpunan ini gagal dan juga cubaan untuk memburukkan keadaan. Jika himpunan oren yang membabitkan warga Felda dan Peneroka boleh dibuat dengan aman tanpa sebarang provokasi, malah pihak polis sendiri turut sama mengaminkan doa yang dibacakan oleh peserta, takkan himpunan Janji Bersih akan jadi huru-hara.

Yang pastinya, tanpa serangan atau provokasi yang dibuat oleh pihak polis atau pihak yang terdesak seperti kumpulan pendesak MTPKL, takkan berlaku sebarang kekacauan , malah ia mampu dijalankan dengan penuh harmoni dan gilang gemilang.

Pokok pangkalnya ialah jangan ada campur tangan atau provokasi sama ada daripada pihak polis mahupun kumpulan yang sememangnya hanya mahukan publisiti murahan seperti kumpulan Datuk Jamal Sekinchan Ikan Bakar ini…