9/01/13

TERKINI: Penganjur dibenar guna Stadium Merdeka

Pengurusan Stadium Merdeka membenarkan stadium itu digunakan untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat yang bakal diadakan Sabtu ini.

Ini merupakan satu perkembangan positif di mana setiap pihak memberi layanan lima bintang kepada pihak pembangkang walaupun pada mulanya agak sukar untuk mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan stadium.

Apa yang penulis harapkan ialah setiap peserta menunjukkan disiplin dan komitmen yang tinggi bagi menunjukkan bahawa kita datang bukan untuk BERTEMPUR, tetapi untuk berjuang dalam suasana yang aman dan harmoni tanpa sebraang unsur provokasi.

Ayuhlah wahai saudara rakan seperjuanganku sekalian...!!!

Buktikan kepada mereka, kita bukanlah pengganas, kita bukanlah perusuh dan kita bukanlah berniat jahat.

Niat kita cuma satu, untuk bangkit menunjukkan kuasa suara rakyat yang sudah muak dan jelik dengan perkara mungkar dan batil.

Apa yang kita mahukan hanyalah sebuah proses pilihan raya yang telus dan adil. Kita mahukan pemimpin negara sekarang mendengar dan bertindak di atas ketidakpuasan hati rakyat untuk menjamin pilihan raya yang lebih adil.

Jangan sekali-kali menimbulkan provokasi sepanjang himpunan dan peserta jangan terlalu melayan sebarang provokasi yang dibuat oleh pihak mereka. Bangkit secara aman...kita tidak sama seperti mereka yang ganas dan zalim. Allahuakbarr!!!!! Allahuakbarr!!! Allahuakbar!!!...Jumpa di sana..





Tahniah Malaysiakini..!!!!

Jangan biarkan perkara ini berulang !!

Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada portal berita Malaysiakini di atas pendirian yang teguh untuk bersama-sama rakyat menghadapai sebarang kemungkinan pada #KL112 Sabtu ini.

Pendirian yang ditunjukkan oleh Malaysiakini nyata berpihak kepada rakyat yang mendambakan ketelusan pihak media dalam melaporkan sesebuah isu.

Semalam pihak polis menggesa pihak media yang ingin membuat liputan pada #KL112 agar memohon pas yang dikeluarkan oleh polis.

Malaysiakini bagaimanapun merupakan satu-satunya setakat ini media yang enggan mematuhi arahan berkenaan atas alasan pihak polis sepatutnya menjaga keselamatan seluruh warga bukan kepada pihak media sahaja.

Malah, tindakan pihak polis itu nyata memberi pelbagai persepsi negatif masyarakat terhadap kredibiliti mereka dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan awam.

Apakah pas media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan itu sudah tidak relevan lagi? Sekiranya setiap acara memerlukan penganjur atau pihak berwajib mengeluarkan pas untuk media, jadi Jabatan Penerangan tidak perlu lagi membazirkan wang rakyat untuk kos pengeluaran kad perakuan media.

Persoalan yang bermain di fikiran penulis ketika ini ialah, bagaimana pula dengan pengamal media bebas yang kini telah wujud secara tidak langsung dengan banyakkanya di negara kita?

Apakah hak mereka dinafikan bagi membuat liputan sekiranya ia melibatkan pembangkang? Di sini sahaja sudah menunjukkan bahawa sistem demokrasi parlimen yang diamalkan di negara ini sudah tercemar kerana tiada langsung hak untuk bersuara dan penyampaian maklumat yang telus.

Penulis difahamkan, pas media yang dikeluarkan oleh Pusat Media, Bukit Aman itu hanya diperuntukkan kepada media arus perdana sahaja dan tidak kepada media alternatif lain.

Walhal peranan pengamal media adalah sama iaitu melaporkan sebarang situasi atau perkara yang berlaku secara telus dan adil. Di sinilah terpampang jelas betapa tercemarnya etika kewartawanan di Malaysia apabila melibatkan campur tangan politik.

Penulis 100% tidak bersetuju dengan tindakan polis mengeluarkan pas mereka sendiri atas alasan untuk mengelakkan kejadian silap pukul wartawan berulang sebagaimana yang berlaku pada BERSIH 3.0.

Jadi, keadaan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peserta dan juga pengamal media seperti penulis. Apakah mereka yang tidak memiliki pas berkenaan diberi kebenaran untuk dipukul dan dibelasah?

Pada pagi ini, taklimat untuk media sedang berjalan di Bukit Aman berkenaan dengan himpunan #KL112. Penulis akan cuba mengemaskini perjalanan taklimat tersebut. Tungguuuu.....


Perkembangan #KL112 akan dikemaskini


Sedar tak sedar kita sudah pun memasuki tahun baru 2013. Rasanya belum terlambat untuk penulis mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh pembaca blog yang tidak seberapa ini.

Kesibukan membuatkan penulis terabai seketika untuk kemaskini blog. Kesulitan ini amat dikesali oleh penulis sendiri namun penulis akan cuba memberi yang terbaik untuk berkongsikan isu semasa.

Terkini, umum mengetahui bahawa kita akan berdepan dengan satu lagi himpunan rakyat yang bakal menggegarkan ibukota pada Sabtu ini. Insya-Allah jika diberi izin-Nya, penulis akan menjadikan blog ini sebagai platform untuk menyiarkan secara langsung perjalanan sepanjang perhimpunan berkenaan.

Segala apa yang berlaku akan dirakam dengan lensa kamera bagi membuka mata umum situasi terkini pada perhimpunan berkenaan. Malah penulis turut mengarahkan beberapa 'anak buah' untuk turut menyalurkan maklumat terkini untuk tatapan mereka yang tidak berkesempatan untuk berjuang bersama-sama. Doakan yang terbaik buat semua peserta termasuk penulis sendiri. Wassalam.