17/05/12

Bila berpolitik secara tidak matang...



Tarian punggung sudah berlalu, sekarang tibalah masa untuk menikmati tosei pulak secara percuma Ahad ini. 

“Jamuan tosei” ini dijadualkan akan berlangsung di hadapan rumah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mungkin sebagai membalas kenyataan oleh Khalid.

Ini juga adalah hasil daripada kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Khalid yang menyatakan bahawa tindakan segelintir peniaga yang membuka gerai burger di hadapan rumah Ambiga tidak menjadi satu kesalahan.

Malah, kenyataan ini seolah-olah memberi lampu hijau kepada sesiapa sahaja untuk membuka gerai perniagaan di hadapan mana-mana rumah yang mereka mahu.

Jadi selepas ini sesiapa yang mahu menjalankan sebarang perniagaan tidak perlu lagi memohon lesen dan membayar sewa tapak perniagaan kepada pihak berkuasa tempatan.

Mereka boleh berniaga di hadapan rumah siapa sahaja yang mereka suka. Kasihan kepada mereka yang mempunyai rumah di lokasi strategik sudah depan rumah mereka akan jadi tapak pasar tani.

Semalam pula, ada desas desus mengatakan bahawa akan ada sekumpulan peniaga yang akan membuka tapak perniagaan di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan.

Tindakan balas membalas antara pro Bersih dengan kumpulan Anti-Bersih seolah-olah tidak akan berpenghujung malah mungkin akan berterusan.

Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan sikap yang langsung tidak matang dalam berpolitik. Sampai bila perkara ini nak diteruskan? Takkan nak tunggu sampai PRU-13 baru nak berhenti.

Apa yang menyedihkan ialah tindakan beberapa bekas tentera yang ‘menyajikan’ tarian punggung di hadapan rumah Ambiga amat memalukan.

Tindakan ini jelas tidak menunjukkan mereka pesara tentera yang cetek pemikiran. Perbuatan mereka juga mencalarkan imej sebagai bekas tentera yang sepatutnya memiliki jati diri tinggi.

Kini rumah Datuk Khalid pula menjadi sasaran, apa pula selepas ini? Burger sudah, tarian sudah, tosei on the way, lepas tu..???


Allahurabbi...Rosmah mengK-Popkan diri pulak dah..(Video)

Penat....semalaman penulis gelak berguling-guling menonton video kak Rosmah mengK-Popkan diri beliau dalam satu majlis.

Penulis pun tak tahu majlis apa yang pastinya terdapat beberapa artis terkenal dalam majlis tuh..Sesiapa rasa nak ubat sakit kepala dan menceriakan hari anda silalah menonton.