21/03/13

PRU: CONFIRM Rakyat kembali berteka-teki

Semalam heboh diperkatakan tentang pembubaran parlimen yang didakwa diumumkan oleh DS Najib namun segalanya hanya sandiwara....bukan sandiwara dari pemimpin tapi hanya mainan juak-juak media semata-mata.

Namun juak media jua terpedaya dengan beberapa menteri tertentu yang bila ditanya dengan poenuh konfiden mereka jawab, "CONFIRM".

Ini bermakna bukan media dan rakyat sahaja tertipu, malah menteri-menteri pun turut terkena tempias...Malang nasib penulis bila apa yang disangka fakta telah disalahtafsirkan.

Permohonan maaf penulis buat secara terbuka kepada semua pengikut blog ini seandainya terlepas "publish" perkara yang tidak sepatutnya.

Nampaknya tercalar sedikit kredibiliti penulis akibat perbuatan mereka yang tak bertanggungjawab. Yang paling best ialah bila penulis minta pengesahan dari salah seorang pak menteri dan jawapannya sama "CONFIRM".

Jadi, siapa yang ditipu dan siapa yang menipu hingga kecoh semua bilik berita? Agaknya dah lama sangat rakyat menunggu hingga terlalu teruja dan terus percaya bulat-bulat khabar angin termasuklah penulis.

Jadi, di kesempatan ini penulis memohon maaf atas kesilapan fakta berkenaan dan berharap agar ianya tidak akan berulang. Apa pun nantikan perkembangan PRU-13 yang akan penulis update secara live tentang keputusan pilihan raya setiap DUN dan Parlimen pada hari pengundian nanti. Insya-Allah.