2/02/13

Cuti peristiwa untuk DS Najib, Tun M makin nyanyuk...


Malang sungguh Perdana Menteri Malaysia ke-6 ni hilang populariti dalam sekelip mata hinggakan terpaksa mengerahkan semua cabang atau peluang yang ada untuk mengaburi mata rakyat Malaysia.

Bukan sahaja penjawat awam seperti guru-guru di kerahkan untuk meramaikan majlis beliau, tapi sampaikan pihak pengurusan sekolah terpaksa men'cutiperistiwa'kan sekolah semata-mata untuk penuhi permintaan PM Malaysia ini.

Media tidak kira media cetak mahupun media elektronik juga 'dipaksa' memuka hadapankan berita-berita yang melibatkan Perdana Menteri ke-6 ini walaupun hanya sekadar berita DS Najib kutip sampah.

Kalau media elektronik, pasti 10 minit pertama siaran akan menghidangkan berita-beritra berkaitan dengan PM Malaysia ke-6 ini walaupun hakikatnya penonton menunggu berita lain yang lebih hangat.

Tak kira masa tak kira ketika, hatta jika Malaysia dilanda tsunami sekalipun pasti media elektronik akan menyiarkan berita mengenai PM Malaysia ke-6 ini pada 5 ke 10 minit pertama siaran.

Kalau tak percaya, cuba sendiri buat research...start aje berita cuba tonton pada 10 minit pertama dan ulang tonton dalam masa seminggu, pastikan setiap siaran dicatat dan anda akan mendapat keputusannya.

Yang paling tak boleh diterima akal ialah bila PM Malaysia ke-4 pula berani menakut-nakutkan rakyat bahawa jika berlaku peralihan kuasa kerajaan, maka akan berlaku huru-hara dan kacau bilau serta saham akan jatuh merudum 

Bekas Perdana Menteri itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap bahawa negara akan diancam bahaya jika bertukar kerajaan.

Mungkin PM ke-4 ini tidak sedar bahawa sudah ada empat negeri, Umno menjadi pembangkang.
Kelantan sudah 22 tahun berkembang dengan pesat. Rakyat hidup aman tanpa apa-apa rusuhan.

Tiga negeri PR berpindah kuasa dengan baik, dan berjaya mengurus tadbir dengan baik. Buktinya ialah pelabur berani melabur. Simpanan kerajaan Selangor daripada RM400 juta meningkat kepada RM2.53 bilion.

Jadi di mana kesahihan kenyataan yang pada hemat penulis itu adalah agak melampau? Perlu ada pemikiran secara rasional dalam membuat kenyataan jangan hanya main semberono dan hentam keromo sahaja kelak diri binasa....