25/06/12

Mesir: Wadah perjuangan baru


 
MOHAMMED Morsi telah diisytiharkan sebagai Presiden Mesir secara rasmi oleh suruhanjaya pilihanraya pada Ahad lalu sekaligus menumpaskan pemerintahan tentera sejak enam dekad lalu.

Rakyat Mesir kini telah bersatu di belakang Morsi sebagai peluang untuk menghapuskan negara rejim sebelum ini yang sekian lama mengcengkam rakyat negara itu.

Morsi meraih sokongan 51.7 peratus undi mengalahkan pencabarnya, Ahmed Shafiq dalam pusingan kedua pilihan raya presiden yang diadakan minggu lalu.    

Kemenangan Morsi itu sekaligus menggangikan Hosni Mubarak yang digulingkan 16 bulan lalu dan pengumuman itu disambut dengan sorakan gemuruh penyokong Ikhwan di Dataran Tahrir.

Laungan takbir Allahuakbar bergema di segenap ceruk rantau negara itu sambil diiringi tepukan dan dimeriahkan lagi dengan kibaran bendera kebangsaan serta bunga api.  

Kemenangan itu juga memecah tradisi Mesir kerana negara tu biasanya dikuasai pemimpin tentera yang menjadi pemimpin negara itu sejak sistem monarki tamat 60 tahun lalu.  

Diharapkan dengan kebangkitan parti yang berdasarkan Islam di Mesir itu memberi cetusan semangat serta wadah baru dalam perjuangan menegakkan negara Islam di Malaysia.

22/06/12

Terengganu Darul Runtuh: Kronisme atau kelalaian (Gambar)


Stadium Negeri, Gong Badak.

RUNTUHAN demi runtuhan berlaku tanpa sebarang gegaran. Malah alat pengukur gempa langsung tidak mencatatkan sebarang angka pada skala Richter.

Semua runtuhan misteri ini berlaku di negeri yang terletak di koridor Timur Semenanjung Malaysia iaitu Terengganu.

Siri runtuhan bermula dengan runtuhan stadium negeri di Gong Badak yang masih dalam proses pembinaan. Nasib baiklah ia masih dalam pembinaan.

Bayangkan jika ia runtuh ketika berlangsungnya satu-satu acara besar, pasti gamat dengan kecederaan dan mungkin ada nyawa yang melayang.

Selepas runtuhan di stadium negeri, siri runtuhan ini terus berserakan dengan runtuhan sebuah astaka di Jertih di mana ia juga masih lagi dalam pembinaan.

Astaka, Jertih.
 Runtuhan astaka ini menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan namun semuanya berjaya diselamatkan.  

Runtuhan yang paling baru dan masih lagi belum dapat dipastikan kesahihannya didakwa berlaku di Kompleks Tekstil juag dalam pembinaan di Kijal.

Gambar-gambar yang dirakamkan menunjukkan memang terdapat beberapa runtuhan terutamanya pada struktur siling bangunan.

Kompleks Tekstil, Kijal.
 Apa yang menjadi tanda tanya penulis ialah, apakah pihak yang berwajib tidak mengambil iktibar daripada apa yang berlaku terhadap stadium negeri di Gong Badak dan mengapa wabak runtuh ini berterusan?

Apakah tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap kontraktor yang bertanggungjawab menjalankan pembinaan? Mungkinkah ini ada kaitan dengan kontraktor kroni yang memang banyak memegang projek namun gagal melaksanakannya dengan sempurna.

Kompleks Tekstil, Kijal.
Semua ini harus dihentikan bagi menjamin keselamatan orang ramai dan mengelakkan kerugian yang berterusan.

5/06/12

Tun M dah kering modal agaknya....



TAHNIAH kepada kepimpinan PAS apabila berjaya mengumpulkan segenap lapisan masyarakat dalam himpunan hijau ke Putrajaya di Kedah baru-baru ini.

Namun dalam kejayaan ini, pasti ada suara sumbang yang melemparkan tuduhan yang tidak berasas. Suara ini pastinya bimbang dengan kebanjiran rakyat yang dilihat membanjiri stadium.

Terbaru, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat tuduhan yang tidak berasas dengan menyatakan bahawa semua peserta dibayar untuk menghadiri program tersebut.

Lawak spastic ini sudah pasti membuatkan penulis terhibur di pagi hari. Agaknya Tun M ni memang dah nyanyuk kot. Mana PAS nak korek duit banyak-banyak untuk saingi himpunan jutaan belia yang menghabiskan wang rakyat?


Pelik, PAS bergantung dengan duit sumbangan dan langsung tidak memiliki sebarang modal jika nak dibandingkan dengan Umno. Ini dapat dilihat apabila Umno membelanjakan jutaan ringgit untuk menarik golongan muda.

Malah wang yang dibelanjakan itu juga dilihat tidak masuk akal apabila untuk tandas bergerak sahaja dibelanjakan sebanyak setengah juta. 


Tapi adakah PAS mempunyai modal sebesar itu untuk menarik masyarakat ke perhimpunan anjuran mereka? Sudah pasti tidak, malah pada program himpunan hijau itu langsung tiada artis K-POP yang dijemput untuk menjojolkan biji mata anak muda.

Melihat kepada gambar yang dirakam sepanjang program berlangsung memang tak masuk akal malah PAS mungkin bankrap jika semuanya dibayar untuk hadir. Kesian Tun M dah kering modal.

1/06/12

Belanja melampau di Hari Belia Negara


sumber gambar: Anak Sungai Derhaka

Tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana berjaya menganjurkan program Himpunan Sejuta Belia yang berlangsung di Putrajaya.

TAKZIAH kepada rakyat Malaysia kerana berjaya membiarkan pemimpin kerajaan membelanjakan duit rakyat dengan sewenang-wenangnya.

Tahniah kerajaan Malaysia kerana memberi hiburan yang luar biasa pada program itu dengan menjemput artis K-Pop yang sedia menari separuh bogel di pentas.

TAKZIAH rakyat Malaysia kerana berjaya menambah dosa sepanjang program itu berlangsung.

Tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana berjaya menarik minat anak-anak muda untuk berhimpun dengan menganjurkan konsert.

TAKZIAH kepada rakyat Malaysia kerana telah membiarkan pemimpin menganjurkan program yang sememangnya mengundang kemurkaan Allah SWT.

Tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana berjaya menghabiskan wang rakyat.

TAKZIAH kepada rakyat Malaysia kerana membiarkan diri anda dibelenggu kenaikan harga barang dan cukai serta penambahan beban lain sekiranya kerajaan Umno /BN memerintah penggal depan.