17/10/12

PM dimalukan oleh budak sekolah





Hahahaha…hihihi…huhuhu…Apala nasib Perdana Menteri ni kena pedajal ngan budak sekolah, nasib baik rakan budak tu cover siap bagi cadangan lagi..hahahaha…

Lihat pada minit 1:26 bila budak tu mula aju soalan berbunyi “ bolehkah datuk seri beri contoh najis mughalazah, spontan Najib memandang timbalannya Yidin pada minit ke 2:05 dan mengharapkan Yidin bantu beliau jawapan.

Namun beliau hampa bila Yidin pun seolah-olah ternganga…dengan pantas pada minit ke 2:08, ada pulak member budak ni tolong Najib bagi cadangan jawapan…aiyaaaaa…ini macham punye PM pun ada ke? Ngaku Islam tapi bab najis pun dah fail…hahahahaha…

AES: Strategi zalim kerajaan..




Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik mendapat bantahan ramai pihak ekoran ramai yang mendakwa ia suatu tindakan zalim oleh kerajaan yang menekan dan menindas rakyat.

Bermula 23 September lalu, sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, mereka menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.

Apa yang dapat penulis simpulkan di sini ialah pemasangan AES langsung tidak mencapai maksud sebenar iaitu dalam usaha untuk menangani masalah peningkatan kadar kemalangan jalan raya.

Tapi hakikatnya ia hanyalah sekadar tabung yang disediakan oleh kerajaan untuk menarik balik pemberian BR1M dan juga insentif lain yang diberikan kepada rakyat dalam bentuk wang tunai.

Ini merupakan antara taktik licik yang menjerat rakyat secara halus di mana kerajaan memberi namun menarik balik setiap pemberian dengan cara yang halus tanpa disedari oleh rakyat.

Namun ramai yang tidak terfikir di mana kebanyakan AES yang dipasang adalah ditempat yang tidak sepatutnya. Sebelum ini terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang meminta penjelasan kepada pihak berkenaan tentang mengapa AES ini tidak di pasang di kawasan kemalangan maut.

Ini bagi penulis antara alasan terbaik menjelaskan bahawa ia bukanlah penentu penurunan kadar kemalangan jalan raya.

Namun ini hanyalah salah satu taktik atau strategi yang diatur oleh kerajaan untuk menarik balik pemberian mereka kepada rakyat. Banyak lagi cara lain seperti menaikkan takrif elektrik dan kadar cukai yang dikenakan terhadap rakyat.

Namun kebanyakannya dibuat secara tidak sedar, pengguna mungkin hanya menyedarinya setelah menerima bil terkini yang perlu mereka langsaikan. Jelas sekali ia hanya mainan politik kerajaan semata-mata…

27/09/12

Soalan Percubaan SPM BERSIH Tidak Wajar..!!!



Pelbagai cara digunakan oleh pihak kerajaan dalam menanamkan rasa benci rakyat kepada perhimpunan BERSIH yang jawatankuasanya diiktiraf penubuhannya.

Terbaru, dalam kertas soalan pendidikan moral untuk peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipergunakan dengan mempersoalkan kewajaran perhimpunan BERSIH.

Walaupun ia sudah diiktiraf oleh Mahkamah Tinggi bahawa BERSIH bukanlah pertubuhan haram, namun berdasarkan soalan yang dibuat pada kertas peperiksaan itu seolah-olah menggambarkan bahawa ia pertubuhan haram.

11/09/12

Saham FGVH terus merudum...!!


Semakan pagi ini menunjukkan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) terus merudum.

Pada jam 11.30 pagi ini, harga saham itu berada pada tahap RM4.58 – turun 10 sen berbanding harga ketika kaunter ditutup semalam.

Setakat ini, saham itu mencatat harga paling rendah di tahap RM4.57, menghampiri harga tawaran pemulaannya pada RM4.55.

Trend ini berterusan walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terus meningkatkan pegangannya daripada lima peratus kepada 6.8 peratus.

Jun lalu, FGV mengeluarkan IPO kedua paling besar di dunia.

Harga saham itu turun melampaui tahap psikologi RM5 minggu lalu dan trend itu berterusan sejak Julai lalu.

Dagangan saham di Bursa Malaysia jatuh 15 mata daripada 1,618 mata ketika berita ini ditulis.

Sumber: Malaysiakini.com

FGVH: kejatuhan dan pujuk rayu pegawai Felda


Carta saham FGVH mencatatkan penurunan di paras RM4.70 pada 10 September 2012.

Saham Felda Global Ventures Holding terus mencatatkan penurunan sehingga ke paras RM4.70 pada 10 September 2012 serta mencatatkan RM4.60 pada 11 September 2012 dan dijangka akan terus jatuh.

Keadaan ini mungkin membingungkan para peneroka yang tahu serba sedikit mengenai permainan saham namun bagi  peneroka yang hanya mengikut trend sahaja sudah pastinya melopong.

Melihatkan kepada kesungguhan Isa Samad dan DS Najib ‘memujuk’ peneroka mengambil bahagian dalam pembelian saham itu pun sudah menunjukkan ada udang di sebalik batu.

Penulis sendiri telah beberapa kali meyakinkan peneroka di tanah kelahiran penulis yang merupakan tanah rancangan Felda agar berfikir banyak kali sebelum membuat keputusan membeli saham ini.

Namun apa yang menyedihkan, mereka tetap dengan keputusan mereka untuk meneruskan pembelian saham alaupun sudah diterangkan mengenai musibah yang bakal mereka alami jika berlaku penurunan.

Tidak semua warga peneroka ini berpendidikan tinggi, malah rata-rata yang memilih untuk mengambil bahagian dalam pembelian saham ini hanya ikutan trend di mana apabila melihat ramai yang mengambil bahagian di tambah pula dengan ‘rasuah’ sebanyak RM15,000 yang merupakan duit mereka sendiri tanpa mereka sedari menambahkan lagi ‘gelap mata’.

Penulis kecewa kerana segala penerangan sudah pun penulis perjelaskan kepada peneroka di kampung halaman penulis. Hanya bapa penulis sahaja yang enggan berganjak dengan keputusan untuk tidak menerima ‘durian runtuh’ dan saham ini.

Itu pun setelah dijelaskan oleh penulis dengan penerangan ringkas yang mudah difahami bagi memberi gambaran sebenar apa itu saham FGVH dan ‘durian runtuh’ yang didakwa ‘pemberian’ DS Najib.
Carta saham FGVH pada 11 September 2012.

Dalam kes melibatkan bapa penulis, beliau berterusan diasak oleh pegawai Felda di tanah rancangan itu yang tidak putus asa dan berterusan memujuk rayu beliau untuk menerima durian runtuh  macam orang gila talak layaknya.

Keadaan ini memaksa penulis membuat keputusan untuk menulis surat rasmi menyatakan bahawa bapa penulis tidak akan menerima ‘durian runtuh’ dnegan alasan masih ramai lagi golongan yang memerlukan duit itu.

Biarlah ‘durian runtuh’ itu disalurkan kepada pihak yang memerlukan. Alhamdulillah, setelah surat berkenaan dihantar kepada pejabat Felda, bapa penulis tidak lagi didatangi oleh pegawai Felda ini.

Dalam usaha memujuk itu, penulis melihat sendiri kesungguhan mereka yang menerangkan bahawa tiada tanah peneroka yang akan tergadai, apa yang dicagarkan ialah tanah plantation Felda.

Itulah omongan yang dijelaskan kepada penulis dan bapa, namun bila penulis jelaskan bahawa penulis sendiri pernah melihat dan menyemak setiap surat perjanjian serta menyatakan bahawa penulis ialah seorang petugas media, serta merta air muka pegawai Felda ini berubah dan terus meminta diri untuk berlalu pergi.

Mungkin pegawai Felda itu menyangka bahawa penulis hanyalah pekerja kilang biasa kerana selama ini bila pulang ke kampung halaman, penulis tidak pernah menyatakan pada sesiapa tentang pekerjaan hakiki penulis. Sekadar menyatakan bekerja di sebuah kilang di Kuala Lumpur.

Mungkin ramai yang termakan dengan kata-kata penulis, bukan niat untuk berbohong apatah lagi menipu tapi penulis lontarkan ia dalam bentuk gurauan tanpa menyatakan pekerjaan sebenar .

Tambahan pula, pegawai Felda berkenaan ternampak kad petugas media yang memang sentiasa tergantung dalam kereta penulis, lagilah menambahkan riak cemas pada wajah beliau.

Itu antara peristiwa yang tidak dapat penulis lupakan tentang kesungguhan pegawai Felda berkenaan. Mungkin pegawai berkenaan termakan dengan bonus yang diperolehnya atau mungkin juga mereka menerima komisen dari pujukan ini. Wallahuallam.

Melihatkan kepada kejatuhan saham FGVH sekarang ini, penulis sendiri tidak sabar untuk pulang ke kampong dan berjumpa pegawai Felda berkenaan. Mungkin sekadar bertanya khabar di samping mengeratkan silaturahim sahaja.

Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya saham FGVH ini. Buat para peneroka yang terjebak dengan saham ini, bersabarlah. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Siapa tahu mungkin dalam dua tiga hari nanti tiba-tiba saham melonjak naik pula.  

5/09/12

Perundangan Malaysia: Boleh pakai ke??


Yang ini diambil tindakan..

Pelbagai tanggapan negatif dan persepsi yang berbeza dilontarkan saat penulis mengutarakan isu berkenaan dengan undang-undang di Malaysia dan pengamal undang-undang.

Namun ia bukanlah diutarakan pada sidang DUN atau di Parlimen, hanya sekadar cakap-cakap kosong seorang rakyat biasa di kedai kopi sahaja.

Namun ia dikongsi bukan dengan calang-calang orang, tetapi jika nama mereka disebut di sini sudah pasti ramai yang terperanjat dan terkesima..namun tak perlulah penulis menyebut nama-nama rakan-rakan minum kopi penulis yang tersohor dalam arena dunia media tanah air.

Berbalik kepada persepsi masyarakat tentang perundangan di Malaysia, ramai yang mencebik dan tidak kurang juga yang menjuihkan bibir bak Angelina Jolie disuntik lagi dengan botox layaknya.

“Benci dan marah betul deme nih, ” getus penulis dalam hati. Namun bila difikirkan sejenak memang wajarlah timbul perasaan demikian dalam hati mereka sebagai rakyat di negara ini.

Yang ini diambil tindakan..

Masakan tidak, lihat sahaja dengan kadar peratusan jenayah dalam negara kini. Banyak menimbulkan kecelaruan. Ada yang kata betul tak kurang juga yang membangkang kenyataan tersebut.

Tapi dalam benak penulis, rakyat tidak perlu bergantung kepada peratusan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu sahaja dalam menentukan benar atau tidak peratusan yang dinyatakan.

Jika benar, mengapa saban hari rakyat dihidangkan dengan pelbagai kes jenayah malah ada juga yang langsung tidak dapat diterima akal perlakuan jenayahnya.

Nak tahu kebenaran tidak sukar, ambil masa dalam seminggu, beli akhbar berlainan setiap pagi dalam tempoh masa seminggu itu dan tandakan berapa banyak berita jenayah yang melibatkan pelbagai perlakuan di luar norma manusia waras.

Mudah bukan? Jadi jangan hanya bergantung kepada peratusan yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak sahaja sedangkan kesahihannya diragui.

Berbalik kepada sistem perundangan di Malaysia, setelah pelbagai kejadian dan isu hangat yang membabitkan sistem perundangan terutamanya apabila ia berkaitan dengan politik, ramai yang menidakkan ketelusan pihak berwajib dalam usaha menegakkan undang-undang dan keadilan dalam negara.

Terkini, isu tunjuk punggung di Dataran Merdeka baru-baru ini. Mengikut sejarah terdekat, perkara ini bukanlah perkara baru malah ia pernah ‘dipraktikkan’ kepada gambar-gambar pemimpin pembangkang.

Yang membezakannya ialah perlakuannya yang tidak serupa tapi kedua-duanya sama tidak senonoh. Gambar pemimpin negara dan isteri hanya ditunjukkan punggung, tetapi gambar pemimpin pembangkang dikencingnya, bukan secara tersorok tetapi secara LIVE!

Bagaimana dengan yang ini??

Namun hanya tindakan menunjuk punggung pada gambar pemimpin sahaja disiasat dan menyebabkan salah seorang pelakunya ditahan. Berbeza pula dengan senario yang sama tapi perlakuannya berbeza melibatkan pemimpin pembangkang. Gambar dikencing namun hingga kini tiada sebarang tindakan malah langsung tidak menjadi isu.

Dari satu isu ini sahaja sudah menggambarkan betapa hebatnya sistem perundangan dalam negara ini diperkotak-katikkan oleh golongan pemerintah zalim yang secara terang-terangan membuatkan timbangan keadilan berat sebelah.

Itu hanya sekelumit isu yang jelas berat sebelah dan menyimpang dari norma sistem perundangan yang adil dan telus. Kes yang lain rasanya tak perlu penulis tintakan di sini sebab ia mungkin akan merosakkan papan kekunci komputer penulis dek kerana terlalu banyak kebobrokan yang berlaku.

Persoalannya? Sampai bila ketelusan berat sebelah ini akan menjadi wadah yang perlu ditatap sebagai makan pagi harian rakyat di Malaysia? Kebimbangan dengan kadar jenayah yang semakin meningkat dan berleluasa tidak pernah lekang dalam hati sanubari setiap lapisan masyarakat.

Namun dek kerana hanya mementingkan isu remeh hingga siasatan dan misi mencari buruan pun memakan masa yang sangat singkat sedangkan banyak lagi kes jenayah berat yang masih belum tentu punca musababnya.

Dan yang ini??

Bila dah terlampau banyak kes beku yang gagal diselesaikan, akhirnya ia dilupakan dan kes ditutup. Penjenayah dengan senang hatinya lepas bebas dan kebarangkalian untuk mengulangi perbuatannya itu pasti tinggi melangit.

Yang terpaksa menanggung ialah rakyat sendiri yang berterusan hidup dalam ketakutan kerana jenayah berlaku di sana sini. Ibu bapa juga risau dengan keselataman anak-anak dan juga kediaman masing-masing.

Itu belum kira jenayah yang boleh berlaku ketika berada di luar. Jelas sekali masyarakat kita kembali kepada kehidupan jahiliyah malah tidak keterlaluan jika penulis katakan kita kembali ke zaman puntung berasap di mana seolah-olah undang-undang rimba digunapakai.

Apa yang penting ialah dahulukan kemahuan rakyat yang ingin hidup dalam persekitaran bebas jenayah dan jangan sesekali biarkan rakyat merasa rugi kerana membayar cukai yang langsung tidak memberi apa-apa makna kepada mereka.

Terkini: Pejabat Keadilan diserang samseng Umno??



Sekumpulan 30 samseng didakwa mengadakan demonstrasi dan bertindak ganas dengan menyerang ibu pejabat KEADILAN, dekat sini tengahari tadi.

Setiausaha Wanita KEADILAN, Juwairiya Zulkifli mendakwa kumpulan itu memakai kemeja-T Umno dan Barisan Nasional.

“Mereka memegang kain rentang sambil menjerit antaranya, ‘Jalur Gemilang’ dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Tak cukup dengan itu, kumpulan itu akhirnya bertindak ganas dengan cuba menumbuk mereka yang cuba mengawal keadaan,” dakwa beliau.

Demonstrasi pada jam 12.30 tengahari itu tadi dileraikan sepuluh minit kemudian dengan bantuan polis seramai 20 anggota yang terpaksa membuat sekatan di hadapan pejabat.

Kejadian ini merupakan insiden terbaru samseng Umno yang dilihat semakin berani menyerang Pembangkang sejak kebelakangan ini.

Ahad lalu, Anwar turut diserang di Masjid Al-Hussain, Seberang Pumpong, Alor Setar, Kedah ketika sedang menyampaikan tazkirah Maghrib, selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya.

Keadaan ini menampakkan segelintir masyarakat kita semakin berani bertindak ala samseng dengan membuat provokasi dan menyerang secara terang-terangan. 

Diharap pihak berwajib memainkan peranan menangkap mereka yang terlibat kerana ia jelas merupakan satu tindakan jenayah.