17/10/12

AES: Strategi zalim kerajaan..




Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik mendapat bantahan ramai pihak ekoran ramai yang mendakwa ia suatu tindakan zalim oleh kerajaan yang menekan dan menindas rakyat.

Bermula 23 September lalu, sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, mereka menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.

Apa yang dapat penulis simpulkan di sini ialah pemasangan AES langsung tidak mencapai maksud sebenar iaitu dalam usaha untuk menangani masalah peningkatan kadar kemalangan jalan raya.

Tapi hakikatnya ia hanyalah sekadar tabung yang disediakan oleh kerajaan untuk menarik balik pemberian BR1M dan juga insentif lain yang diberikan kepada rakyat dalam bentuk wang tunai.

Ini merupakan antara taktik licik yang menjerat rakyat secara halus di mana kerajaan memberi namun menarik balik setiap pemberian dengan cara yang halus tanpa disedari oleh rakyat.

Namun ramai yang tidak terfikir di mana kebanyakan AES yang dipasang adalah ditempat yang tidak sepatutnya. Sebelum ini terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang meminta penjelasan kepada pihak berkenaan tentang mengapa AES ini tidak di pasang di kawasan kemalangan maut.

Ini bagi penulis antara alasan terbaik menjelaskan bahawa ia bukanlah penentu penurunan kadar kemalangan jalan raya.

Namun ini hanyalah salah satu taktik atau strategi yang diatur oleh kerajaan untuk menarik balik pemberian mereka kepada rakyat. Banyak lagi cara lain seperti menaikkan takrif elektrik dan kadar cukai yang dikenakan terhadap rakyat.

Namun kebanyakannya dibuat secara tidak sedar, pengguna mungkin hanya menyedarinya setelah menerima bil terkini yang perlu mereka langsaikan. Jelas sekali ia hanya mainan politik kerajaan semata-mata…

Tiada ulasan: