9/01/13

Perkembangan #KL112 akan dikemaskini


Sedar tak sedar kita sudah pun memasuki tahun baru 2013. Rasanya belum terlambat untuk penulis mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh pembaca blog yang tidak seberapa ini.

Kesibukan membuatkan penulis terabai seketika untuk kemaskini blog. Kesulitan ini amat dikesali oleh penulis sendiri namun penulis akan cuba memberi yang terbaik untuk berkongsikan isu semasa.

Terkini, umum mengetahui bahawa kita akan berdepan dengan satu lagi himpunan rakyat yang bakal menggegarkan ibukota pada Sabtu ini. Insya-Allah jika diberi izin-Nya, penulis akan menjadikan blog ini sebagai platform untuk menyiarkan secara langsung perjalanan sepanjang perhimpunan berkenaan.

Segala apa yang berlaku akan dirakam dengan lensa kamera bagi membuka mata umum situasi terkini pada perhimpunan berkenaan. Malah penulis turut mengarahkan beberapa 'anak buah' untuk turut menyalurkan maklumat terkini untuk tatapan mereka yang tidak berkesempatan untuk berjuang bersama-sama. Doakan yang terbaik buat semua peserta termasuk penulis sendiri. Wassalam.








Tiada ulasan: