24/05/12

Pembohongan Naib Ketua Pemuda Kampar Terhadap DS Nizar KANTOI!! (Video)


Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin meneruskan legasi Umno dengan melakukan pembohongan terhadap Datuk Seri Nizar malah menuduh DS Nizar yang berbohong.

Isu ini timbul apabila Zamhuri mengamuk sakan di perkarangan Pejabat Tanah dan Galian hinggakan sanggup menyatakan bahawa beliau ingin keluar dari Umno dan menyertai DAP.

Jelas sekali hasil rakaman yang disiarkan di Youtube menafikan segala pertuduhan yang dibuat oleh beliau terhadap DS Nizar. Ikuti paparan video tersebut.


21/05/12

Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman Sertai PAS


 Alhamdulillah..kini ternyata apa yang diuar-uarkan sebelum ini menjadi kenyataan. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam ini dengan rasminya menyertai Pas.

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang di sini.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam Pas itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.




17/05/12

Bila berpolitik secara tidak matang...



Tarian punggung sudah berlalu, sekarang tibalah masa untuk menikmati tosei pulak secara percuma Ahad ini. 

“Jamuan tosei” ini dijadualkan akan berlangsung di hadapan rumah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mungkin sebagai membalas kenyataan oleh Khalid.

Ini juga adalah hasil daripada kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Khalid yang menyatakan bahawa tindakan segelintir peniaga yang membuka gerai burger di hadapan rumah Ambiga tidak menjadi satu kesalahan.

Malah, kenyataan ini seolah-olah memberi lampu hijau kepada sesiapa sahaja untuk membuka gerai perniagaan di hadapan mana-mana rumah yang mereka mahu.

Jadi selepas ini sesiapa yang mahu menjalankan sebarang perniagaan tidak perlu lagi memohon lesen dan membayar sewa tapak perniagaan kepada pihak berkuasa tempatan.

Mereka boleh berniaga di hadapan rumah siapa sahaja yang mereka suka. Kasihan kepada mereka yang mempunyai rumah di lokasi strategik sudah depan rumah mereka akan jadi tapak pasar tani.

Semalam pula, ada desas desus mengatakan bahawa akan ada sekumpulan peniaga yang akan membuka tapak perniagaan di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan.

Tindakan balas membalas antara pro Bersih dengan kumpulan Anti-Bersih seolah-olah tidak akan berpenghujung malah mungkin akan berterusan.

Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan sikap yang langsung tidak matang dalam berpolitik. Sampai bila perkara ini nak diteruskan? Takkan nak tunggu sampai PRU-13 baru nak berhenti.

Apa yang menyedihkan ialah tindakan beberapa bekas tentera yang ‘menyajikan’ tarian punggung di hadapan rumah Ambiga amat memalukan.

Tindakan ini jelas tidak menunjukkan mereka pesara tentera yang cetek pemikiran. Perbuatan mereka juga mencalarkan imej sebagai bekas tentera yang sepatutnya memiliki jati diri tinggi.

Kini rumah Datuk Khalid pula menjadi sasaran, apa pula selepas ini? Burger sudah, tarian sudah, tosei on the way, lepas tu..???


Allahurabbi...Rosmah mengK-Popkan diri pulak dah..(Video)

Penat....semalaman penulis gelak berguling-guling menonton video kak Rosmah mengK-Popkan diri beliau dalam satu majlis.

Penulis pun tak tahu majlis apa yang pastinya terdapat beberapa artis terkenal dalam majlis tuh..Sesiapa rasa nak ubat sakit kepala dan menceriakan hari anda silalah menonton.


16/05/12

Khas buat warga pendidik...


 
Hari ini tanggal 16 Mei merupakan hari istimeewa buat warga pendidik baik di sekolah mahupun di seluruh peringkat masyarakat.

Di kesempatan ini penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih khususnya buat para pendidik dalam negara khasnya dan seluruh dunia umumnya.

Tanpa kalian yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, nescaya gelaplah dunia tanpa ilmu dan juga amal.

Sesiapa sahaja yang memberi ilmu dan mencurahkan segala pengetahuan mereka untuk dikongsikan bersama manusia lain layaklah bergelar guru.

Dan mereka ini merupakan sebutir permata yang tidak pernah luntur sinarnya dari awal pengenalan dunia hinggalah terputus nyawa dari jasad.

Buat isteriku yang juga seorang guru, Selamat Hari Guru. Didiklah anak bangsa dengan ilmu bermanfaat dan curahkan segala pengetahuan yang ada terutamanya dalam agama kepada anak-anak dan juga murid mu.

Jasa kalian sebagai pendidik tidak akan mampu untuk dibalas….

Jika Hari Ini...
Jika hari ini seorang Perdana menteri berkuasa…
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta…
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara…
Jika hari ini seorang Ulama yang mulia…
Jika hari ini seorang Peguam yang menang bicara…
Jika hari ini seorang Penulis terkemuka…
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa…
Sejarahnya dimulakan seorang GURU biasa…
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca…

SELAMAT HARI GURU...

15/05/12

DS Najib dimalukan di UK (Video)


Mungkin kerana tidak tahan dengan kerenah DS Najib dan pembohongan yang beliau canangkan di dalam negara, rakyat Malaysia di United Kingdom menempelak DS Najib ketika beliau menyampaikan ucapan di IndigO2, London.

Keadaan ini amat memalukan beliau sebagai Perdana Menteri. Namun adakah beliau terima mesej yang cuba disampaikan oleh rakyat Malaysia di luar negara yang mahukan pilihan raya yang bersih dan adil?