29/05/12
Bajet 2013 Bentang 28 September
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September.
Najib yang juga menteri kewangan berkata Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.
"Hari ini saya di sini untuk mendengar pandangan dan saranan anda terhadap isu-isu yang kita hadapi.
"Dalam perundingan Belanjawan, kita menerima 84 memorandum. Cadangan anda akan ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013," kata Najib di Majlis Konsultasi Belanjawan 2013 yang dihadiri oleh semua pemegang kepentingan di Putrajaya hari ini.
Perdana Menteri yang mempengerusikan sesi itu, berkata tema Perundingan Belanjawan 2013 ialah Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju.- BERNAMA
25/05/12
Projek Media Baru bukti Umno terdesak
Umno kini kian terdesak dalam meraih undi untuk menghadapi
pilihan raya umum ke -13 (PRU-13) dengan menubuhkan projek media sosial mega
dengan bayaran tertentu.
Bayaran yang dikenakan ialah RM2 bagi satu ayat untuk status
Facebook tanpa gambar dan RM3 bagi satu ayat untuk status dengan gambar.
Mereka yang berminat untuk menjana ‘pendapatan sampingan’
ini perlu menghubungi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.
Nyata sekali mereka semakin terdesak dengan membuat tawaran
kepada mereka yang tiada kesedaran dan memerlukan wang dengan membuat posting fitnah
politik.
24/05/12
Pembohongan Naib Ketua Pemuda Kampar Terhadap DS Nizar KANTOI!! (Video)
Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin meneruskan legasi Umno dengan melakukan pembohongan terhadap Datuk Seri Nizar malah menuduh DS Nizar yang berbohong.
Isu ini timbul apabila Zamhuri mengamuk sakan di perkarangan Pejabat Tanah dan Galian hinggakan sanggup menyatakan bahawa beliau ingin keluar dari Umno dan menyertai DAP.
Jelas sekali hasil rakaman yang disiarkan di Youtube menafikan segala pertuduhan yang dibuat oleh beliau terhadap DS Nizar. Ikuti paparan video tersebut.
23/05/12
21/05/12
Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman Sertai PAS
Alhamdulillah..kini ternyata apa yang diuar-uarkan sebelum
ini menjadi kenyataan. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,
Datuk Fauzi Shaari malam ini dengan rasminya menyertai Pas.
Borang keahlian diserahkan kepada
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana
Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang di
sini.
Beliau turut menjelaskan, penyertaan
dalam Pas itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes
jenayah semasa berada dalam pasukan polis.
17/05/12
Bila berpolitik secara tidak matang...
Tarian punggung sudah berlalu, sekarang tibalah masa untuk
menikmati tosei pulak secara percuma Ahad ini.
“Jamuan tosei” ini dijadualkan akan berlangsung di hadapan
rumah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mungkin sebagai membalas kenyataan oleh Khalid.
Malah, kenyataan ini seolah-olah memberi lampu hijau kepada
sesiapa sahaja untuk membuka gerai perniagaan di hadapan mana-mana rumah yang
mereka mahu.
Jadi selepas ini sesiapa yang mahu menjalankan sebarang
perniagaan tidak perlu lagi memohon lesen dan membayar sewa tapak perniagaan
kepada pihak berkuasa tempatan.
Mereka boleh berniaga di hadapan rumah siapa sahaja yang
mereka suka. Kasihan kepada mereka yang mempunyai rumah di lokasi strategik
sudah depan rumah mereka akan jadi tapak pasar tani.
Semalam pula, ada desas desus mengatakan bahawa akan ada sekumpulan
peniaga yang akan membuka tapak perniagaan di hadapan rumah Pengerusi Bersama
Bersih, Ambiga Sreenevasan.
Tindakan balas membalas antara pro Bersih dengan kumpulan
Anti-Bersih seolah-olah tidak akan berpenghujung malah mungkin akan berterusan.
Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan sikap yang langsung
tidak matang dalam berpolitik. Sampai bila perkara ini nak diteruskan? Takkan
nak tunggu sampai PRU-13 baru nak berhenti.
Apa yang menyedihkan ialah tindakan beberapa bekas tentera
yang ‘menyajikan’ tarian punggung di hadapan rumah Ambiga amat memalukan.
Tindakan ini jelas tidak menunjukkan mereka pesara tentera
yang cetek pemikiran. Perbuatan mereka juga mencalarkan imej sebagai
bekas tentera yang sepatutnya memiliki jati diri tinggi.
Kini rumah Datuk Khalid pula menjadi sasaran, apa pula
selepas ini? Burger sudah, tarian sudah, tosei on the way, lepas tu..???
Allahurabbi...Rosmah mengK-Popkan diri pulak dah..(Video)
Penat....semalaman penulis gelak berguling-guling menonton video kak Rosmah mengK-Popkan diri beliau dalam satu majlis.
Penulis pun tak tahu majlis apa yang pastinya terdapat beberapa artis terkenal dalam majlis tuh..Sesiapa rasa nak ubat sakit kepala dan menceriakan hari anda silalah menonton.
Penulis pun tak tahu majlis apa yang pastinya terdapat beberapa artis terkenal dalam majlis tuh..Sesiapa rasa nak ubat sakit kepala dan menceriakan hari anda silalah menonton.
Langgan:
Catatan (Atom)


