3/09/12

Bendera baru: Siapa dalangnya...?



PERBUATAN segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab mencemar sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka dengan membawa ‘bendera baru’ serta melakukan pelbagai aksi tidak senonoh amat mengecewakan. 

Penulis sendiri tertanya-tanya sama ada kumpulan ini adalah dari pro kerajaan atau pun pembangkang namun usahlah kita menekankan sangat mereka dari pihak mana yang penting ialah kita mengetahui siapa mereka sebenarnya.

Tindakan mereka yang tidak matang langsung tidak menggambarkan perilaku rakyat Malaysia yang sememangnya sudah sebati dengan bendera sedia ada malah ia diterima dan dikenali di peringkat antarabangsa.

Tindakan inilah yang mencemarkan setiap perhimpunan yang dianjurkan oleh pihak pro pembangkang malah ia turut diselar keras oleh pemimpin pembangkang.

Jelas sekali tindakan yang berupa provokasi ini juga dikutuk oleh pemimpin pembangkang sendiri jadi tidak mungkin ia mendapat arahan dari mereka.

Jadi siapakah mereka? Adakah mereka dibayar untuk melakukan provokasi itu? Atau adakah mereka menerima arahan dari pihak tertentu untuk mencemari perhimpunan Janji Bersih. Setidak-tidaknya akan ada isu yang boleh dibangkitkan dengan adanya tindakan kurang matang ini.

Bagi penulis, wajarlah mereka diburu dan diambil keterantgan serta disiasat dibawak akta yang sedia ada bagi memastikan tiada sebarang tindakan berunsur ancaman serta boleh menimbulkan kacau bilau dalam negara.

Itu antara beberapa ‘insiden’ yang mencemari sambutan hari kemerdekaan di Dataran Merdeka. Malah pada waktu yang sama juga, terdapat beberapa lagi insiden yang kurang enak didengar. Di Kota Bharu, Kelantan, sebuah bas yang membawa peserta  program Jelajah Merdeka Rakyat PKR di sini disimbah cat dan diserang.

Namun semua provokasi ini tidak memungkinkan pihak penganjur perhimpunan Janji Bersih dipersalahkan atas alasan melanggar Akta Perhimpunan Aman 2011. Jelas sekali sejak mula perhimpunan ini dirancang memang terdapat cubaan untuk menggagalkannya termasuk daripada agensi kerajaan dan juga pihak berwajib sendiri.

Apa tidaknya, awal-awal lagi permit serta kebenaran untuk berhimpun disekat malah jika difikirkan mengikut logik perlukah rakyat Malaysia yang berhimpun untuk meraikan hari kemerdekaan yang bersejarah meminta kebenaran dan perlu memohon permit dari pihak berwajib?

Adakah sambutan merdeka negara sendiri memerlukan kebenaran untuk diraikan oleh rakyat jelata? Ini juga satu tindakan yang kurang bijak oleh pihak berkenaan dalam usaha menggagalkan himpunan rakyat dan ia sememangnya bermotifkan politik semata-mata. 

Mungkinkah di masa akan datang, setiap rakyat yang mahu merayakan sebarang perayaan wajib mendapatkan permit dan meminta kebenaran? Jika benar, ini bermakna rakyat bukan sahaja bakal menghadapi kesesakan lalulintas ketika pulang berhari raya malah mereka juga perlu beratur panjang di balai polis berdekatan untuk meminta kebenaran..!!!     

27/08/12

Kenyataan RM40: Bukan semua rakyat mampu..!!!



KENYATAAN seorang ahli akademik dari sebuah universiti awam berkenaan dengan pemberian bekalan air percuma oleh kerajaan negeri Selangor mendapat perhatian penulis.

Menurut beliau langkah tersebut adalah tidak bijak dan bukan bersifat lestari. Prof Dr Suhaimi Abdul Talib juga berkata,  dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

Katanya, walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air.

Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberi amaran," Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak."

Namun apa yang menarik perhatian penulis ialah kenyataan bongkak beliau yang hanya mengambil kira golongan berpendapatan sederhana dan tinggi sahaja malah menidakkan hak golongan berpendapatan rendah. 

Kenyataan tersebut ialah: "Jika kita perlu membayar bil air kita sebanyak RM40 sebulan, apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bimbit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bagi bil air kita."

RM40 memang tidak menjadi masalah kepada golongan berpendapatan tinggi dan segelintir golongan berpendapatan sederhana, namun adakah kita menilai secara keseluruhan? Tahukah kita bahawa dalam negara ini masih lagi terdapat golongan miskin dan daif? 

Atau mungkin kita tahu namun buat-buat tak tahu sebab kita sendiri hidup dalam limpahan rezeki yang membukit? Cuba fikir secara keseluruhan dan jangan hanya ,mengambil kira golongan mampu sahaja.

RM40 bagi golongan miskin amat besar nilainya malah ada yang tidak mampu untuk menyediakan RM40 bahkan untuk mengisi tembolok sendiri pun belum tentu mencukupi inikan pula dengan tanggungan yang tergalas di bahu mereka.

Penulis menyokong kenyataan beliau tentang mendidik penggunaan air secara berhemah namun jangan hanya menilai dari sudut bekalan air sahaja. Kini rakyat menanggung beban kos sara hidup yang melampau.

Bukan sahaja golongan yang bekerja sendiri atau di syarikat swasta sahaja malah kakitangan kerajaan dari gred yang rendah turut menanggung beban. Kalau tak percaya cuba tanya kakitangan kerajaan di Putrajaya.

Penulis pernah bersembang dengan salah seorang kakitangan kerajaan yang bertugas di Putrajaya sebagai Pembantu Tadbir. Isterinya juga kakitangan kerajaan yang turut memegang jawatan yang sama. Mereka menanggung dua orang anak yang masih belum bersekolah.

Memandangkan kedua-duanya bekerja, jadi anak mereka perlu dihantar ke rumkah pengasuh atau pusat asuhan kanak-kanak. Tahukah anda kadar untuk menghantar anak ke pusat asuhan atau mengupah penjaga sahaja adalah sebanyak RM300 untuk seorang!! Itu seorang..bagaimana jika mereka yang memiliki 3 atau 4 atau 5 orang anak?

Benar, terdapat Taska Permata di bawah pentadbiran Rosmah..namun ia tidak cukup untuk menempatkan semua anak kakitangan kerajaan ini. Gaji permulaan mereka sangat rendah hinggakan setiap bulan terpaksa berkira-kira untuk mengeluarkan belanja.

Pendek kata, tak panjang cerita, mereka sebenarnya menanggung beban kos sara hidup yang teramat tinggi itu untuk kakitangan kerajaan, bagaimana pula dengan mereka yang menanggung keluarga dengan bekerja sendiri atau kakitangan swasta.

Jadi kepada semua ahli akademik yang rasa-rasa nak bagi kenyataan yang mengatakan sesuatu pihak itu ‘tidak bijak’, fikir dahulu sejenak…jangan ingat semua orang berpendapatan tinggi dan sederhana..kalau semua rakyat mampu, takkan TV3 hasilkan rancangan BERSAMAMU…..

13/08/12

Janji Bersih: Jangan ada provokasi...



Susulan daripada Himpunan Janji Bersih yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini, Majlis Tindakan Peniaga-peniaga Kecil Kuala Lumpur (MTPKL) mengancam untuk bertindak agresif ke atas Himpunan Janji BERSIH yang merancang untuk berhimpun ketika sambutan ambang kemerdekaan pada 30 Ogos.


Kumpulan yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunus itu menyatakan ancaman berbaur ugutan itu secara jelas dan terbuka namun apa yang penulis kesalkan ialah tiada langsung tindakan susulan yang diambil oleh Polis walaupun ia jelas menunjukkan motif untuk menimbulkan kacau bilau.

Terdapat banyak reaksi yang serta kenyataan yang berunsur ‘nasihat’ dan juga ‘teguran’ oleh pihak pegawai kanan polis dan juga beberapa menteri serta pemimpin terhadap Himpunan Janji Bersih ini walaupun hingga sekarang langsung tiada kata-kata yang berbaur ugutan sebagaimana yang dinyatakan oleh kumpulan MTPKL.

Pihak berkenaan sepatutnya memberi teguran kepada MTPKL yang diterajui oleh pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar itu. Apakah Datuk Jamal ini mendapat green light atau lesen besar untuk bebas membuat apa sahaja termasuk ugutan untuk mengucar kacirkan keadaan secara terbuka??

Satu lagi, adakah perhimpunan Janji Bersih ini ada kena mengena dengan peeniaga sekitar kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman?? Jelas kawasan yang diwartakan untuk himpunan itu adalah di Dataran Merdeka, bukanlah di Jalan Tunku Abdul Rahman.

Lagi pulak, perhimpunan dijangka akan diadakan pada waktu malam dan kebanyakan premis perniagaan di jalan Tunku Abdul Rahman sudah ditutup seawall jam 9 malam lagi. Jadi apa kena mengena dengan mereka??

Jelas ini hanyalah salah satu propaganda yang mahu melihat himpunan ini gagal dan juga cubaan untuk memburukkan keadaan. Jika himpunan oren yang membabitkan warga Felda dan Peneroka boleh dibuat dengan aman tanpa sebarang provokasi, malah pihak polis sendiri turut sama mengaminkan doa yang dibacakan oleh peserta, takkan himpunan Janji Bersih akan jadi huru-hara.

Yang pastinya, tanpa serangan atau provokasi yang dibuat oleh pihak polis atau pihak yang terdesak seperti kumpulan pendesak MTPKL, takkan berlaku sebarang kekacauan , malah ia mampu dijalankan dengan penuh harmoni dan gilang gemilang.

Pokok pangkalnya ialah jangan ada campur tangan atau provokasi sama ada daripada pihak polis mahupun kumpulan yang sememangnya hanya mahukan publisiti murahan seperti kumpulan Datuk Jamal Sekinchan Ikan Bakar ini…  


26/07/12

Najib dimalukan: Ismail Sabri mengamuk arah 5 pengarah bertukar 24 jam



PENULIS tidak pasti sama ada perkara ini benar atau tidak namun jika ia benar-benar terjadi, alamatnya selepas ini makin ramailah golongan cerdik pandai mengubah haluan bertukar kepada Pakatan Rakyat.

Berikut adalah artikel yang penulis petik daripada sebuah forum yang mendedahkan tentang perkara ini. Sama ada benar atau tidak, Wallahuallam…


 Bengang Majlis Najib tiada sambutan, Ismail Sabri arahkan 5 pengarah bertukar 24 jam?

Ingat lagi peristiwa Najib dimalukan ketika beliau merasmikan Ekspo dan pameran Hari Koperasi Negara (HKN) ke-11 pada 14 Julai lalu di Stadium Bukit Jalil?

Dalam peristiwa yang benar-benar memalukan Najib itu, ketika beliau memberikan ucapan perasmian hadirin yang diupah untuk meramaikan majlis tersebut telah berpusu-pusu keluar.

Dari komen-komen yang ditinggalkan ada yang mengatakan orang ramai yang hadir dibayar RM20, ada yang mengatakan RM30 dan ada juga yang mengatakan dibayar RM60..

Dan Najib sendiri dikatakan terpaksa menangguhkan ucapannya selama kira-kira dua minit untuk meminta hadirin diam mendengar ucapannya.. malangnya tak ada siapa yang peduli..

Berikutan sambutan yang memalukan buat Najib yang sering digambarkan disambut meriah dalam berbagai majlis oleh Media tunggangan UMNO itu..Menteri Perdagangan Dalam Negeri terpaksa memohon maaf kepada Najib.

Beliau dikatakan terpaksa memohon maaf kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas.

Bagi meutup kelemahan dirinya sendiri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Ismail Sabri juga dilaporkan telah mengkambing hitamkan lima Pengarah Pembangunan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna.

Sehingga kini, sudah empat pengarah Jabatan Pembangunan Negeri telah diarahkan bertukar 24 jam pada 16 Julai lalu manakala seorang Pengarah Bahagian di ibu pejabat juga ditukar.

Juga percayai bahawa Pengerusi Eksekutif dan Timbalan Pengerusi Eksekutif juga telah dicadangkan untuk ditamatkan pelantikan mereka berkuat kuasa serta merta atau pengurangan gaji (potong gaji) selepas mencapai pemutusan penyiasatan semasa oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian. "

Yang melaporkan perkara ini ialah Rocky Bru.. baca di bawah..
24-hour transfer for four state directors.

I've been told that: "Thus far, 5 Directors of the have been transferred within 24 hours on 16 July 2012 and several more will be following suit as a result of the current investigation set up by the Controlling Officer (the Ministry's secretary-general).

The The Cooperative Commission's State Directors affected in the 24-hour transfer orders are from Kedah, Pahang, Terengganu and Negeri Sembilan while one Director of a Division from the HQ has also been moved out.

Altogether, 5 Directors have been transferred within 24 hours without the opportunity to make a presentation of their innocence.

It is also believed that the Executive Chairman and the Deputy Executive Chairman were also recommended to be terminated of their appointment with immediate effect or reduction of salary (potong gaji) upon the finalisation of the current investigation by the Ministry's Special task Force." -

24/07/12

Bazar Ramadhan di KL / Selangor 2012




BULAN Ramadhan pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk menjelajah setiap bazaar Ramadhan untuk melihat sendiri keunikan dan keistimewaan setiap bazaar yang ada.

Penulis mengambil kesempatan ini untuk berkongsi senarai bazaar Ramadhan untuk memudahkan pembaca mengetahui lokasi setiap bazaar di KL dan Selangor.
Bazar Ramadhan 2012 di Kuala Lumpur.

1. Bandar Tun Razak, Cheras
Jalan 21/146, Bandar Tasik Selatan
Tempat Letak Kereta Taman Tasik Permaisuri
Pusat Penjaja Bazar Ramadhan Pekan Sg Besi
Kawasan Tempat letak Kereta Velodrom Cheras
Bazaria Larut Malam, Velodrom Cheras
Taman Len Sen
Taman Segar
Jln Susur Off Jln Pasar/Pudu
Jalan Budiman 25, Taman Mulia
Jalan 14/155C Apartment Sri Rakyat Bukit Jalil
Parking Bersebelahan LRT Cheras
Parking Motosikal Blok D, Seri Penara Fasa II
Dataran Padang Permainan

2. Bukit Bintang
Jln Benteng
Siarkaki Leboh Pudu
Jln Chow Kit (Sepanjang Siarkaki Chow Kit)
Lorong Berangan
Pasarama Kota (Depan Kelang Bus Stand)
No. 239, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Jalan Haji Taib
Siar Kaki Persimpangan Jln Chow Kit
Jalan Masjid India
Lorong Tuanku Abdul Rahman

3. Kepong, Batu, Selayang dan Jinjang, Segambut
Tapak Parking Pasar Selayang
Rumah Pangsa Pkns, Jln Kuching
Sentul Pasar
Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh
PPR Batu Muda
Kompleks Mutiara, Batu 31/2 Jalan Ipoh
Hadapan Flat Taman Aman Putra Jinjang Utara
Jalan Metro Prima 5 depan Maybank, Kepong
Jalan 1/38j (Susur Wisma Suhati)
Taman Wilayah Selayang Fasa 3

4. Seputeh dan Lembah Pantai
Di antara Blok D dan Blok E, PPR Kampung Muhibbah
Kiri dan Kanan Jalan Radin Bandar Baru Sri Petaling
Jalan 3/109c off Jalan Klang Lama
Jalan Sri Jati 3
Sebelah Pure Life off Jalan Puchong
Tapak Kosong Setinggan Kg Pasir Kiri Jalan Pantai Dalam
Kawasan Flat Kg Kerinchi 17 Tingkat

5. Titiwangsa
Jln Cochrane
Pasar Datuk Keramat
Lorong Haji Hussein 3, Jalan Raja Bot Dan Lorong Raja Bot (Chow Kit)
Persimpangan Jln Tar/ Jln Raja Alang
Siarkaki Sepanjang Jln Tar Hingga Ke Persimpangan Masuk Ke Jln Raja Alang
Bazar Ramadhan Jalan Raja Muda/Hospital Quarters

6. Setiawangsa
Jalan Rejang 11, Setapak Jaya
Jalan Wangsa Melawati 3
Jalan Wangsa Delima
Rampai Business Park, Jalan Rampai Niaga 6
Hadapan Surau Al-Ikhlasiah, Kg Semarak off Jalan Semarak

7. Wangsa Maju
Jalan 1a/6, Setapak Indah, Danau Kota
Siar Kaki Depan Ong Tai Kim, Gombak
Kaki lima Plaza Idaman
Jalan 4/27A Seksyen 2 berhadapan Bangi Kopitiam Wangsa Maju
Jalan 3/27A berhadapan Alpha Seksyen 1, Wangsa Maju
Di atas siar kaki Jalan Gombak / Plaza Idaman
Siar kaki Jalan Danau Saujana Jalan Langkawi, Jalan Genting Klang
Di atas siar kaki Jalan Jernai, Medan Idaman
Tapak Pasar Malam Taman Melati

8. Ampang
PANDAN INDAH (TLK PADANG PERBANDARAN MPAJ)
PANDAN JAYA (TLK JALAN PANDAN 3)
CHERAS INDAH (HADAPAN DEWAN KOMUNITI)
PANDAN MEWAH (TLK SEBELAH PADANG)
PANDAN CAHAYA (TLK JALAN PANDAN CAHAYA 1/1)
TMN MELAWATI ( HADAPAN PEJABAT POS LAMA )
KG PANDAN (TLK PANDAN UTAMA)
MEDAN SELERA ANGSANA HILIR (TLK)
LEMBAH MAJU (BERHAMPIRAN SIMPANG EMPAT)
KG TASEK PERMAI ( HADAPAN MASJID )
KG MELAYU (JALAN JATI)
AU 2 ( JALAN AU2A/16 )
AU 4/1 (HADAPAN SEVEN-ELEVEN)
AU 5 (TLK MEDAN SELERA)
TMN PERMATA (HADAPAN PASARAYA HARI-HARI)
MELAWATI JALAN E1
BUKIT ANTARABANGSA (JALAN WANGSA UKAY 2)
UKAY PERDANA (HADAPAN RESTORAN ALI MAJU)
TAMAN MELOR (TLK)
BANDAR BARU AMPANG (PASAR BANDAR BARU AMPANG)
AMPANG WATER FRONT (TLK FASA 2)
BUKIT INDAH (SEBELAH RESTORAN DALILA, TLK)
AMPANG JAYA (TLK JALAN 1)
KOMPLEKS MUHIBBAH ( TAMAN NIRWANA )
KERAMAT PERMAI ( JALAN AU1D )
AU3 (TLK FLAT PKNS 13 & 14)
PANDAN INDAH JLN 3/2B
TAMAN KOSAS (TLK JALAN KOSAS 1/1)
PANDAN PERDANA (HADAPAN GUARDIAN)
CHERAS HARTAMAS (BLOK A1, FLAT BUKIT SEGAR)

****************************************************

Bazaar Ramadhan Kawasan Selangor.

1. Subang Jaya
SS18, Subang Jaya (Jalan SS18/6)
USJ 7, Subang Jaya (Jalan USJ 7/3c – Hadapan Gerai Majlis USJ 7)
USJ 4, Subang Jaya (Jalan USJ 4/5)
USJ 1 Pangsapuri Angsana (Tapak Pasar Malam)
Pinggiran USJ (Jalan Pinggiran USJ 1/1)
Taman Batu Tiga (Hadapan Gerai Majlis Tmn Batu 3)
Putra Heights (Berhadapan Flat Sri Mutiara)

2. Puchong
Tmn Puchong Perdana (Jalan Perdana 2)
Tmn Puchong Permai (Jalan Permai 2/10)
Tmn Puchong Permai (Jalan Permai 1/10 – Sebelah Surau Ra’ayah)
Tmn Puchong Prima (Jalan Prima 5/3)
Tmn Puchong Utama (Jalan Utama 2/1)
Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong (Jalan Wawasan 2/22)
Pusat Bandar Puchong (Jalan Bandar 3- Tapak Bersebelahan Tesco Puchong)
Puchong Utama (Tapak Pasar Malam Puchong Utama – kecuali hari selasa)
Puchong Indah (Tapak Pasar Malam – kecuali hari isnin)

3. Bandar Kinrara
Bandar Kinrara Sek 5 (Jalan BK 5A/1)
Tmn Kinrara Sek 1 (Jalan Taman Kinrara 1/1)
Tmn Perindustrian Kinrara (Jalan TPK 2/1 & 2/2)
Tmn Kinrara Sek 4
Hadapan Gerai UPEN Puchong Jaya (Petak Letak Kereta)

4. Serdang & Seri Kembangan
Tmn Seri Serdang (Jalan 18/35), Serdang
Tmn Universiti Indah (Jalan 2/10), Serdang
Tmn Pinggiran Putra (Jalan PP 1/2)
Tmn Equine (Jalan PP 1B)
Puncak Jalil (Jalan PUJ 3/2)

5. Kajang
Tapak Bazaar Reko Sentral
Jalan Utama Seksyen 2, Taman Kajang Utama
Tapak Pasar Malam, Kompleks Hentian Kajang
Tempat Letak Kereta, Taman Zamrud
Tempat Letak Kereta IKS Sungai Jelok
Dataran Prima Saujana, Taman Prima Saujana
Tapak Funfair, Taman Kajang Prima
Tapak Pasar Tani, Taman Ramal Indah
Jalan Kajang Mewah 10
Belakang Tesco Batu 14

6. Cheras Kajang
Tapak Parking Desa Serdang (Bangunan Minlon)
Tapak Pasar Malam Seksyen 9, Taman Mahkota Cheras
Taman Taming Jaya
Berhampiran Loji Kumbahan Taman Harmoni, Seri Kembangan
Taman Suntex, batu 9 Cheras
Jalan Cengal, Taman Impian Ehsan
Lake Valey, Jalan Suarasa 8/4, Bandar Tun Hussein Onn
Jalan CP 4/38 Taman Cheras Perdana
Jalan CJ 8 Cheras Jaya
Tapak Pasar Malam Lama, Taman Cheras Perdana

7. Bandar Baru Bangi
Tapak Pasar Malam Seksyen 16, Bandar Baru bangi
Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
Jalan 2/3A, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi
Hadapan Kolej Politech MARA Bangi
Jalan Seri Putra 1/2 Bandar Seri Putra
Jalan 7/7B Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
Tempat Letak Kereta Kompleks PKNS Bangi

8. Beranang, Hulu Langat & Semenyih
Tapak Pasar Malam, Bandar Tasik Kesuma
Tapak Pekan Sehari Beranang
Tapak Pasar malam Taman Seri Nanding
Sebelah Padang Futsal, Taman Bandar Sentosa
Jalan Semenyih Sentral 1
Seksyen 1, Pasaraya Billion
Jalan TPS 1/5, Taman Pelangi Semenyih

9. Shah Alam & Sungai Buloh
Seksyen 2
Tapak Pasar Malam Seksyen 7
Stadium Shah Alam Seksyen 13
Tapak Pasar malam Seksyen 17
Tapak Pasar Malam Seksyen 18
Hadapan Sekolah Seksyen 20
Seksyen 25
Seksyen U2 TTDI Jaya
Seksyen U3, Subang Perdana
Seksyen 6
Kompleks PKNS Shah Alam
Jalan Kristal Seksyen 7
Seksyen 8 (Blok 17-1)
Depan Dewan orang Ramai Seksyen 6
Seksyen 18 Sebelah CIMB
Tapak Pasar Malam Seksyen 19
Tapak Usahawan Mikro Seksyen 24
Tapak Pasar Malam Seksyen 27
Seksyen 28 (KFC)
Seksyen 31 (Depan Pondok Polis Kota Kemuning)
Tapak Pasar Malam U5
SEKSYEN U8 (JALAN C U8/C BKT JELUTONG HDPN MY MYDIN)
SEKSYEN U10 (TAPAK PENJAJA SEMENTARA)
Tapak Pasar Malam Subang 2
Setia Alam Seksyen U13
SEKSYEN U20 (BBSB FASA 1) Bukit Rahman Putra , SUngai Buloh
SEKSYEN U20 (BBSB FASA 2) Bandar Baru Sungai Buloh
SEKSYEN U20 (BBSB FASA 3) Paya Jaras, Sungai Buloh