29/05/12

GEMPARR..!!! Amy Search Masuk Umngok


Amy (kiri) suatu ketika dahulu pernah berjumpa dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Legenda rock tanah air, Amy Search atau nama sebenarnya Suhaimi Abd Rahman, menyertai Umno kerana yakin perpaduan orang Melayu hanya mampu dikekalkan jika parti itu terus mentadbir negara. 

"Hanya Umno sahaja yang mampu membuat rakyat kembali bersatu. Saya lihat Umno merupakan sebuah parti yang mampu menjamin masa depan negara dan rakyat melalui segala usaha yang dilakukan pemimpin-pemimpinnya," kata Amy, 54, kepada pemberita selepas menyerahkan borang keanggotaan menyertai Umno bersama Mus May atau Mustaffa Din dan Ibnor Riza Ibrahim di ibu pejabat Umno di sini hari ini.

Ditanya tindakan sesetengah artis menyertai PAS atas alasan agama, beliau berkata Umno juga memperjuangkan agama dengan cara lebih baik dan tidak terlalu ekstrem.

"Bagi saya, jika nak perjuangkan agama tidak semestinya menyertai PAS. Umno juga memperjuangkan agama, dan dalam pentadbiran, Umno juga tidak mengetepikan golongan ulamak. 
Jika nak perjuangkan agama, bagi saya tidak semestinya sokong parti yang ahlinya berjubah sahaja," katanya.

Sementara itu, Mus, 44, berkata beliau menyertai Umno selepas menyedari hanya parti itu mampu memberikan yang terbaik untuk negara selama ia memerintah.

"Umno sudah matang dan sudah lama memerintah negara... Sudah banyak yang dilakukan kerajaan bagi menjaga dan memberi keselesaan kepada rakyat Malaysia," katanya.

Bagi Ibnor Riza, 51, beliau telah lama bercadang untuk menyertai Umno setelah sedar akan kemampuan parti itu dalam memberi masa depan yang cerah, khususnya kepada pembangunan negara.

Borang mereka diterima Setiausaha Kerja Umno pusat Datuk Ab Rauf Yusoh, dan ketiga-tiga artis akan menjadi anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

Ab Rauf berkata Umno sentiasa menyokong langkah penggiat seni tanah air menyertai parti itu, dan mereka boleh bertindak sebagai duta Umno.

"Penggiat seni tanah air yang menyertai Umno ini saya lihat akan menjadi duta kepada Umno dalam menarik minat masyarakat di luar sana untuk masuk ke dalam keluarga Umno," katanya.

Kini terdapat 43 anggota Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah. - BERNAMA

Bajet 2013 Bentang 28 September


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September.
Najib yang juga menteri kewangan berkata Belanjawan 2013 akan memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan rakyat.

"Hari ini saya di sini untuk mendengar pandangan dan saranan anda terhadap isu-isu yang kita hadapi.
   
"Dalam perundingan Belanjawan, kita menerima 84 memorandum. Cadangan anda akan ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013," kata Najib di Majlis Konsultasi Belanjawan 2013 yang dihadiri oleh semua pemegang kepentingan di Putrajaya hari ini.
   
Perdana Menteri yang mempengerusikan sesi itu, berkata tema Perundingan Belanjawan 2013 ialah Memacu Transformasi Ke Arah Negara Maju.- BERNAMA

25/05/12

Projek Media Baru bukti Umno terdesak



Umno kini kian terdesak dalam meraih undi untuk menghadapi pilihan raya umum ke -13 (PRU-13) dengan menubuhkan projek media sosial mega dengan bayaran tertentu.

Bayaran yang dikenakan ialah RM2 bagi satu ayat untuk status Facebook tanpa gambar dan RM3 bagi satu ayat untuk status dengan gambar.

Mereka yang berminat untuk menjana ‘pendapatan sampingan’ ini perlu menghubungi Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Nyata sekali mereka semakin terdesak dengan membuat tawaran kepada mereka yang tiada kesedaran dan memerlukan wang dengan membuat posting fitnah politik.


24/05/12

Pembohongan Naib Ketua Pemuda Kampar Terhadap DS Nizar KANTOI!! (Video)


Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin meneruskan legasi Umno dengan melakukan pembohongan terhadap Datuk Seri Nizar malah menuduh DS Nizar yang berbohong.

Isu ini timbul apabila Zamhuri mengamuk sakan di perkarangan Pejabat Tanah dan Galian hinggakan sanggup menyatakan bahawa beliau ingin keluar dari Umno dan menyertai DAP.

Jelas sekali hasil rakaman yang disiarkan di Youtube menafikan segala pertuduhan yang dibuat oleh beliau terhadap DS Nizar. Ikuti paparan video tersebut.


21/05/12

Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman Sertai PAS


 Alhamdulillah..kini ternyata apa yang diuar-uarkan sebelum ini menjadi kenyataan. Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari malam ini dengan rasminya menyertai Pas.

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Majlis Pengisytiharan Perdana Bekas Pegawai Tertinggi PDRM Sertai Pas di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang di sini.

Beliau turut menjelaskan, penyertaan dalam Pas itu dibuat selepas yakin dirinya tidak terlibat dalam sebarang kes jenayah semasa berada dalam pasukan polis.




17/05/12

Bila berpolitik secara tidak matang...



Tarian punggung sudah berlalu, sekarang tibalah masa untuk menikmati tosei pulak secara percuma Ahad ini. 

“Jamuan tosei” ini dijadualkan akan berlangsung di hadapan rumah Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar mungkin sebagai membalas kenyataan oleh Khalid.

Ini juga adalah hasil daripada kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Khalid yang menyatakan bahawa tindakan segelintir peniaga yang membuka gerai burger di hadapan rumah Ambiga tidak menjadi satu kesalahan.

Malah, kenyataan ini seolah-olah memberi lampu hijau kepada sesiapa sahaja untuk membuka gerai perniagaan di hadapan mana-mana rumah yang mereka mahu.

Jadi selepas ini sesiapa yang mahu menjalankan sebarang perniagaan tidak perlu lagi memohon lesen dan membayar sewa tapak perniagaan kepada pihak berkuasa tempatan.

Mereka boleh berniaga di hadapan rumah siapa sahaja yang mereka suka. Kasihan kepada mereka yang mempunyai rumah di lokasi strategik sudah depan rumah mereka akan jadi tapak pasar tani.

Semalam pula, ada desas desus mengatakan bahawa akan ada sekumpulan peniaga yang akan membuka tapak perniagaan di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, Ambiga Sreenevasan.

Tindakan balas membalas antara pro Bersih dengan kumpulan Anti-Bersih seolah-olah tidak akan berpenghujung malah mungkin akan berterusan.

Apa yang berlaku ini jelas menunjukkan sikap yang langsung tidak matang dalam berpolitik. Sampai bila perkara ini nak diteruskan? Takkan nak tunggu sampai PRU-13 baru nak berhenti.

Apa yang menyedihkan ialah tindakan beberapa bekas tentera yang ‘menyajikan’ tarian punggung di hadapan rumah Ambiga amat memalukan.

Tindakan ini jelas tidak menunjukkan mereka pesara tentera yang cetek pemikiran. Perbuatan mereka juga mencalarkan imej sebagai bekas tentera yang sepatutnya memiliki jati diri tinggi.

Kini rumah Datuk Khalid pula menjadi sasaran, apa pula selepas ini? Burger sudah, tarian sudah, tosei on the way, lepas tu..???