24/09/11

Tak pernah naik bas rupenye....



Najib buat pertama kalinya mengambil pendekatan menaiki bas dalam lawatan kerjanya ke negeri Perak. Menurutnya, ia adalah percubaannya untuk merasai bagaimana tidak ada protokol antara pemimpin dan rakyat.

Lawatan itu melibatkan perjalanan dari Ipoh sehingga ke Sungai Siput sejauh kira-kira 50 km di mana Perdana Menteri mendekati serta bermesra dengan rakyat berbilang kaum termasuk kaum Orang Asli di Lasah, Sungai Siput.

Sepatutnya dari dulu lagi semua pemimpin kerajaan kena naik bas kalau nak ke pejabat atau ke mana-mana hatta shopping di luar negara sekalipun.

Sebelum ini, golongan pemimpin inilah yang sibuk mencanangkan kepada rakyat agar berkongsi kenderaan dan gunakan pengangkutan awam ketika kenaikan harga minyak diumumkan.

Duk sibuk mencanang tapi diri sendiri pun tak pernah merasa naik bas, jangan main cakap sahaja, buatlah sekali apa yang dicanangkan itu barulah adil pada rakyat.

Pandai sangat naikkan harga minyak sampai mencanak-canak sedangkan mereka sendiri pun naik kereta mewah, walaupun untuk ke rumah rakyat yang hampir nak roboh (konon cakna sangat nasib rakyat), yang menanggung azab ialah rakyat.

Kalau semua rakyat nak guna pengangkutan awam, jawabnya pecah dan robohlah semua tren LRT, Komuter, bas dan teksi. Apa tidaknya, berapa kerat sangat jumlah pengguna yang mampu ditampung oleh pengangkutan awam dalam satu-satu masa.

Itu belum lagi ditambah dengan aroma wangi-wangian yang terhasil dari badan yang lencun dengan peluh terutamanya golongan yang baru dapat kerakyatan dan IC baru (especially Bangla). Bukan nak menghina tapi itulah kenyataannya, sekali melintas depan kita, kembang kecut lubang hidung dibuatnya.

2 ulasan:

Jiwa Hamba berkata...

Salam sahabat. Itu tandanya PRU semakin dekat. Najib tgh sibuk nak beli sokongan rakyat dgn menunjukkan dirinya perihatin terhadap rakyat.

pena marhaen berkata...

Salam. Ya, benar, Najib sibuk nak beli sokongan rakyat, namun berapa sangatlah yang akan 'dijual' oleh rakyat kalau rakyat mereka ditindas? Kalau betul nak sokongan rakyat, mansuhkan semua kenaikan harga barangan terutamanya minyak. Kesian golongan berpendapatan rendah yang 'merempat di bumi sendiri'. Terima kasih saudara atas ulasan anda.