8/04/13

Mukhriz sanggup flip flop demi periuk nasi...




Janji BN untuk menurunkan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus dalam tempoh lima tahun  adalah realistik dan mampu dilaksanakan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Beliau berkata kerajaan telah lama berhasrat untuk menurunkan harga kereta tetapi mengambil masa untuk membuat perincian teliti bagi memastikan hasil kerajaan tidak terjejas dan pada masa sama rakyat dapat menikmati harga kereta yang lebih rendah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas Manifesto BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 selepas melancarkan Kelab Penyokong BN Jerlun Lembah Klang, di Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini ketika PR melalui Rafizi memberi jaminan bahawa PR akan menurunkan harga kereta sekiranya Putrajaya berjaya ditakluki oleh PR.

Kenyataan Rafizi menerima pelbagai kritikan daripada pemimpin dari Barisan Nasional. Peliknya bila perkara ini menjadi salah satu manifesto yang dibawa oleh Barisan Nasional dalam meraih undi pada PRU kali ini.

Sebelum ini, Mukhriz lantang menentang idea yang dibawa oleh Rafizi ini dengan alasan ianya mengelirukan dan boleh memberi kesan yang buruk kepada ekonomi negara.

Namun setelah ianya dijadikan manifesto oleh gerombolan Najib, Mukhriz dengan muka tak malu mengiyakan pula. Nyata pemimpin dari BN tidak mempunyai pendirian teguh yang mana hanya ikut-ikutan sahaja.

Andai Najib terjun longkang maka beliayu turut sama terjun tiruk terjun longkang. Ini semuanya tidak lain semata-mata untuk menyelamatkan periuk nasi sendiri dengan harapan akan kekal memegang jawatan dalam kerajaan jika Najib masih menerajui pemerintahan negara.

Namun persoalannya, adakah periuk nasi beliau akan terselamat selepas ini?? Semuanya terletak di tangan anda.


2 ulasan:

rojakpasembor berkata...

Tuan, mohon jasa baik untuk bertukar link.

http://rojakpasembor.blogspot.com/

pena marhaen berkata...

Salam Tuan,

Maaf atas kelewatan memberi maklum balas. Terima kasih atas kesudian mengunjungi blog ini. Saya telah pun menyenaraikan blog Tuan sebagai blog sahabat. Moga perjuangan kita sealiran dan menuju ke satu arah yang sama menegakkan agama Allah. Insya-Allah.