Selamat menyambut hari kebebasan media sedunia. 3 Mei setiap
tahun dunia menyambut hari kebebasan media. Namun bebaskan media dalam negara
kita?
3/05/12
2/05/12
Media dibelasah: Alasan polis tak masuk akal...
Ketua Polis Negara pada hari ini (2 Mei 2012) memohon maaf
kepada jurugambar akhbar The Malay Mail, Muhammad Arif Kartono yang mendakwa
dirinya dikasari polis ketika membuat liputan pada perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu
lepas.
Beliau memberi alasan bahawa polis bertindak demikian kerana
tidak dapat membezakan antara peserta perhimpunan dan media dalam kekalutan
itu.
Sabtu lepas, Muhammad Arif cedera di muka dan anggota badan
setelah dikatakan dikasari polis ketika membuat liputan perhimpunan badan bukan
kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di Dataran Merdeka.
Dalam pada itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad
Salleh menyarankan kepada media agar menggunakan pakaian khas seperti ‘vest
media’ bagi mengelakkan insiden tidak diingini seperti pada Sabtu lepas.
Mohmad turut mengulas bahawa insiden wartawan dan jurugambar
dikasari bukan disengajakan kerana keadaan kelam-kabut serta sukar untuk
dikawal menjadikan pihak polis sukar membezakan antara orang awam dan pengamal
media.
"Saya rasa cara itu (memakai vest media) merupakan cara
terbaik buat masa ini kerana pihak polis boleh membezakan antara media dan
peserta perhimpunan sekiranya berlaku tindakan di luar kawalan," katanya.
Semua sedia maklum bahawa dalam kejadian keganasan itu,
pihak media sudahpun menunjukkan kad pengenalan media mereka kepada polis,
namun ada yang bertindak menarik kad media tersebut hingga putus dan jatuh ke
lantai dan bertindak menendang kad media ke arah wartawan itu.
Kebanyakan petugas media yang mendakwa menjadi mangsa kekejaman polis
pada hari berkenaan telah pun menunjukkan kad media masing-masing namun ia
langsung tidak diendahkan oleh polis malah terus dibelasah.
Bukan itu sahaja, petugas media turut mendakwa dihalang merakam
sebarang keganasan polis pada hari kejadian. Malah ada anggota polis yang
bertindak merampas dan merosakkan kamera serta merosakkan kad memori yang
dipercayai mengandungi gambar keganasan polis.
Keadaan ini juga secara terang-terangan menafikan hak petugas media dalam melaporkan berita yang telus dan benar kepada masyarakat dan peranan Kad Media untuk membezakan orang awam dan petugas media nyatakan diketepikan.
Jika perkara ini berlarutan, tidak mustahil warga media di negara ini akan memboikot sebarang liputan membabitkan polis dan juga kerajaan kerana ia nyata satu arahan dari pihak atasan.
Jadi, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Kuala
Lumpur dan KPN nyata tidak boleh diterima akal. Penulis yang turut berada di
tempat kejadian dapat mengecam dengan mudah petugas media walaupun terpaksa
menahan keperitan terhidu gas pemedih mata.
Mungkin pihak polis perlu mengadakan tapisan bagi memeriksa
sama ada terdapat anggota yang cacat atau mempunyai masalah penglihatan.
Kalau ada apa-apa, jangan cari media…!!!
SETELAH lima
hari berlalu, pelbagai reaksi tersebar di internet baik dari peserta mahupun
dari pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri. Semuanya saling menuding jari
mencari kesalahan masing-masing.
Malah rakyat
yang tidak terlibat turut memberi pendapat mereka dalam ruangan akhbar untuk
disiarkan secara umum. Namun tahukah mereka apa sebenarnya yang berlaku? Atau
mereka hanya menyebarkan khabar angin yang didengar dari mulut ke mulut sahaja?
Adakah
pendapat mereka ini yang langsung tidak berada di tempat kejadian dan hanya
mengikut rentak laporan media arus perdana sahaja boleh diterima pakai oleh
masyarakat?
Tidak kurang
juga yang cuba menunjukkan kejaguhan masing-masing apabila memberi reaksi macam
nak bergaduh untuk menunjukkan betapa marahnya mereka kepada BERSIH 3.0.
Hakikat
sebenarnya amat jauh menyimpang dari apa yang dilaporkan oleh media arus
perdana. Malah kenyataan yang diberikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein juga bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Menurut
Hishammuddin, tindakan polis yang merampas dan merosakkan kamera milik petugas
media pada BERSIH 3.0 merupakan Standard Operation Procedure (SOP) polis. Namun
kenyataan ini bercanggah dengan apa yang diberitahu oleh Ismail Omar bahawa
tindakan itu bukanlah SOP polis.
Malah,
sepanjang penulis menceburi dunia media
ini, tidak pernah didengar dalam mana-mana benua sekalipun bahawa polis berhak
merampas kamera atau peralatan dan menghalang petugas media di mana-mana
situasi sekalipun selagi tidak melanggar undang-undang.
Petugas
media hanya memainkan peranan mereka dalam melaporkan situasi terkini dan apa
sebenarnya yang berlaku kepada umum dan mereka juga mengikut arahan dari bilik
berita untuk bertugas.
Bukan mereka
saja suka-suka untuk turun ke lokasi kejadian. Tanyalah mana-mana wartawan
sekalipun sudah tentu mereka tidak suka jika ditugaskan dalam keadaan sebegini.
Sudahlah panas, terpaksa bersesak-sesak mengharungi lautan manusia dan menghidu
gas pemedih mata pula.
Kali ini
petugas media sendiri berdepan dengan provokasi dari polis seolah-olah mereka
seorang pesalah yang melakukan jenayah berat. Walhal, mereka hanya cuba
merakamkan situasi dari sudut pandang media sahaja.
Mungkin
pihak polis juga menerima arahan tertentu dari pihak atasan agar provokasi dan
tindakan ganas polis tidak dirakam dan tersebar di internet serta portal
media-media alternatif lain.
Pada
pendapat penulis, tidak wajar petugas media diperlakukan sebagaimana pesalah
jenayah. Jika enggan perbuatan ganas mereka dirakam, janganlah menimbulkan
provokasi dan bertindak ganas. Mudah bukan?
Kini pihak
kerajaan terpaksa memainkan peranan mereka untuk ‘memujuk’ kembali pihak media
kerana bimbang tidak akan mendapat liputan pada PRU-13 nanti. Senang saja,
lepas pukul separuh mati, minta maaf.
Yang
menerima padah dan menanggung azab dibelasah dan juga kerugian akibat kerosakan
peralatan ialah petugas media sendiri.
Apakah petugas media yang cedera ini akan
menerima pampasan? Sudah tentu tidak. Menteri yang melawat pun tak bawa buah
tangan, inikan pula nak mendapat pampasan walaupun petugas media ini mengalami
kerugian yang besar.
Memetik
kata-kata dua anggota polis yang tidak dibenarkan buang air di dalam sebuah
premis pada BERSIH 3.0 baru-baru ini:
“KALAU ADA
APA-APA, JANGAN CARI MEDIA” …..!!!!!
29/04/12
Update BERSIH 3.0 (Gambar) Part II
| Makcik bersemangat turun ke jalan raya sebelum pilihan raya. |
| Laluan ke Dataran Merdeka ditutup |
| Pekarangan Masjid Negara. |
| Ketibaan peserta bertali arus di stesen KTMB |
| Keadaan kedai makan yang sesak dipenuhi peserta. |
| Inilah yang dikatakan merugikan peniaga. Hakikatnya peniaga mendapat durian runtuh dengan kehadiran peserta. |
| Peserta berehat di tepi jalan sebelum ketibaan pimpinan. |
| Lautan manusia. |
| Jalan lengang kerana kebanyakan laluan ditutup pihak polis. |
| Pihak polis mara ke Masjid Negara. |
| Unit Amal |
| Kuning... |
| Jentera pengganas... |
| Jentera bersedia untuk menyerbu dan mengganas. |
| Menjadi perhatian peserta BERSIH 3.0 |
| Trak yang bakal mengangkut peserta ke PULAPOL. Janji Hishammuddin mainan semata-mata. |
| Sebelum mengganas... |
| Polis kelihatan tenang di sebelah pagi, namun pada sebelah petang mereka bertukar menjadi ganas hingga ratusan peserta mengalami kecederaan serius. |
| Mungkin sedang mengumpul tenaga sebelum membelasah peserta perhimpunan aman. |
| Pelancong asing. |
| Pemantauan udara memberi kelebihan pada PRDM (Polis Raja Di Malaysia) |
| Pagi normal, petang disampuk jin hingga bertindak membabi buta.. |
| Rehat sebelum menurun dan masuk hantu... |
| Tenang sebelum bertindak kejam.. |
| Peserta yang bakal menjadi mangsa kekejaman polis... |
| Peserta (kanan) langsung tidak menghiraukan lautan polis di hadapannya. Salute... |
| Bersedia untuk membawa peserta cedera ke hospital.. |
| Dataran Maybank. |
| Lautan manusia sebelum mereka dikejar, ditangkap dan dibelasah dengan kejam oleh polis. |
| Perseta di hadapan Hospital Tung Shin. |
| Hospital yang pernah disembur water canon oleh FRU. |
| Peserta beransur...mereka tidak tahu apa yang bakal mereka hadapi selepas itu. Kekejaman polis... |
| Peserta ceria sebelum diperlakukan dengan kejam oleh polis. |
| Rehat.. . |
Sebarang berita terkini akan diupdate dari masa ke semasa.
Langgan:
Catatan (Atom)





