5/09/12

Peguam tipu: Cemar institusi perundangan negara...



Penulis terkedu seketika apabila menerima panggilan telefon daripada seorang sahabat pagi ini. Sahabat penulis itu menyatakan beliau ditipu oleh sebuah syarikat guaman dalam urusan jual beli sebuah rumah di Bandar Saujana Putra.

Menurutnya, semuanya berlaku disebabkan kelewatan yang berpunca daripada masalah dalaman syarikat guaman itu sendiri.

Semuanya bermula apabila beliau dan isterinya berminat untuk membeli sebuah rumah teres dua tingkat di sebuah kawasan perumahan di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat, Selangor.

Harga rumah berkenaan adalah bernilai RM250,000 dan ia dibeli daripada orang perseorangan yang berpangkat ‘Datuk’. Sahabat saya ini bertanya kepada pihak Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP) tentang kelayakan maksimum untuk pinjaman perumahan.

Pihak BPP menyatakan bahawa sahabat ini boleh mendapatkan pinjaman sehingga RM300,000 dan sahabat penulis merancang untuk membuat pinjaman sebanyak RM270,000 di mana RM250,000 untuk harga rumah dan selebihnya akan digunakan untuk membayar kos pengubahsuaian.

Segalanya diuruskan oleh sebuah syarikat guaman yang diperkenalkan oleh pemilik rumah memandangkan peguam berkenaan adalah rakan karib pemilik rumah berkenaan.

Dalam urusan permohonan pinjaman, berlaku kesulitan apabila kerani yang menguruskan hal ehwal pembelian rumah sahabat penulis ini menghilangkan diri dan membawa lari wang syarikat hingga menyebabkan penangguhan yang agak lama.

Difahamkan sebarang penangguhan daripada tarikh yang ditetapkan oleh BPP, peminjam perlu membayar ‘faedah’ berdasarkan berapa bulan penangguhan tersebut. Memandangkan masalah yang berlaku adalah masalah dalaman syarikat guaman berkenaan, sahabat penulis menghubungi syarikat berkenaan untuk bertanyakan sama ada beliau perlu membayar faedah atau tidak sedangkan masalah berlaku adalah di pihak syarikat tersebut.

Dan pemilik rumah juga menyatakan bahawa sahabat penulis ini tidak perlu membayar sebarang kos faedah dan ia ditanggung oleh syarikat guaman kerana ia masalah dalaman syarikat hingga menyebabkan urusan pembelian ini tertangguh.

Setelah sekian lama tertangguh, sahabat penulis sekali lagi menghubungi syarikat guaman untuk mendapat kepastian tentang perkembangan urusan jual beli ini, malangnya sekali lagi masalah dalaman syarikat itu berlaku apabila budak pejabat yang sepatutnya mengambil dokumen dari pejabat tanah menghilangkan diri dan membawa lari semua dokumen berkaitan.

Keadaan ini sekali lagi menyebabkan urusan ini tertangguh untuk sekian lama dan pada hemat penulis sudah pasti kos untuk faedah yang dikenakan BPP meningkat naik.

Setelah segala urusan selesai tanpa pengetahuan sahabat penulis ini, sahabat penulis sekali lagi menghubungi pemilik rumah untuk bertanyakan sama ada pemilik ini sudah menerima bayaran atau sebaliknya. Apa yang mengejutkan sahabat penulis ialah segalanya sudah selesai dan pemilik sudahpun menerima wang pembelian rumah tersebut.

Apa yang menjadi tanda tanya mengapakah urusan jual beli yang sudah selesai ini langsung tidak dimaklumkan kepada sahabat penulis yang merupakan pembeli dan apa yang memeranjatkan sahabat penulis ialah baki sebanyak RM20,000 daripada pinjaman itu lesap.

Apabila sahabat penulis menghubungi syarikat guaman berkenaan untuk kepastian, jawapannya sangat menghampakan. Menurut kakitangan syarikat guaman berkenaan, baki RM20,000 itu dibayar kepada BPP sebagai kos faedah atas kelewatan yang berlaku.

Sahabat penulis merasakan dirinya ditipu kerana sebelum itu pihak pemilik menyatakan bahawa pembeli tidak perlu membayar sebarang faedah kerana masalah kelewatan adalah berpunca daripada masalah dalaman namun akhirnya sebaliknya yang berlaku.

Yuran guaman juga telah pun dilangsaikan oleh sahabat penulis ini menggunakan sedikit wang simpanan beliau walaupun ketika itu urusan jual beli rumah berkenaan belum pun selesai.

Apabila sahabat penulis ini meminta penjelasan daripada pihak syarikat guaman berkenaan, peguam yang bercakap itu meletakkan telefon secara tiba-tiba seolah-olah mahu lari dari masalah ini.

Ini menyebabkan sahabat penulis berasa tertipu dengan segala perjanjian lisan dalam urusan jual beli itu. Sebenarnya ini hanya salah satu kes penipuan yang melibatkan syarikat guaman, Mereka sewenangnya mengambil kesempatan ke atas pelanggan mereka yang tidak tahu menahu tentang hak dan undang-undang yang ada.

Malah peguam berkenaan juga terdiam apabila sahabat penulis ini menceritakan kembali apa yang berlaku melibatkan masalah dalaman syarikat berkenaan. Mungkin peguam ini menyangka sahabat penulis ini akan lupa dengan apa yang berlaku namun sebenarnya beliau silap kerana semua perkara yang berlaku direkod oleh sahabat penulis.

Sebagai pengamal undang-undang, pihak syarikat guaman tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain. Walaupun memang terang pengamal undang-undang ini tahu dan arif pasal perundangan negara, janganlah ia disalahgunakan untuk menipu orang lain.

Yang menanggung pinjaman adalah pembeli, bukan syarikat guaman. Dalam kes ini juga penulis lihat banyak berlaku kemusykilan di mana setiap perkembangan urusan jual beli rumah itu tidak pernah dimaklumkan kepada pembeli bahkan pembeli sendiri yang terpaksa menghubungi syarikat guaman berkenaan.

Malah ada ketikanya urusan jual beli berkenaan seolah-oleh menyepi seketika. Adakah ia salah satu permainan yang memberi keuntungan kepada syarikat guaman ini dengan menangguhkan urusan atas sebab masalah dalaman syarikat yang belum pasti kesahihannya?

Kepada semua pembaca yang merancang untuk membeli rumah atau hartanah, berwaspadalah kerana kini bukan semua orang boleh kita percayai 100%. Sedangkan pengamal undang-undang sendiri pun boleh melakukan jenayah penipuan dan menjadikan mereka yang kurang arif tentang hal perundangan ini sebagai mangsa.

Keadaan ini mencemar institusi keadilan yang dipandang tinggi dalam masyarakat. Jika keadaan ini berterusan di mana lagi hak rakyat untuk mendapatkan keadilan?

Penulis akan menyiarkan perkembangan lanjut tentang masalah penipuan urusan jual beli ini dan juga dalam kalangan pengamal undang-undang untuk tatapan kita semua sebagai peringatan agar lebih berwaspada di hari mendatang.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Peguam yang melakukan penipuan ni memang ramai. SAya sendiri melalui pengalaman dalam urusan jual beli rumah. Saya beli rumah daripada tangan orang. Setelah bayaran dibuat, saya tak dapat memasuki rumah kerana ada penyewa yang tidak mahu keluar dpd rumah itu. Peguam yang saya lantik utnuk urusan pembelian hanya diamkan diri. dia sengaja lengah lengahkan masa. Sepatutnya sebagaimana orang yang mengaetahui undang undang dia boleh membela saya dan mendapatkan gantirugi. ini lah perangai peguam di malaysia . penuh dengan corruption. Saya tidak mengatkan semuanya tetapi ada betulnya apabila seorang sahabat pernah menyatakan bahawa peguam yang kerja buat sign agreement rumah ni kebanyakannya hanya nak cepat kaya dan tidak akan menjalankan tugas mereka denga baik. Mereka pula bukan boleh mengambil kes kes mahkamah kerana tak pandai berhujah dalam mahkamah. tapi itu lah ironi nya di Malaysia. Nak beli rumah terpaksa berususan dengan golongan penipu dan lintah darat ni. Yuran yang dikenakan bukan murah tapi hak kita tak dijaga.

Kepada sahabat sahabat, pastikan dapat quotation dan buat urusan secara bertulis dengan peguam. Kalau boleh buatlah urusan dengan peguam yang dikenali atau recommended by kawan. kalau pegi buta je, ada harapan kena main oleh golongan penipu ini.

Saya teringat ada seorang kawan yang telah meninggalkan profesion guamannya. dia kata, dia tak sanggup lagi nak teruskan dengan career ini kerana terlalu banyak kepincangan di dalam urusan mereka. oleh kerana nak jaga halal haram rezeki kawan saya tingalkan career nya dan bukak business lain. saya wonders adakan sememangnya peguam di malaysia mengamalkan penipuan ? saya rasa ada benarnya dan ramai yang menipu.
Oleh itu berhati-hatilah kerana setiap orang akan merasai ditipu oleh peguam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kerana membeli rumah yang pertama.

Untuk makluman, di negara maju, peguam nya beretika dan mempunyai kod conduct yang lebih jelas. Sebab itulah ada syarikat multinasional yang tidak mengiktiraf peguam daripada malaysia kerana full of corruption .

Tanpa Nama berkata...

Setuju ...

Unknown berkata...

Salam encik..saya pun jadi sama seperti yg ditulis dlm blog encik. Boleh x kongsikan apa tindakan yg boleh sy ambil terhadap peguam saya x tidak mahu serahkan baki pinjaman rumah.

Unknown berkata...

Salam encik..saya pun jadi sama seperti yg ditulis dlm blog encik. Boleh x kongsikan apa tindakan yg boleh sy ambil terhadap peguam saya x tidak mahu serahkan baki pinjaman rumah.

Unknown berkata...

Saya pernah mempunyai pengalaman ngeri seperti ini. Diorg ni sembang mmg bagus tapi time buat kerja mcm haram. Time follow up, semua kena buat sendiri. Konon2 prosedure kerajaan lambat. Kepala bapak dier la charge mahal kerja tak nak buat. Saya kena dengan firma guaman melayu. Ada masaalah dalaman. Kononnyer lawyer buat lari file tapi lawyer fee masuk akaun firm. Entah bila selesai pon tak tahu la. Last2 buat polis report dan sedang cari cara utk repirt kat majkis peguam.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun kena tipu 10000 dgn lawyer firm Al FARABI & CO , alamat block C-2-11 plaza damas sri hartamas. Lawyer nama amar shah dia makan duit saya cash 10000. Dah report polis dan dah report bar council

Laila berkata...

Ape kesudahan nya bila report polis dan bar council

Laila berkata...

Ape kesudahan nya bila report polis dan bar council