12/01/13
Hanya 40,000-45,000 peserta sahaja: OCPD Dang Wangi
Penulis sempat mengikut sidang media di Balai Polis Tun H.S Lee petang tadi berkenaan dengan perkembangan terkini HKR.
Menurut OCPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, tiada sebarang tangkapan dibuat sepanjang perhimpunan berlangsung.
Ditanya mengenai anggaran jumlah peserta yang hadir, beliau berkata, jumlah peserta yang hadir adalah sekitar 40,000 ke 45,000 orang sahaja.
Rasanya tidak perlu penulis mengulas panjang mengenai kehadiran peserta..biarlah pembaca sekalian menilai sendiri dengan melihat gambar dari blog ini dan blog yang sama waktu dengannya yang lain.
Apa yang penulis dapat katakan ialah.....SAMPAI NAK BERNAFAS PUN SUSAH...!!!!!!!
UPDATE: Sekitar perhimpunan HKR 2013
Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 (HKR) mencatat sejarah apabila berjaya diadakan tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Ini menunjukkan pihak berkuasa sudah mula menaruh kepercayaan kepada pihak penganjur.
Walaupun dalam siri perhimpunan yang lalu terdapat pelbagai salah laku pihak penguasa serta provokasi daripada agen-agen provokasi, namun kali ini dilihat jauh berbeza.
Ratusan ribu rakyat hadir untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ketidakpuasan hati kepada kebobrokan yang dilakukan oleh kerajaan sedia ada selama ini.
Ikuti tinjauan penulis sekitar perhimpunan di tiga lokasi iaitu Masjid Negara, KLCC dan Stadium Merdeka.
Walaupun dalam siri perhimpunan yang lalu terdapat pelbagai salah laku pihak penguasa serta provokasi daripada agen-agen provokasi, namun kali ini dilihat jauh berbeza.
Ratusan ribu rakyat hadir untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ketidakpuasan hati kepada kebobrokan yang dilakukan oleh kerajaan sedia ada selama ini.
Ikuti tinjauan penulis sekitar perhimpunan di tiga lokasi iaitu Masjid Negara, KLCC dan Stadium Merdeka.
| Perkarangan Masjid Negara mula dipenuhi peserta seawal subuh. |
| Peserta mengambil peluang untuk berehat sementara menunggu arahan pimpinan untuk bergerak ke Stadium Merdeka. |
| Kelihatan petugas Unit Amal yang sentiasa peka dengan perkembangan peserta. |
| Peserta mula membanjiri Masjid sekitar jam 10 pagi. |
| Petugas Unit Amal mendengar taklimat daripada pimpinan mereka untuk mengawal selia peserta terlibat. |
| Para peniaga mengambil peluang menambahkan pendapatan. Himpunan sebegini memang dinanti-nantikan oleh peniaga untuk menjana pendapatan lumayan. |
| Rombongan peserta yang tiba ke perkarangan Masjid Negara. |
| Kumpulan belia bermotosikal tidak melepaskan peluang berkonvoi ke himpunan rakyat ini. |
| Hampir habis....Gerai Bihun Sup Kedah menjadi tumpuan peserta mengisi perut sebelum mula berjalan ke Stadium Merdeka. |
| Suasana perkarangan KLCC. Di sini, peserta akan diketuai oleh Pengerusi ANAK, Saudara Mazlan Aliman untuk ke Stadium Merdeka. |
| Petugas Unit Amal mendegar taklimat sebelum bergerak dari KLCC ke stadium. |
| Peserta amat berdisiplin dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh petugas Unit Amal. |
| Peserta dari kumpulan Royalti Terengganu dan Kelantan berkumpul di perkarangan KLCC. |
| Peserta sempat bergambar kenangan di perkarangan KLCC. |
| Antara kumpulan peserta yang baru tiba ke KLCC. |
| Siapa tidak kenal dengan beliau? |
| Yaa...Saudari Abby Abadi turut tidak melepaskan peluang untuk bangkit bersama-sama rakyat marhaen. |
| Santai...Kumpulan peserta yang baru tiba. |
| Peserta berkumpul mendengar amanat pimpinan sebelum berjalan ke stadium. |
| BANTAH...rasa ketidakpuasan hati diluahkan melalui banner. |
| AMAN...Tinjauan penulis di Jalan Tunku Abdul Rahman yang rancak menjalankan perniagaan seperti biasa. |
| MANA PENIAGA RUGI???....Ketika ini teringin benar penulis untuk berjumpa dengan peniaga yang mendakwa akan mengalami kerugian jika perhimpunan aman diadakan. |
| Tanah lapang ini (Dataran Merdeka) tetap dijaga rapi oleh pasukan polis bagi mengelakkan ia diceroboh oleh peserta. Ada emas kot kat bawah tanah tu..tak pun minyak... |
| Barisan anggota polis rela berjemur di tengah panas semata-mata nak menjaga sebuah padang. |
| KESIAN...mereka terlalu patuh pada arahan walaupun ia tidak masuk akal. |
| Tambah kapsyen |
| Helikopter sememangnya kenderaan yang wajib akan berlegar di atas kepala peserta dikala perhimpunan diadakan terutamanya oleh pembangkang. |
| SEMANGAT....Peserta yang hadir tidak mengenal erti penat untuk sama-sama memeriahkan himpunan kebangkitan rakyat. |
| Ribuan peserta berjalan ke Stadium Merdeka. |
| Muslimat sejati....Kaum Hawa yang berjiwa kental ini turut serta menyatakan sokongan mereka. |
| SOLAT DI MANA-MANA....Walau di mana mereka berada, solat tetap didahulukan. |
| Pelakon yang pernah menimbulkan kontroversi bersama mahasiswa di Dataran Merdeka tempoh hari. |
| Kelihatan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor (berdiri, baju kuning) bersama dengan Nik Adli. |
| Leman Raja Lawak turut tidak ketinggalan bersama-sama rakyat. |
| Masjid Negara. |
| Salah sebuah lorong di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dipenuhi pengunjung yang ingin membeli-belah. |
| Syabas penulis ucapkan kepada semua peserta. |
10/01/13
TERKINI: Dah HIJAU, lagi mau flip flop ka PDRM???
Debaran semakin memuncak untuk menanti hari esok....mengapa? Kerana hari esok bakal menjanjikan pelbagai perkara yang diluar dugaan.
Tak payah tunggu esok, malam ni sahaja sudah pun mula menceritakan bibit-bibit permulaan episod flip-flop sang penguasa terhadap himpunan marhaen.
Ketua Polis Negara sudah bagi lampu hijau...hah tengok belom apa-apa dah lampu hijau, bukan biru ye.., pengurusan stadium juga sudah bagi hijau lagi, alih2 polis KL pulak keluar fatwa saran himpunan diadakan di Stadium Bukit Jalil.
Malam ni mungkin sarankan dulu, esok belum pasti saran tu jadi apa....kalau ikutkan yang lepas, memang pembaca sendiri pun dapat nilai dan baca apa permainan mereka bukan?
Apa yang pasti, hari esok akan menjanjikan satu ledakan gelora amarah dalam diri anak muda jika pisang masih juga tak henti-henti berbuah. Bukan setakat berbuah dua kali, malah tuan tanah kedaung kebun pisang pun mampu kalahkan kroni UBN.
TERKINI: Lokasi Check Point untuk peserta
Peserta #KL112 Sabtu ini
diberi pilihan untuk berkumpul bersama pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan
lain-lain kumpulan sebelum meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka. Diulang...meneruskan PERJALANAN ke Stadium Merdeka.
Bukan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagaimana yang dimomokkan oleh lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia. Peserta diminta tidak berkumpul di jalanan sebaliknya meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka dengan penuh disiplin bagi mengelakkan sebarang masalah.
Peserta himpunan kali ini dijangka akan melebihi daripada perhimpunan yang pernah berlangsung sebelum ini. Jadi anda diminta berdisiplin dan tidak melayan sebarang provokasi dari mana-mana pihak termasuklah dari 'peserta' lain.
Berikut beberapa lokasi bersama senarai kumpulan mengikut laluan masing-masing yang ditetapkan.
Masjid Universiti Malaya Jalan Pantai
Adam Adli – mahasiswa
Safuan Anang – mahasiswa
Raja Iskandar – PAS
YB Nurul Izzah
YB Ng Swee Lim
Brickfields
Aruchelvam – PSM
Maria Chin Abdullah – Empower
Raja Ratnam – Warga Aman
Faizal – OKU
Zunar – seniman dan kartunis
KLCC (Anak & Royalti)
Mazlan Aliman – Anak
YB Hussam Musa
YB Teng Chang Kim
Jalan Sultan (Selamatkan Kampung Warisan)
Cikgu Ishak Surin – Muafakat
YB Tan Kok Way
Pasar Seni (Wanita)
YB Dr Siti Mariah
YB Teresa Kok
YB Elizabeth Wong
Dataran Merdeka (Kumpulan Hijau)
YB Ronnie Liu
Wong Tuck
Kelab Sultan Sulaiman
SAMM
Anak-anak muda
Chegu Bard
Masjid Negara
YB Azmin Ali
YB Mujahid Rawa
YB Khalid Samad
termasuk warga kota yang singgah beribadat
9/01/13
TERKINI: Penganjur dibenar guna Stadium Merdeka
Pengurusan Stadium Merdeka membenarkan stadium itu digunakan untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat yang bakal diadakan Sabtu ini.
Ini merupakan satu perkembangan positif di mana setiap pihak memberi layanan lima bintang kepada pihak pembangkang walaupun pada mulanya agak sukar untuk mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan stadium.
Apa yang penulis harapkan ialah setiap peserta menunjukkan disiplin dan komitmen yang tinggi bagi menunjukkan bahawa kita datang bukan untuk BERTEMPUR, tetapi untuk berjuang dalam suasana yang aman dan harmoni tanpa sebraang unsur provokasi.
Ayuhlah wahai saudara rakan seperjuanganku sekalian...!!!
Buktikan kepada mereka, kita bukanlah pengganas, kita bukanlah perusuh dan kita bukanlah berniat jahat.
Niat kita cuma satu, untuk bangkit menunjukkan kuasa suara rakyat yang sudah muak dan jelik dengan perkara mungkar dan batil.
Apa yang kita mahukan hanyalah sebuah proses pilihan raya yang telus dan adil. Kita mahukan pemimpin negara sekarang mendengar dan bertindak di atas ketidakpuasan hati rakyat untuk menjamin pilihan raya yang lebih adil.
Jangan sekali-kali menimbulkan provokasi sepanjang himpunan dan peserta jangan terlalu melayan sebarang provokasi yang dibuat oleh pihak mereka. Bangkit secara aman...kita tidak sama seperti mereka yang ganas dan zalim. Allahuakbarr!!!!! Allahuakbarr!!! Allahuakbar!!!...Jumpa di sana..
Ini merupakan satu perkembangan positif di mana setiap pihak memberi layanan lima bintang kepada pihak pembangkang walaupun pada mulanya agak sukar untuk mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan stadium.
Apa yang penulis harapkan ialah setiap peserta menunjukkan disiplin dan komitmen yang tinggi bagi menunjukkan bahawa kita datang bukan untuk BERTEMPUR, tetapi untuk berjuang dalam suasana yang aman dan harmoni tanpa sebraang unsur provokasi.
Ayuhlah wahai saudara rakan seperjuanganku sekalian...!!!
Buktikan kepada mereka, kita bukanlah pengganas, kita bukanlah perusuh dan kita bukanlah berniat jahat.
Niat kita cuma satu, untuk bangkit menunjukkan kuasa suara rakyat yang sudah muak dan jelik dengan perkara mungkar dan batil.
Apa yang kita mahukan hanyalah sebuah proses pilihan raya yang telus dan adil. Kita mahukan pemimpin negara sekarang mendengar dan bertindak di atas ketidakpuasan hati rakyat untuk menjamin pilihan raya yang lebih adil.
Jangan sekali-kali menimbulkan provokasi sepanjang himpunan dan peserta jangan terlalu melayan sebarang provokasi yang dibuat oleh pihak mereka. Bangkit secara aman...kita tidak sama seperti mereka yang ganas dan zalim. Allahuakbarr!!!!! Allahuakbarr!!! Allahuakbar!!!...Jumpa di sana..
Tahniah Malaysiakini..!!!!
![]() |
| Jangan biarkan perkara ini berulang !! |
Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada portal berita Malaysiakini di atas pendirian yang teguh untuk bersama-sama rakyat menghadapai sebarang kemungkinan pada #KL112 Sabtu ini.
Pendirian yang ditunjukkan oleh Malaysiakini nyata berpihak kepada rakyat yang mendambakan ketelusan pihak media dalam melaporkan sesebuah isu.
Semalam pihak polis menggesa pihak media yang ingin membuat liputan pada #KL112 agar memohon pas yang dikeluarkan oleh polis.
Malaysiakini bagaimanapun merupakan satu-satunya setakat ini media yang enggan mematuhi arahan berkenaan atas alasan pihak polis sepatutnya menjaga keselamatan seluruh warga bukan kepada pihak media sahaja.
Malah, tindakan pihak polis itu nyata memberi pelbagai persepsi negatif masyarakat terhadap kredibiliti mereka dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan awam.
Apakah pas media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan itu sudah tidak relevan lagi? Sekiranya setiap acara memerlukan penganjur atau pihak berwajib mengeluarkan pas untuk media, jadi Jabatan Penerangan tidak perlu lagi membazirkan wang rakyat untuk kos pengeluaran kad perakuan media.
Persoalan yang bermain di fikiran penulis ketika ini ialah, bagaimana pula dengan pengamal media bebas yang kini telah wujud secara tidak langsung dengan banyakkanya di negara kita?
Apakah hak mereka dinafikan bagi membuat liputan sekiranya ia melibatkan pembangkang? Di sini sahaja sudah menunjukkan bahawa sistem demokrasi parlimen yang diamalkan di negara ini sudah tercemar kerana tiada langsung hak untuk bersuara dan penyampaian maklumat yang telus.
Penulis difahamkan, pas media yang dikeluarkan oleh Pusat Media, Bukit Aman itu hanya diperuntukkan kepada media arus perdana sahaja dan tidak kepada media alternatif lain.
Walhal peranan pengamal media adalah sama iaitu melaporkan sebarang situasi atau perkara yang berlaku secara telus dan adil. Di sinilah terpampang jelas betapa tercemarnya etika kewartawanan di Malaysia apabila melibatkan campur tangan politik.
Penulis 100% tidak bersetuju dengan tindakan polis mengeluarkan pas mereka sendiri atas alasan untuk mengelakkan kejadian silap pukul wartawan berulang sebagaimana yang berlaku pada BERSIH 3.0.
Jadi, keadaan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peserta dan juga pengamal media seperti penulis. Apakah mereka yang tidak memiliki pas berkenaan diberi kebenaran untuk dipukul dan dibelasah?
Pada pagi ini, taklimat untuk media sedang berjalan di Bukit Aman berkenaan dengan himpunan #KL112. Penulis akan cuba mengemaskini perjalanan taklimat tersebut. Tungguuuu.....
Perkembangan #KL112 akan dikemaskini
Sedar tak sedar kita sudah pun memasuki tahun baru 2013. Rasanya belum terlambat untuk penulis mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh pembaca blog yang tidak seberapa ini.
Kesibukan membuatkan penulis terabai seketika untuk kemaskini blog. Kesulitan ini amat dikesali oleh penulis sendiri namun penulis akan cuba memberi yang terbaik untuk berkongsikan isu semasa.
Terkini, umum mengetahui bahawa kita akan berdepan dengan satu lagi himpunan rakyat yang bakal menggegarkan ibukota pada Sabtu ini. Insya-Allah jika diberi izin-Nya, penulis akan menjadikan blog ini sebagai platform untuk menyiarkan secara langsung perjalanan sepanjang perhimpunan berkenaan.
Segala apa yang berlaku akan dirakam dengan lensa kamera bagi membuka mata umum situasi terkini pada perhimpunan berkenaan. Malah penulis turut mengarahkan beberapa 'anak buah' untuk turut menyalurkan maklumat terkini untuk tatapan mereka yang tidak berkesempatan untuk berjuang bersama-sama. Doakan yang terbaik buat semua peserta termasuk penulis sendiri. Wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)



+stadium+merdeka.jpg)

