16/01/13

Inilah masanya Najib jadi hero..!!




Tindakan kerajaan melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan penduduk yang menghadapi masalah bekalan air agar mengundi Barisan Nasional pada PRU-13 dan berjanji akan menyelesaikan masalah itu sekiranya mereka berbuat demikian adalah tidak wajar.

Kenyataan Perdana Menteri itu seolah-olah satu ugutan yang mana mereka perlu mengundi Barisan Nasional pada PRU-13 dahulu untuk kerajaan mengambil tindakan terhadap permasalahan yang berlaku.

Keadaan ini sudah dijangkakan ramai pihak apabila kerajaan dan Syabas dilihat hanya berdiam diri tanpa sebarang mengambil sebarang tindakan yang perlu bagi menangani masalah itu.

Jika benar kerajaan mengambil berat tentang segala permasalahan rakyat, mereka tidak perlu menunggu PRU-13 untuk selesaikan, malah jika tindakan drastik diambil untuk membantu penduduk sudah pasti mereka akan lebih mendapat kepercayaan rakyat.

Kalau congakan begini pun mereka gagal menilai dan membuat keputusan, masakan rakyat akan terus memilih mereka untuk memegang tampuk pemerintahan negara di penggal akan datang.

Lagipun, setakat masalah air ini rasanya mereka langsung tidak mempunyai sebarang masalah untuk tanganinya memandangkan terdapat berbilion peruntukan yang tersedia kepada rakyat.

Namun, oleh kerana kegedilan mereka untuk menjadikan masalah ini sebagai isu untuk menyalahkan pihak Kerajaan Selangor, rakyat menjadi mangsa.

Dalam permasalahan ini juga timbul pelbagai keraguan di mana pihak Syabas sepatutnya mengambil langkah drastik menyelesaikan isu ini. Mungkinkah terdapat arahan daripada pihak atasan untuk menangguhkan penyelesaiaan masalah ini hingga PRU-13 selesai?

Wahai Datuk Seri Najib, rakyat sudah tahu menilai dan jangan sesekali menjadikan rakyat sebagai mangsa hanya kerana anda ingin pertahankan kerusi empuk sebagai pemimpin negara. Setiap permasalahan yang dihadapi rakyat anda perlu hadapi dan selesaikan dahulu, bukannya menjadikan ia sebagai modal untuk meraih undi pada pilihan raya nanti.

Kalau nak jadi hero, inilah masanya. Selesaikan masalah rakyat, nescaya rakyat akan lebih menaruh kepercayaan kepada kepimpinan anda. Jangan hanya menunggu dan jadikan ia modal kerana taktik ini sudah lapuk…rakyat mampu menilai mana yang baik mana yang buruk.    

Jika benar masalah air yang dihadapi rakyat ini hanya sekadar sandiwara anda semata-mata, memang rakyat akan menunjukkan bantahan mereka secara langsung melalui kertas undi. Penulis percaya ini bukanlah apa yang dikehendaki oleh Datuk Seri...

Jadi, selesaikan masalah rakyat jangan hanya pandai menyalak tak tentu pasal menyalahkan pihak pembangkang semata-mata. Jadilah hero yang bijak sikit jangan jadi hero yang nampak sangat skripnya dah siap disusun…rakyat tak bodoh..

Adakah benar bagai dikata? Beliaukah itu? (Sumber gambar: greenboc.blogspot.com)

15/01/13

Kak Pah #Listen menjawab di twitter...


Mungkin Sharifah Zohra Jabeen yang sebelum ini langsung tak dikenali dan kini beliau terkenal dengan kebodohan dan keangkuhan sudah panas punggung.

Pelbagai reaksi yang ditonjolkan oleh masyarakat maya terhadap beliau setelah beliau men#listenkan diri dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Beliau sekali lagi memberi reaksi yang kurang cerdik malah terus menghilangkan peratusan kecerdikan beliau yang sedia kurang itu di Twitter..

Melalui jawapan beliau di Twitter itu, nyata sekali beliau seorang yang angkuh dan hanya perasan yang beliau sahaja bijak pandai di Malaysia, orang lain semua bodoh.

Wahai Kak Pah #Listen....

Kalau benar anda begitu bijak dan enggan mendengar pendapat orang lain, beranikah anda menyahut cabaran oleh beberapa blogger yang 'kurang pandai' ini untuk berdebat???

Jangan risau, blogger di sini semuanya tidak berkelulusan tinggi jika dibandingkan dengan anda wahai Kak Pah #Listen...Jadi apa tunggu lagi?? Sahutlah cabaran untuk berdebat atau berforum.

Kalau berani sila jawab pautan berikut:

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

http://kerabubersuara.blogspot.com/2013/01/surat-terbuka-kepada-sharifah-zohra.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FRzVdP+%28Kerabu+Bersuara%29



#LISTEN bakal tewaskan GANGNAM STYLE



Listen...listen..listen...

Pelbagai kata-kata sindiran dan sinis dihamburkan kepada Sharifah Zohra Jabeen di atas tindakan biadap beliau yang menafikan hak seorang mahasiswi menyatakan pendapat.

Cukup biadap sekali sehinggakan perkataan yang digunakan oleh beliau untuk menyekat mahasiswi itu bercakap menjadi tagline yang popular di alam siber Malaysia.

Listen....Listen..Listen..

When I speak, you must listen..

But when you speak...I will grab your microphone away..

Insiden memalukan ini mendapat reaksi meluas dalam kalangan blogger-blogger, golongan intelektual dan juga golongan ulama sendiri.

Apa yang mengecewakan ialah sikap pengecut yang ditonjolkan oleh mahasiswa dan mahasiswi UUM yang tidak langsung menyokong rakan seperjuangan mereka malah memberi tepukan gemuruh serta sorakan bila mana rakan seperjuangan mereka diaibkan sedemikian rupa oleh ORANG LUAR.

Listen...listen..listen

When I speak, you must listen..


But when you speak...I will grab your microphone away..

Terang dan nyata....mahasiswa UUM sendiri telah menonjolkan sikap mereka yang sebenar...sikap takut dan hanya sanggup menjadi pak turut sahaja..langsung tidak memenangkan geng sendiri. Malah dengan jelas menjatuhkan martabat institusi mereka.

Apakah mereka tidak malu dengan rakan seperjuangan mereka di institusi lain? Langsung tiada semangat untuk pertahankan rumah sendiri bila diceroboh oleh orang asing yang terang menghina salah seorang penghuninya.

Listen...listen..listen

When I speak, you must listen..

But when you speak...I will grab your microphone away..

Universiti lain pula yang menyatakan sokongan padu terhadap mahasiswa berani itu (KS Bawani) dan mahu beliau sertai institusi mereka..Kalau penulis sendiri pun yang belajar di UUM, pasti tebal muka nak berdepan dengan masyarakat. Silap-silap berhenti terus, mohon di IPT lain..!

Langsung tiada nilai intelektual...hanya layak jadi pak turut sahaja bila tamat pengajian nanti. Rasanya di sini jelas, UUM gagal melahirkan bakal pemimpin yang berwibawa. Apa tidaknya, daripada ribuan mahasiswa yang hadir hanya seorang sahaja berani menyatakan pandangan yang melambangkan ketokohan beliau.

Kalaulah ada mahasiswa yang memiliki semangat untuk bangkit melawan dan pertahankan keintelektualan institusi anda, mengapa tidak bangkit pertahankan rakan seperjuangan itu??

Listen...listen..listen

When I speak, you must listen..

But when you speak...I will grab your microphone away..

BANGKITLAH...itu pun kalau ada yang berani..!!! (kata-kata cabaran dari penulis).


Imam Muda kita pun bersuara menyatakan pendapat beliau...anda mahasiswa UUM bagaimana?
Beranikah untuk nyatakan pendirian atau memang semuanya didik untuk hanya turuti sahaja apa orang cakap?? Kalau beginilah, gelaran mahasiswa itu langsung tidak layak untuk anda...


Penulis cukup kasihan dengan mahasiswa UUM ni...Mungkin mereka takut berdepan dengan tindakan dari pengurusan UUM kot...kalau betul maknanya betul la telahan penulis bahawa mahasiswa UUM sebenarnya pengecut..!!! (Lagi kata-kata cabaran).

Maklumlah...Naib Canselor mereka yang juga merupakan Pengerusi Majlis Profesor Negara pun lantang bersuara namun semuanya berpihak kepada kerajaan UBN..







12/01/13

BONGKAR: Nombor telefon yang cuba cetus provokasi HKR

Penulis tersentak ketika membuat liputan HKR di perkarangan Stadium Merdeka. Tersentak kerana terkejut dengan SMS yang diterima.

Dua SMS ini sememangnya benar-benar berniat jahat untuk memburukkan himpunan ini. Pendek kata ia adalah salah satu cara provokasi yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu bagi memberi persepsi buruk masyaerakat terhadap himpunan ini.

Penulis sedia membongkarkan dua nombor ini untuk tatapan umum sebagai pengajaran kepada mereka yang terlibat. Kalau boleh trace nombor ni lagi baik dan buat laporan polis kerana menghasut. Dua nombor telefon berkenaan ialah seperti berikut:
 
 019-2075670.....SMS berbunyi "BANGKITLAH RAKYAT! Tukar Bendera, Tukar Kerajaan Melayu, Jatuhkan BN, Tumbangkan UMNO dan....Raja-Raja Melayu. Sebarkan. BANGKITLAH RAKYAT.

019-2533670.....SMS berbunyi " Perkembangan terkini - Dana untuk #KL112 sudah diterima semua peserta diminta berkumpul di pejabat PKR Tropicana bagi menerima RM150 dari wakil yang dilantik. Pegerakan secara berperingkat. Mulai 12 tengahari. sebarkan.  

Bermacam cara yang dimainkan oleh pihak tertentu dan seingat penulis, rakan-rakan media yang lain turut sama menerima SMS serupa dari nombor yang sama.

Tapi apakan daya, cubaan ini agak bodoh kerana ia langsung tidak berjaya mempengaruhi mana-mana rakan media penulis hatta dari media arus perdana yang selalu memenangkan UBN sekalipun!

Syabas kepada semua rakan media....Diharap teruskan dengan ketelusan membuat laporan dan amalkanlah etika kewartawanan yang betul...BEBASKAN MEDIA MALAYSIA..!!!



Hanya 40,000-45,000 peserta sahaja: OCPD Dang Wangi



Penulis sempat mengikut sidang media di Balai Polis Tun H.S Lee petang tadi berkenaan dengan perkembangan terkini HKR.

Menurut OCPD Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, tiada sebarang tangkapan dibuat sepanjang perhimpunan berlangsung.

Ditanya mengenai anggaran jumlah peserta yang hadir, beliau berkata, jumlah peserta yang hadir  adalah sekitar 40,000 ke 45,000 orang sahaja.

Rasanya tidak perlu penulis mengulas panjang mengenai kehadiran peserta..biarlah pembaca sekalian menilai sendiri dengan melihat gambar dari blog ini dan blog yang sama waktu dengannya yang lain.

Apa yang penulis dapat katakan ialah.....SAMPAI NAK BERNAFAS PUN SUSAH...!!!!!!!
  

UPDATE: Sekitar perhimpunan HKR 2013

Himpunan Kebangkitan Rakyat 2013 (HKR) mencatat sejarah apabila berjaya diadakan tanpa sebarang perkara yang tidak diingini. Ini menunjukkan pihak berkuasa sudah mula menaruh kepercayaan kepada pihak penganjur.

Walaupun dalam siri perhimpunan yang lalu terdapat pelbagai salah laku pihak penguasa serta provokasi daripada agen-agen provokasi, namun kali ini dilihat jauh berbeza.

Ratusan ribu rakyat hadir untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ketidakpuasan hati kepada kebobrokan yang dilakukan oleh kerajaan sedia ada selama ini.

Ikuti tinjauan penulis sekitar perhimpunan di tiga lokasi iaitu Masjid Negara, KLCC dan Stadium Merdeka.

Perkarangan Masjid Negara mula dipenuhi peserta seawal subuh.
Peserta mengambil peluang untuk berehat sementara menunggu arahan pimpinan untuk bergerak ke Stadium Merdeka.

Kelihatan petugas Unit Amal yang sentiasa peka dengan perkembangan peserta.

Peserta mula membanjiri Masjid sekitar jam 10 pagi.

Petugas Unit Amal mendengar taklimat daripada pimpinan mereka untuk mengawal selia peserta terlibat.

Para peniaga mengambil peluang menambahkan pendapatan. Himpunan sebegini memang dinanti-nantikan oleh peniaga untuk menjana pendapatan lumayan.

Rombongan peserta yang tiba ke perkarangan Masjid Negara.

Kumpulan belia bermotosikal tidak melepaskan peluang berkonvoi ke himpunan rakyat ini.

Hampir habis....Gerai Bihun Sup Kedah menjadi tumpuan peserta mengisi perut sebelum mula berjalan ke Stadium Merdeka.

Suasana perkarangan KLCC. Di sini, peserta akan diketuai oleh Pengerusi ANAK, Saudara Mazlan Aliman untuk ke Stadium Merdeka.

Petugas Unit Amal mendegar taklimat sebelum bergerak dari KLCC ke stadium.

Peserta amat berdisiplin dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan oleh petugas Unit Amal.

Peserta dari kumpulan Royalti Terengganu dan Kelantan berkumpul di perkarangan KLCC.

Peserta sempat bergambar kenangan di perkarangan KLCC.

Antara kumpulan peserta yang baru tiba ke KLCC.

Siapa tidak kenal dengan beliau?

Yaa...Saudari Abby Abadi turut tidak melepaskan peluang untuk bangkit bersama-sama rakyat marhaen.

Santai...Kumpulan peserta yang baru tiba.

Peserta berkumpul mendengar amanat pimpinan sebelum berjalan ke stadium.

BANTAH...rasa ketidakpuasan hati diluahkan melalui banner.

AMAN...Tinjauan penulis di Jalan Tunku Abdul Rahman yang rancak menjalankan perniagaan seperti biasa. 

RUGI KE?...Penulis tertanya-tanya apakah punca kerugian yang peniaga alami ketika perhimpunan aman sebelum ini. Jika pihak polis tidak melakukan provokasi dan memberi kerjasama dengan penganjur, masakan berlaku keganasan.

MANA PENIAGA RUGI???....Ketika ini teringin benar penulis untuk berjumpa dengan peniaga yang mendakwa akan mengalami kerugian jika perhimpunan aman diadakan.

Tanah lapang ini (Dataran Merdeka) tetap dijaga rapi oleh pasukan polis bagi mengelakkan ia diceroboh oleh peserta. Ada emas kot kat bawah tanah tu..tak pun minyak...

Barisan anggota polis rela berjemur di tengah panas semata-mata nak menjaga sebuah padang.

KESIAN...mereka terlalu patuh pada arahan walaupun ia tidak masuk akal.

Tambah kapsyen


Helikopter sememangnya kenderaan yang wajib akan berlegar di atas kepala peserta dikala perhimpunan diadakan terutamanya oleh pembangkang.

SEMANGAT....Peserta yang hadir tidak mengenal erti penat untuk sama-sama memeriahkan himpunan kebangkitan rakyat.

Ribuan peserta berjalan ke Stadium Merdeka.


Muslimat sejati....Kaum Hawa yang berjiwa kental ini turut serta menyatakan sokongan mereka.

SOLAT DI MANA-MANA....Walau di mana mereka berada, solat tetap didahulukan.

Pelakon yang pernah menimbulkan kontroversi bersama mahasiswa di Dataran Merdeka tempoh hari.



Kelihatan Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor (berdiri, baju kuning) bersama dengan Nik Adli.

Leman Raja Lawak turut tidak ketinggalan bersama-sama rakyat.


Masjid Negara.

Salah sebuah lorong di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dipenuhi pengunjung yang ingin membeli-belah.

Syabas penulis ucapkan kepada semua peserta.