16/01/13

Inilah masanya Najib jadi hero..!!




Tindakan kerajaan melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan penduduk yang menghadapi masalah bekalan air agar mengundi Barisan Nasional pada PRU-13 dan berjanji akan menyelesaikan masalah itu sekiranya mereka berbuat demikian adalah tidak wajar.

Kenyataan Perdana Menteri itu seolah-olah satu ugutan yang mana mereka perlu mengundi Barisan Nasional pada PRU-13 dahulu untuk kerajaan mengambil tindakan terhadap permasalahan yang berlaku.

Keadaan ini sudah dijangkakan ramai pihak apabila kerajaan dan Syabas dilihat hanya berdiam diri tanpa sebarang mengambil sebarang tindakan yang perlu bagi menangani masalah itu.

Jika benar kerajaan mengambil berat tentang segala permasalahan rakyat, mereka tidak perlu menunggu PRU-13 untuk selesaikan, malah jika tindakan drastik diambil untuk membantu penduduk sudah pasti mereka akan lebih mendapat kepercayaan rakyat.

Kalau congakan begini pun mereka gagal menilai dan membuat keputusan, masakan rakyat akan terus memilih mereka untuk memegang tampuk pemerintahan negara di penggal akan datang.

Lagipun, setakat masalah air ini rasanya mereka langsung tidak mempunyai sebarang masalah untuk tanganinya memandangkan terdapat berbilion peruntukan yang tersedia kepada rakyat.

Namun, oleh kerana kegedilan mereka untuk menjadikan masalah ini sebagai isu untuk menyalahkan pihak Kerajaan Selangor, rakyat menjadi mangsa.

Dalam permasalahan ini juga timbul pelbagai keraguan di mana pihak Syabas sepatutnya mengambil langkah drastik menyelesaikan isu ini. Mungkinkah terdapat arahan daripada pihak atasan untuk menangguhkan penyelesaiaan masalah ini hingga PRU-13 selesai?

Wahai Datuk Seri Najib, rakyat sudah tahu menilai dan jangan sesekali menjadikan rakyat sebagai mangsa hanya kerana anda ingin pertahankan kerusi empuk sebagai pemimpin negara. Setiap permasalahan yang dihadapi rakyat anda perlu hadapi dan selesaikan dahulu, bukannya menjadikan ia sebagai modal untuk meraih undi pada pilihan raya nanti.

Kalau nak jadi hero, inilah masanya. Selesaikan masalah rakyat, nescaya rakyat akan lebih menaruh kepercayaan kepada kepimpinan anda. Jangan hanya menunggu dan jadikan ia modal kerana taktik ini sudah lapuk…rakyat mampu menilai mana yang baik mana yang buruk.    

Jika benar masalah air yang dihadapi rakyat ini hanya sekadar sandiwara anda semata-mata, memang rakyat akan menunjukkan bantahan mereka secara langsung melalui kertas undi. Penulis percaya ini bukanlah apa yang dikehendaki oleh Datuk Seri...

Jadi, selesaikan masalah rakyat jangan hanya pandai menyalak tak tentu pasal menyalahkan pihak pembangkang semata-mata. Jadilah hero yang bijak sikit jangan jadi hero yang nampak sangat skripnya dah siap disusun…rakyat tak bodoh..

Adakah benar bagai dikata? Beliaukah itu? (Sumber gambar: greenboc.blogspot.com)

Tiada ulasan: