16/01/13

Kak Pah #Listen kini terkontang-kanting

Dipetik dari The Malaysian Insider.

Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berterusan menerima kritikan hebat dari kalangan blogger, mahasiswa dan juga pemimpin.

Yang paling sadisnya ialah, beliau juga turut dinafikan memegang jawatan sebagaiTimbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan.

Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) melalui Presidennya, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader menyatakan demikian sebagai membalas pertanyaan daripada banyak panggilan telefon yang beliau terima.

Malah, beliau turut berkata, tingkah laku Sharifah Zohra juga sukar dikawal. Apa yang menarik perhatian penulis sekarang ialah jawatan Kak Pah sebagai Pengerusi SW1M. Apakah SW1M? adakah ia sebuah pertubuhan haram?

Mungkin Kak Pah seorang sahaja ahlinya sebab itu beliau bertindak melantik diri sendiri sebagai pengerusi. Agaknya berapakah jumlah ahli dalam SW1M ini? Tak pernah dengar pun sebelum ni..

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut menjawab dalam tweet menjauhkan parti pemerintah itu dari Sharifah. Kini Kak Pah kita sudah terkontang kanting sendirian tanpa ada back-up daripada mana-mana pihak.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah juga tampil mempertahankan Bawani, mengatakan bahawa Sharifah tidak sepatutnya bercakap begitu kepada pelajar tersebut.

Mungkin pada forum berkenaan beliau menjangkakan bahawa tiada sebarang rakaman yang akan dimuat naik ke internet. Agaknya beliau salah jangka..mungkin pada fikiran beliau tiada seorang pun mahasiswa UUM yang berani bertindak begitu.

Maklumlah, UUM ni dah macam sebuah institusi yang melahirkan pelajar berpemikiran pro kerajaan UBN sebab mereka 'dibasuhotakkan' sedemikian rupa. Namun yang nyata ialah Kak Pah tersilap langkah... 

2 ulasan:

amgyver berkata...

Ni la akibatnya kalau bercakap tanpa berfikir.. Lain kali cuba bercakap secara rasional sikit.. Bila jadi macam ni, mana nak campak muka...?
Doa2 la kita tak jadi macam ni...

pena marhaen berkata...

Mahasiswa kini dah tiada kualiti jika dibandingkan dengan generasi dulu...semuanya bahana sekatan hak kebebasan bersuara dalam kalangan mahasiswa.