16/01/13

#Listen: UUM nafi terlibat dengan forum..


Listen..listen..listen..

Universiti Utara Malaysia (UUM) mendakwa pihak mereka tidak terlibat secara langsung dengan program Forum Suara Mahasiswa: Seiringkah Mahasiswa dan Politik melibatkan Pengerusi SW1M dan hanya menyediakan tempat sahaja.

Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Naib Canselor universiti berkenaan, Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak kepada beberapa akhbar bahasa Cina semalam. Mungkin akhbar Melayu tidak seberani akhbar berbahasa Cina dalam menyatakan fakta.

Listen..listen..listen..

Beliau turut menegaskan bahawa kenyataan Sharifah tidak mewakili pendirian UUM dan turut memuji keberanian Bawani dalam menyatakan pandangan.

Namun dari pemerhatian penulis ke atas video berkenaan stelah berulang kali direwind dan diforward, pada awal rakaman mendapati mahasiswa UUM telah berikrar dipimpin oleh seorang Yang Dipertua...Yang Dipertua apa itu tidak jelas pada penulis.

Ikrar itu berbunyi:

Kami, anak-anak bangsa peneraju negara,
Dengan ini berikrar,
Menentang budaya songsang,
Perosak bangsa,
Menentang demonstrasi jalanan,
Penghancur keamanan,
Menentang anasir luar,
Yang menjadi barah,
Perosak anak-anak bangsa,
Kami menyokong keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sesama rakyat Malaysia,
Berbilang bangsa tanpa campur tangan pihak ketiga.

Listen..listen..listen..

Jika UUM tidak terlibat dalam Forum itu, bagaimana NC UUM ini boleh menyediakan tempat dalam UUM dan juga melibatkan seorang mahasiswa yang memegang jawatan Yang Dipertua?

Mustahil pihak UUM tidak terlibat. Kebiasaannya di mana-mana universiti sekalipun setiap program yang dijalankan perlu mendapat kebenaran pihak universiti jadi ini secara tidak langsung ia melibatkan pihak universiti berkenaan.

Listen..listen..listen..

Jika benar pihak UUM hanya menyediakan tempat dan tidak terlibat dengan Forum berkenaan, bermakna orang luar bebas untuk mendapatkan tempat di UUM untuk mengadakan sebarang program.

Siapa yang membenarkan program ini dijalankan dengan penglibatan pelajar UUM? Sudah pasti pihak universiti sendiri yang terlibat. Penafian ini pada penulis adalah tidak masuk akal..

Takkan pihak universiti hanya menyediakan tempat tanpa mengetahui apa sebenarnya isi Forum itu dan tujuan ia diadakan. Takkan forum itu dijalankan secara haram memandangkan ia diadakan dalam universiti jadi ia tertakluk kepada kebenaran universiti itu sendiri.





Tiada ulasan: