8/02/13
PANAS..: Tarikh bubar Parlimen didedahkan???
Ya....tarikh pembubaran parlimen sudah pun terluah dari mulut DS Najib. Itulah yang dinyatakan seorang 'sahabat' penulis yang mendakwa beliau mendapat perkhabaran ini dari mulut DS Najib sendiri. Ini kira edisi Betul ke Bohong la ni..!!!!
Benar atau tidak, penulis sendiri pun tidak tahu tapi itulah yang telah diomongkan kepada penulis beberapa jam lalu dalam satu sesi teh tarik di sebuah daerah dalam satu negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
Sahabat penulis ini pun bukanlah orang sembarangan, jika penulis sebut sahaja namanya pasti semua mengenali beliau kerana beliau juga berhasrat untuk bertanding pada PRU di salah satu Parlimen di negeri Cik Siti Wan Kembang.
Tapi, mulut orang tidak 100 peratus kita boleh percaya. Semua boleh bercakap, semua boleh mengata namun kesahihannya belum tentu terlaksana. Sekadar cakap-cakap sesiapa pun boleh bercakap.
Tambah pulak tuan punya badan yang menyuarakan berita ni pada penulis pun bukanlah orang yang boleh dipercayai..!! (dah nama ahli politik, geng ampu UBN plak tu..!!).
Tarikh keramat yang diuar-uarkan pada penulis ialah jatuh pada 22 Februari 2013. Rasanya tak perlu nak disorokkan atau nak cover lagi. Kalau dah jentera semua dah sedia, jalan je la..apa nak tunggu lagi buang masa je...
2/02/13
Cuti peristiwa untuk DS Najib, Tun M makin nyanyuk...
Malang sungguh Perdana Menteri Malaysia ke-6 ni hilang populariti dalam sekelip mata hinggakan terpaksa mengerahkan semua cabang atau peluang yang ada untuk mengaburi mata rakyat Malaysia.
Bukan sahaja penjawat awam seperti guru-guru di kerahkan untuk meramaikan majlis beliau, tapi sampaikan pihak pengurusan sekolah terpaksa men'cutiperistiwa'kan sekolah semata-mata untuk penuhi permintaan PM Malaysia ini.
Media tidak kira media cetak mahupun media elektronik juga 'dipaksa' memuka hadapankan berita-berita yang melibatkan Perdana Menteri ke-6 ini walaupun hanya sekadar berita DS Najib kutip sampah.
Kalau media elektronik, pasti 10 minit pertama siaran akan menghidangkan berita-beritra berkaitan dengan PM Malaysia ke-6 ini walaupun hakikatnya penonton menunggu berita lain yang lebih hangat.
Tak kira masa tak kira ketika, hatta jika Malaysia dilanda tsunami sekalipun pasti media elektronik akan menyiarkan berita mengenai PM Malaysia ke-6 ini pada 5 ke 10 minit pertama siaran.
Kalau tak percaya, cuba sendiri buat research...start aje berita cuba tonton pada 10 minit pertama dan ulang tonton dalam masa seminggu, pastikan setiap siaran dicatat dan anda akan mendapat keputusannya.
Yang paling tak boleh diterima akal ialah bila PM Malaysia ke-4 pula berani menakut-nakutkan rakyat bahawa jika berlaku peralihan kuasa kerajaan, maka akan berlaku huru-hara dan kacau bilau serta saham akan jatuh merudum
Bekas Perdana Menteri itu, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap bahawa negara akan diancam bahaya jika bertukar kerajaan.
Mungkin PM ke-4 ini tidak sedar bahawa sudah ada empat negeri, Umno menjadi pembangkang.
Kelantan sudah 22 tahun berkembang dengan pesat. Rakyat hidup aman tanpa apa-apa rusuhan.
Tiga negeri PR berpindah kuasa dengan baik, dan berjaya mengurus tadbir dengan baik. Buktinya ialah pelabur berani melabur. Simpanan kerajaan Selangor daripada RM400 juta meningkat kepada RM2.53 bilion.
Jadi di mana kesahihan kenyataan yang pada hemat penulis itu adalah agak melampau? Perlu ada pemikiran secara rasional dalam membuat kenyataan jangan hanya main semberono dan hentam keromo sahaja kelak diri binasa....
1/02/13
PANAS!!!..Guru dikerahpaksa hadir ke majlis Najib
Guru di sekitar Selangor telah dikerah untuk mengikuti program My Beautiful Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 3 Februari ini di Taman Medan Petaling Jaya.
Guru yang dikerahpaksa ini diwajibkan berkumpul di SMK Taman Dato' Harun, Petaling Jaya seawal jam 8 pagi. Malah pengangkutan bas turut disediakan untuk mengangkut guru dari sekolah-sekolah di sekitar Lembah Klang.
Nama guru yang dipilih secara rawak oleh pihak pengurusan sekolah bagi memastikan kehadiran mereka pada majlis berkenaan yang akan dirasmikan oleh DS Najib. Pendek kata, kerahan ini untuk meramaikan hadirin untuk tutup ketidakpopularan DS Najib.
Objektif program ini hanyalah untuk kumpul sukarelawan kempen mesra alam di seluruh Malaysia, tapi bila DS Najib yang rasmikan pastri tidak aramai akan datang. Jadi yang nak kumpul sukarelawan pun dah jadi paksatakrelawan dah.
Pada pandangan penulis, tak perlu la sampai nak kerah dan paksa penjawat awam seperti guru hanya untuk kepentingan DS Najib semata-mata. Kalau dah tak popular tu, akui sajalah tak perlu nak menipu pakai taktik kotor.
![]() |
| Rupanya semua penjawat awam kena kerah..kah..kah..kah..kah..terdesak laki Semah ni.kah..kah..kah.. |
Pakatan rakyat anjur perhimpunan langsung tiada paksaan, tiada bayaran dan tiada pengangkutan disediakan, kena bagi sumbangan pulak bahkan air minum pun kena beli sendiri tapi lihat berapa ratus ribu yang datang????
Guru terlibat juga diwajibkan hadir dan arahan dari pihak Jabatan Pelajaran Negeri itu tidak boleh disangkal oleh guru-guru. Oleh kerana nama guru yang terlibat dicatat, guru yang gagal hadir akan dikenakan tindakan.
Satu lagi agenda Najib yang semakin terdesak untuk tunjukkan kepada rakyat bahawa beliau masih lagi menjadi pilihan dan masih popular. Namun hakikatnya, beliau perlu sediakan gula-gula untuk meramaikan majlis beliau. Macam upacara tabur beras di Semenyih baru ni la....dah macam kat Somalia dah...kebulur sangat beras sekampit tu.
Tak cukup dengan tu, minta akhbar arus perdana siarkan pula yang terdapat kajian mengatakan beliau masih popular. Amboii perangai.....mengalahkan laki dia dah (Si Semah tu laki nye si Najib).
Kesian Najib, tapi itu adalah hasil didikan kerajaan Umno BN selama ni, jadi janganlah salahkan sesiapa. Yang kesiannya ialah kepada penjawat awam yang dikerah...Buang masa dan tenaga, walhal masa yang berharga seperti cuti hari minggu itu eloklah kiranya dihabiskan bersama keluarga atau anak-anak.
Tapi kerana keterdesakan rejim Najib Razak ni, penjawat awam jadi mangsa..terpaksa jadi pak turut, Itulah kelemahan bila rakyat terlalu menurut kehendak pemerintah walaupun bukan atas kehendak sendiri.
31/01/13
Antara Malaysiakini dan Berita Harian
Syabas penulis ucapkan kepada akhbar Berita Harian yang menyiarkan kajian populariti yang dijalankan oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES).
Kajian tersebut menyebut bahawa akhbar tersebut dan New Straits Times menjadi pilihan utama mahasiswa sebagai sumber maklumat politik media cetak.
Bahkan ia turut menyiarkan tentang populariti Datuk Seri Najib dalam kalangan mahasiswa yang kini menurut kajian tersebut ia diterajui oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 75.1%, diikuti dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) 67.4% dan Universiti Malaya (UM) 41.4%.
Keadaan ini seolah-olah memberi peluang kepada Najib untuk menyatakan kepada rakyat bahawa beliau masih lagi popular dan menjadi calon pilihan untuk PRU nanti.
Berbeza dengan laporan portal berita Malaysiakini di mana ia menjadi pilihan dalam kalangan mahasiswa di mana kajian oleh Yayasan Hal Ehwal Siswazah (YES) itu juga menunjukkan Malaysiakini merupakan portal berita dan paling kerap dilayari mahasiswa Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Kajian berkenaan membanding kewibawaan Malaysiakini berbanding laman web politik dan blog lain di kalangan pembaca berkenaan.
Seramai 66.4 peratus dari kalangan 1,009 siswa di UM berpendapat demikian berbanding laman berita lain – The Malaysian Insider (30.6 peratus) dan laman milik Umno, Utusan Online (23.6 peratus).
Malaysiakini juga merupakan laman berita paling popular di kalangan siswa berkenaan (71.1 peratus) berbanding Utusan Online (24 peratus), The Malaysian Insider (21.2 peratus) dan laman berita milik MCA, MStar (19.7 peratus).
Trend sama juga dilihat di UKM – seramai 39.4 peratus daripada 1,006 siswa yang dikaji memilih Malaysiakini sebagai sumber maklumat politik yang paling dipercayai berbanding laman lain.
Utusan Online juga menjadi sumber kedua yang paling dipercayai di kalangan siswa UKM (31.5%), diikuti Mstar (19.4%) dan lidah parti PAS Harakahdaily (15 peratus).
Itu perbezaan antara media cetak dan portal, tetapi bagi penulis ia langsung tidak melambangkan kewibawaan media cetak berkenaan. Umum mengetahui bahawa dalam dunia media portal, terlalu banyak rangkaian portal berita baik pro-kerajaan mahupun pro-pembangkang.
Ini kerana media portal adalah tidak terikat dengan mana-mana aturan ketat yang dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Berbeza dengan media cetak yang penerbitannya banyak dimonopoli oleh KDN seperti pengeluaran permit dan sebagainya.
Andaikata KDN memberi pelepasan kepada mana-mana media bebas untuk menerbitkan akhbar harian mereka sendiri tanpa sebarang sekatan seperti mana yang dialami oleh akhbar pro-pembangkang, ada atau tidak kemungkinan bahawa media cetak mereka akan terus menjadi pilihan?
Jika KDN memberi kebenaran, jadi kajian yang dibuat oileh YES ini dikira Valid dan adil bagi penulis. Jika dalam keadaan kini dibuat perbandingan sebegini ibarat kata MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI..!!!!!
22/01/13
Kak Pah #Listen kena banned oleh UUM
Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Datuk Mohamed Mustafa Ishak menegaskan tidak akan membuka pintu kepada Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin daripada sebarang program di universiti itu.
Beliau berkata demikian ekoran kontroversi yang timbul pada sebuah forum yang diadakan di universiti itu pada 8 Disember tahun lalu melibatkan Sharifah.
Walaupun banyak penafian yang dibuat oleh Sharifah, namun tindakan bodoh beliau pada forum itu tidak dapat diterima oleh masyarakat. Terang dan nyata beliau bertindak di luar batasan dan menafikan hak mahasiswa untuk bersuara.
Namun dek krana keegoannya yang tinggi, beliau enggan memohon maaf sebaliknya bertindak membuat kenyataan memaafkan Bawani dan semua yang terlibat mencaci serta mengeji beliau secara tidak langsung.
Biasanya kalau orang yang buat silap tapi enggan mengakui kesilapan itu dipanggil bodoh sombong dan langsung tak layak digelar golongan intelektual. Keangkuhan ini pasti akan menghancurkan tuan punya badan dari segi moral dan juga pandangan serong masyarakat terhadap beliau.
Tapi dalam masa yang sama penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sharifah kerana telah memberi fenomena #LISTEN #LISTEN #LISTEN di Malaysia yang pasti akan menewaskan Gangnam Style.
Indonesia kritik politik diam mahasiswa Malaysia..???
Memang demokrasi yang dilaung dan dicanangkan pemerintah di
negara kita tidak seindah amalan demokrasi itu sendiri. Kebebasan bersuara
dinafikan malah kebebasan media juga disekat, malah kebangkitan rakyat juga ditentang.
Mahasiswa sendiri tidak diberi peluang menyatakan hak dalam
kebebasan untuk mereka menyuarakan pendapat serta bantahan semuanya hasil
didikan pemerintah.
Sedar tak sedar, perkara ini mendapat liputan meluas media
di negara jiran kita, Indonesia. Negara dikritik hebat melalui satu siaran
rancangan televisyen di bawah saluran Metro Kampus. Indonesia bukanlah negara maju sebagaimana negara kita, jadi apa perasaan kita bila dikritik sedemikian?
Tetapi kritikan itu ada benarnya, rancangan ini menyiarkan tentang hak kebebasan bersuara
dalam kalangan mahasiswa di seluruh IPT tanah air yang dinafikan sejak sekian
lama. Penulis tidak berniat untuk mengagungkan Indonesia, jauh sekali menyokong tetapi cuba kita perhatikan dan analisiskan ke dalam bentuk pemikiran ilmiah.
Setelah berbagai kritikan dan rungutan yang timbul serta
berlakunya beberapa siri tindakan bantahan oleh mahasiswa, barulah pemimpin
memberi lampu hijau untuk mahasiswa bergiat dalam politik.
Namun kebebasan ini juga bukanlah seratus peratus
sebagaimana yang didambakan oleh rakyat dan juga yang tertakluk dalam amalan
demokrasi di negara ini kerana ia memerlukan syarat tertentu.
Syarat yang dikenakan juga berupa tapisan dan aturan
larangan yang masih lagi mengekang suara mahasiswa dalam menyatakan pendapatan
serta bantahan terhadap sesuatu perkara.
Fenomena politik diam di Malaysia menjadi satu isu dalam
kalangan mahasiswa di Indonesia malah di negara jiran itu, boleh dikatakan
saban minggu mahasiswa turun ke jalanan menyatakan sebarang bantahan melalui “unjuk
rasa” atau tunjuk perasaan.
Di sini kita boleh melihat bahawa, penerapan nilai kebebasan
bersuara dalam kalangan mahasiswa di negara jiran itu mampu melahirkan golongan
pemikir yang bebas mengkritik serta menyatakan rasa ketidakpuasan hati mereka
terhadap ekonomi, pendidikan mahupun sistem pemerintahan dan kerajaan mereka
sendiri.
Penulis sendiri tidak melihat kesan negatif yang timbul
jika kebebasan bersuara ini dipraktikkan dalam kalangan mahasiswa di IPT kerana
jelas sekali bila mahasiswa diberi kebebasan, kerajaan tidak akan sewenangnya
mengambil sebarang tindakan bodoh dalam tampuk pemerintahan.
Antara tindakan bodoh yang digubal oleh penggubal dasar
terdiri daripada pimpinan kerajaan berkenaan masalah kesesakan jalan raya. Rakyat
diminta mencontohi negara China yang rata-rata rakyatnya berbasikal untuk ke
tempat kerja.
Namun dasar yang digubal ini seolah-olah tiada kajian
terperinci dengan mengira faktor perbezaan antara Malaysia dan China. Secara
mudahnya, ialah perbezaan dari segi cuaca dan suhu. Rakyat China boleh
berbasikal berkilometer sehari untuk ke tempat kerja, namun penggubal dasar ini
sedar atau tidak bahawa semua rakyat China ini berpakaian tebal..!!
Ini kerana suhu di China lebih rendah berbanding Malaysia
jadi secara tidak langsung berbasikal tidak akan mendatangkan masalah kepada
mereka. Berbeza dengan Malaysia yang berdepan dengan suhu panas dan hujan
sepanjang tahun. Kalau hujan, basah, jika panas, bahangnya kadangkala adalah
melampau.
Jika ini pun penggubal dasar tidak nampak, macam mana nak
jadi pemimpin dan memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat? Nampak
tidak cerdik di situ bukan??
Jika kebebasan bersuara dapat diterapkan dalam kalangan
mahasiswa di Malaysia, ini secara tidak langsung mampu membantu kerajaan dengan
memberikan idea atau pandangan terhadap sesuatu dasar yang digubal itu. Itu
hanya satu contoh penggubalan dasar, terdapat puluhan lagi dasar yang digubal
yang mana pada pandangan penulis langsung tidak relevan untuk diamalkan di
Malaysia.
Tetapi, oleh kerana pemimpin Malaysia adalah bacul untuk
memberi peluang kepada mahasiswa bersuara, maka pelbagai aturan dan alasan diberi
bagi menyekat kebebasan bersuara. Inilah yang berlaku dalam realiti dunia
kampus di Malaysia.
Kerajaan sedaya yang mampu menutup mulut mahasiswa dari
bersuara menyatakan pendapat. Jadi di mana amalan demokrasi yang dicanangkan
dari dulu hingga kini?? Penulis percaya, jika ditanya kepada mana-mana menteri
sekalipun, tiada seorang pun yang mampu jawab untuk memastikan periuk nasi
mereka terlindung dari balingan pasir….!!! Jelas sekali dasar digubal dengan sekadar melepas batuk di tangga...
Saham FGVH merudum, peneroka terduduk...
Saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) mencatatkan penurunan yang drastik hingga mampu membuatkan peneroka terduduk.
Walau pun banyak suntikan yang dibuat oleh pihak berkenaan bagi memastikan kelangsungan peningkatan saham ini, namun pasaran semasa kini tidak memihak kepada FGVH.
Apakah nasib yang bakal diterima oleh para peneroka yang terlibat selepas ini? Mungkin mereka tidak menyedari penurunan yang sangat drastik ini bakal menjejaskan mereka kerana tidak ramai yang tahu bagaimana cara mendapatkan info mengenai jatuh naik saham itu.
Mainan isu semasa yang hangat sana-sini menenggelamkan isu saham ini hinggakan kejatuhannya pun tidak disedari ramai peneroka yang terlibat.
Dari isu air, kalimah Allah hinggalah kepada pergolakan dalaman membuatkan rakyat terleka dengan isu lain sampai lupa dengan saham yang melibatkan nasib ramai peneroka.
Apa boleh buat....dah dberitahu, dah dikhabarkan...dah diterangkan, tapi kerana terlalu dambakan keuntungan duniawi secara sekelip mata tanpa mengeluarkan keringat, masing-masing jadi keras hati.
Ingatlah wahai peneroka sekalian, tiada apa yang percuma di dunia ini, tiada apa yang boileh dicapai dengan hanya goyang kaki, hatta nak buang air sekalipun dah kena bayar. Air kosong pun sudah dijual sana sini (mineral).
Semuanya kena ada usaha sendiri...kalau ada pun skim yang membolehkan pesertanya goyang kaki menunggu durian runtuh, pasti lambat laun mereka akan ternganga menanggung rugi.
Langgan:
Catatan (Atom)






