6/10/11

Bila ulama ditolak ke tepi...




Pelakon komedi Enot, mengakui sangat tertekan apabila dikecam gara-gara TERSILAP mengeluarkan kenyataan tentang hukum HUDUD di akhbar Sinar Harian, semalam.

Selain dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut terjejas, apabila ada pelanggan yang menarik balik tempahan GARA-GARA kurang senang dengan komennya. Enot turut kesal apabila arwah ibu bapanya turut dicemuh.

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian sebentar tadi, Enot menyatakan kekesalannya dan memohon maaf di atas kesilapan itu. Ikuti kenyataan selanjutnya dalam akhbar Sinar Harian esok.

Inilah jadinya kalau bertuhankan hiburan semata-mata, agama ditolak ke tepi. Sepatutnya dalam isu agama ini orang yang lebih layak untuk bersuara dan diminta pandangan ialah golongan ulama dan juga mufti yang bertauliah.

Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya, natijahnya sang artis yang langsung tidak tahu pasal hukum agama membuat kenyataan semberono tanpa merujuk dahulu dari mana-mana pihak terpaksa menerima tamparan hebat.

Dalam kes ini, pada pandangan penulis, kita tidak boleh menyalahkan artis terbabit semata-mata, wartawan dan juga pihak editorial Sinar Harian sepatutnya lebih peka mengenai isu sensitif ini.

Takkanlah tiada seorang pun editor atau kakitangan Sinar Harian yang arif dalam agama hinggakan ada yang menjadi mangsa keadaan. Namun artis berkenaan juga ada silapnya, beliau tidak sepatutnya dengan yakin memberi komen terhadap isu yang beliau sendiri tidak tahu.

Pihak Karangkraf juga sepatutnya tidak mengambil mudah dengan meminta pandangan artis semata-mata terhadap sesuatu isu. Jika benarpun mahu menarik pembaca atau ada agenda tersembunyi, janganlah buat hingga nampak diri sendiri yang bodoh.

Sekarang tengok apa dah jadi, artis yang jahil ini menjadi mangsa keadaan. Pihak Sinar Harian seharusnya membuat kenyataan maaf secara terbuka kerana ramai yang terguris dengankenyataan sensitif artis terbabit.

Jangan hanya memikirkan keuntungan semata-mata hinggakan ada yang merana. Ingatlah semua sumber rezeki itu adalah dari Allah S.W.T. Walau sekaya dan sebanyak mana sekalipun harta yang diperoleh, itu hanyalah pinjaman dunia semata-mata.

Jika Allah nak tarik balik nikmat itu, Dia boleh menariknya sekelip mata. Justeru gunakan akal fikiran yang waras dan berfikir dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan jika tidak mahu perkara ini berulang.

Terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata buruk padahnya.

1 ulasan:

Jiwa Hamba berkata...

salam ukhwah sahabat Pakatan Rakyat.

banggang betul wartwan2 ni. Perkara penting sebegini mereka bertanyakan artis. Lepas ni mungkin wartwan2 ni akan bertanya para pelacur dan bapa ayam tentang hukum hudud.

sahabat, harap sudi bertukaran link demi kemantapan ukhwah sesama blogger PR