9/01/13
Perkembangan #KL112 akan dikemaskini
Sedar tak sedar kita sudah pun memasuki tahun baru 2013. Rasanya belum terlambat untuk penulis mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh pembaca blog yang tidak seberapa ini.
Kesibukan membuatkan penulis terabai seketika untuk kemaskini blog. Kesulitan ini amat dikesali oleh penulis sendiri namun penulis akan cuba memberi yang terbaik untuk berkongsikan isu semasa.
Terkini, umum mengetahui bahawa kita akan berdepan dengan satu lagi himpunan rakyat yang bakal menggegarkan ibukota pada Sabtu ini. Insya-Allah jika diberi izin-Nya, penulis akan menjadikan blog ini sebagai platform untuk menyiarkan secara langsung perjalanan sepanjang perhimpunan berkenaan.
Segala apa yang berlaku akan dirakam dengan lensa kamera bagi membuka mata umum situasi terkini pada perhimpunan berkenaan. Malah penulis turut mengarahkan beberapa 'anak buah' untuk turut menyalurkan maklumat terkini untuk tatapan mereka yang tidak berkesempatan untuk berjuang bersama-sama. Doakan yang terbaik buat semua peserta termasuk penulis sendiri. Wassalam.
17/10/12
PM dimalukan oleh budak sekolah
Hahahaha…hihihi…huhuhu…Apala nasib Perdana Menteri ni kena
pedajal ngan budak sekolah, nasib baik rakan budak tu cover siap bagi cadangan
lagi..hahahaha…
Lihat pada minit 1:26 bila budak tu mula aju soalan berbunyi
“ bolehkah datuk seri beri contoh najis mughalazah, spontan Najib memandang
timbalannya Yidin pada minit ke 2:05 dan mengharapkan Yidin bantu beliau
jawapan.
Namun beliau hampa bila Yidin pun seolah-olah ternganga…dengan
pantas pada minit ke 2:08, ada pulak member budak ni tolong Najib bagi cadangan
jawapan…aiyaaaaa…ini macham punye PM pun ada ke? Ngaku Islam tapi bab najis pun
dah fail…hahahahaha…
AES: Strategi zalim kerajaan..
Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik mendapat bantahan ramai pihak ekoran ramai yang mendakwa ia suatu tindakan zalim oleh kerajaan yang menekan dan menindas rakyat.
Bermula 23 September lalu, sebanyak 14 kamera AES dipasang
di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, mereka menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, mereka menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.
Apa yang dapat penulis simpulkan di sini ialah pemasangan AES
langsung tidak mencapai maksud sebenar iaitu dalam usaha untuk menangani
masalah peningkatan kadar kemalangan jalan raya.
Tapi hakikatnya ia hanyalah sekadar tabung yang disediakan
oleh kerajaan untuk menarik balik pemberian BR1M dan juga insentif lain yang
diberikan kepada rakyat dalam bentuk wang tunai.
Ini merupakan antara taktik licik yang menjerat rakyat
secara halus di mana kerajaan memberi namun menarik balik setiap pemberian
dengan cara yang halus tanpa disedari oleh rakyat.
Namun ramai yang tidak terfikir di mana kebanyakan AES yang
dipasang adalah ditempat yang tidak sepatutnya. Sebelum ini terdapat beberapa
pemimpin pembangkang yang meminta penjelasan kepada pihak berkenaan tentang
mengapa AES ini tidak di pasang di kawasan kemalangan maut.
Ini bagi penulis antara alasan terbaik menjelaskan bahawa ia
bukanlah penentu penurunan kadar kemalangan jalan raya.
Namun ini hanyalah salah satu taktik atau strategi yang
diatur oleh kerajaan untuk menarik balik pemberian mereka kepada rakyat. Banyak
lagi cara lain seperti menaikkan takrif elektrik dan kadar cukai yang dikenakan
terhadap rakyat.
Namun kebanyakannya dibuat secara tidak sedar, pengguna
mungkin hanya menyedarinya setelah menerima bil terkini yang perlu mereka
langsaikan. Jelas sekali ia hanya mainan politik kerajaan semata-mata…
27/09/12
Soalan Percubaan SPM BERSIH Tidak Wajar..!!!
Pelbagai cara digunakan oleh pihak kerajaan dalam menanamkan rasa benci rakyat kepada perhimpunan BERSIH yang jawatankuasanya diiktiraf penubuhannya.
Terbaru, dalam kertas soalan pendidikan moral untuk peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dipergunakan dengan mempersoalkan kewajaran perhimpunan BERSIH.
Walaupun ia sudah diiktiraf oleh Mahkamah Tinggi bahawa BERSIH bukanlah pertubuhan haram, namun berdasarkan soalan yang dibuat pada kertas peperiksaan itu seolah-olah menggambarkan bahawa ia pertubuhan haram.
11/09/12
Saham FGVH terus merudum...!!
Semakan pagi ini menunjukkan harga saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) terus merudum.
Pada jam 11.30 pagi ini, harga saham itu berada pada tahap RM4.58 – turun 10 sen berbanding harga ketika kaunter ditutup semalam.
Setakat ini, saham itu mencatat harga paling rendah di tahap RM4.57, menghampiri harga tawaran pemulaannya pada RM4.55.
Trend ini berterusan walaupun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terus meningkatkan pegangannya daripada lima peratus kepada 6.8 peratus.
Jun lalu, FGV mengeluarkan IPO kedua paling besar di dunia.
Harga saham itu turun melampaui tahap psikologi RM5 minggu lalu dan trend itu berterusan sejak Julai lalu.
Dagangan saham di Bursa Malaysia jatuh 15 mata daripada 1,618 mata ketika berita ini ditulis.
Sumber: Malaysiakini.com
FGVH: kejatuhan dan pujuk rayu pegawai Felda
![]() |
| Carta saham FGVH mencatatkan penurunan di paras RM4.70 pada 10 September 2012. |
Saham Felda Global Ventures Holding terus mencatatkan
penurunan sehingga ke paras RM4.70 pada 10 September 2012 serta mencatatkan RM4.60 pada 11 September 2012 dan dijangka akan terus jatuh.
Keadaan ini mungkin membingungkan para peneroka yang tahu
serba sedikit mengenai permainan saham namun bagi peneroka yang hanya mengikut trend sahaja
sudah pastinya melopong.
Melihatkan kepada kesungguhan Isa Samad dan DS Najib ‘memujuk’
peneroka mengambil bahagian dalam pembelian saham itu pun sudah menunjukkan ada
udang di sebalik batu.
Penulis sendiri telah beberapa kali meyakinkan peneroka di
tanah kelahiran penulis yang merupakan tanah rancangan Felda agar berfikir
banyak kali sebelum membuat keputusan membeli saham ini.
Namun apa yang menyedihkan, mereka tetap dengan keputusan
mereka untuk meneruskan pembelian saham alaupun sudah diterangkan mengenai
musibah yang bakal mereka alami jika berlaku penurunan.
Tidak semua warga peneroka ini berpendidikan tinggi, malah
rata-rata yang memilih untuk mengambil bahagian dalam pembelian saham ini hanya
ikutan trend di mana apabila melihat ramai yang mengambil bahagian di tambah
pula dengan ‘rasuah’ sebanyak RM15,000 yang merupakan duit mereka sendiri tanpa
mereka sedari menambahkan lagi ‘gelap mata’.
Penulis kecewa kerana segala penerangan sudah pun penulis
perjelaskan kepada peneroka di kampung halaman penulis. Hanya bapa penulis
sahaja yang enggan berganjak dengan keputusan untuk tidak menerima ‘durian
runtuh’ dan saham ini.
Itu pun setelah dijelaskan oleh penulis dengan penerangan
ringkas yang mudah difahami bagi memberi gambaran sebenar apa itu saham FGVH
dan ‘durian runtuh’ yang didakwa ‘pemberian’ DS Najib.
Dalam kes melibatkan bapa penulis, beliau berterusan diasak
oleh pegawai Felda di tanah rancangan itu yang tidak putus asa dan berterusan
memujuk rayu beliau untuk menerima durian runtuh macam orang gila talak layaknya.
Keadaan ini memaksa penulis membuat
keputusan untuk menulis surat rasmi menyatakan bahawa bapa penulis tidak akan
menerima ‘durian runtuh’ dnegan alasan masih ramai lagi golongan yang
memerlukan duit itu.
Biarlah ‘durian runtuh’ itu disalurkan kepada pihak yang
memerlukan. Alhamdulillah, setelah surat berkenaan dihantar kepada pejabat
Felda, bapa penulis tidak lagi didatangi oleh pegawai Felda ini.
Dalam usaha memujuk itu, penulis melihat sendiri kesungguhan
mereka yang menerangkan bahawa tiada tanah peneroka yang akan tergadai, apa
yang dicagarkan ialah tanah plantation Felda.
Itulah omongan yang dijelaskan kepada penulis dan bapa,
namun bila penulis jelaskan bahawa penulis sendiri pernah melihat dan menyemak
setiap surat perjanjian serta menyatakan bahawa penulis ialah seorang petugas
media, serta merta air muka pegawai Felda ini berubah dan terus meminta diri
untuk berlalu pergi.
Mungkin pegawai Felda itu menyangka bahawa penulis hanyalah
pekerja kilang biasa kerana selama ini bila pulang ke kampung halaman, penulis
tidak pernah menyatakan pada sesiapa tentang pekerjaan hakiki penulis. Sekadar
menyatakan bekerja di sebuah kilang di Kuala Lumpur.
Mungkin ramai yang
termakan dengan kata-kata penulis, bukan niat untuk berbohong apatah lagi menipu
tapi penulis lontarkan ia dalam bentuk gurauan tanpa menyatakan pekerjaan
sebenar .
Tambahan pula, pegawai Felda berkenaan ternampak kad petugas
media yang memang sentiasa tergantung dalam kereta penulis, lagilah menambahkan
riak cemas pada wajah beliau.
Itu antara peristiwa yang tidak dapat penulis lupakan
tentang kesungguhan pegawai Felda berkenaan. Mungkin pegawai berkenaan termakan
dengan bonus yang diperolehnya atau mungkin juga mereka menerima komisen dari
pujukan ini. Wallahuallam.
Melihatkan kepada kejatuhan saham FGVH sekarang ini, penulis
sendiri tidak sabar untuk pulang ke kampong dan berjumpa pegawai Felda
berkenaan. Mungkin sekadar bertanya khabar di samping mengeratkan silaturahim
sahaja.
Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya saham
FGVH ini. Buat para peneroka yang terjebak dengan saham ini, bersabarlah. Mungkin
ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Siapa tahu mungkin dalam dua tiga hari
nanti tiba-tiba saham melonjak naik pula.
5/09/12
Perundangan Malaysia: Boleh pakai ke??
![]() |
| Yang ini diambil tindakan.. |
Pelbagai tanggapan negatif dan persepsi yang berbeza
dilontarkan saat penulis mengutarakan isu berkenaan dengan undang-undang di
Malaysia dan pengamal undang-undang.
Namun ia bukanlah diutarakan pada sidang DUN atau di
Parlimen, hanya sekadar cakap-cakap kosong seorang rakyat biasa di kedai kopi
sahaja.
Namun ia dikongsi bukan dengan calang-calang orang, tetapi
jika nama mereka disebut di sini sudah pasti ramai yang terperanjat dan
terkesima..namun tak perlulah penulis menyebut nama-nama rakan-rakan minum kopi
penulis yang tersohor dalam arena dunia media tanah air.
Berbalik kepada persepsi masyarakat tentang perundangan di
Malaysia, ramai yang mencebik dan tidak kurang juga yang menjuihkan bibir bak
Angelina Jolie disuntik lagi dengan botox layaknya.
“Benci dan marah betul deme nih, ” getus penulis dalam hati.
Namun bila difikirkan sejenak memang wajarlah timbul perasaan demikian dalam
hati mereka sebagai rakyat di negara ini.
![]() |
| Yang ini diambil tindakan.. |
Masakan tidak, lihat sahaja dengan kadar peratusan jenayah
dalam negara kini. Banyak menimbulkan kecelaruan. Ada yang kata betul tak
kurang juga yang membangkang kenyataan tersebut.
Tapi dalam benak penulis, rakyat tidak perlu bergantung
kepada peratusan yang dikeluarkan oleh pihak tertentu sahaja dalam menentukan
benar atau tidak peratusan yang dinyatakan.
Jika benar, mengapa saban hari rakyat dihidangkan dengan
pelbagai kes jenayah malah ada juga yang langsung tidak dapat diterima akal
perlakuan jenayahnya.
Nak tahu kebenaran tidak sukar, ambil masa dalam seminggu,
beli akhbar berlainan setiap pagi dalam tempoh masa seminggu itu dan tandakan
berapa banyak berita jenayah yang melibatkan pelbagai perlakuan di luar norma
manusia waras.
Mudah bukan? Jadi jangan hanya bergantung kepada peratusan
yang dikeluarkan oleh sesetengah pihak sahaja sedangkan kesahihannya diragui.
Berbalik kepada sistem perundangan di Malaysia, setelah
pelbagai kejadian dan isu hangat yang membabitkan sistem perundangan
terutamanya apabila ia berkaitan dengan politik, ramai yang menidakkan
ketelusan pihak berwajib dalam usaha menegakkan undang-undang dan keadilan
dalam negara.
Terkini, isu tunjuk punggung di Dataran Merdeka baru-baru
ini. Mengikut sejarah terdekat, perkara ini bukanlah perkara baru malah ia
pernah ‘dipraktikkan’ kepada gambar-gambar pemimpin pembangkang.
Yang membezakannya ialah perlakuannya yang tidak serupa tapi
kedua-duanya sama tidak senonoh. Gambar pemimpin negara dan isteri hanya
ditunjukkan punggung, tetapi gambar pemimpin pembangkang dikencingnya, bukan
secara tersorok tetapi secara LIVE!
![]() |
| Bagaimana dengan yang ini?? |
Namun hanya tindakan menunjuk punggung pada gambar pemimpin
sahaja disiasat dan menyebabkan salah seorang pelakunya ditahan. Berbeza pula
dengan senario yang sama tapi perlakuannya berbeza melibatkan pemimpin
pembangkang. Gambar dikencing namun hingga kini tiada sebarang tindakan malah
langsung tidak menjadi isu.
Dari satu isu ini sahaja sudah menggambarkan betapa hebatnya
sistem perundangan dalam negara ini diperkotak-katikkan oleh golongan
pemerintah zalim yang secara terang-terangan membuatkan timbangan keadilan
berat sebelah.
Itu hanya sekelumit isu yang jelas berat sebelah dan
menyimpang dari norma sistem perundangan yang adil dan telus. Kes yang lain
rasanya tak perlu penulis tintakan di sini sebab ia mungkin akan merosakkan
papan kekunci komputer penulis dek kerana terlalu banyak kebobrokan yang
berlaku.
Persoalannya? Sampai bila ketelusan berat sebelah ini akan
menjadi wadah yang perlu ditatap sebagai makan pagi harian rakyat di Malaysia?
Kebimbangan dengan kadar jenayah yang semakin meningkat dan berleluasa tidak
pernah lekang dalam hati sanubari setiap lapisan masyarakat.
Namun dek kerana hanya mementingkan isu remeh hingga
siasatan dan misi mencari buruan pun memakan masa yang sangat singkat sedangkan
banyak lagi kes jenayah berat yang masih belum tentu punca musababnya.
![]() |
| Dan yang ini?? |
Bila dah terlampau banyak kes beku yang gagal diselesaikan,
akhirnya ia dilupakan dan kes ditutup. Penjenayah dengan senang hatinya lepas
bebas dan kebarangkalian untuk mengulangi perbuatannya itu pasti tinggi
melangit.
Yang terpaksa menanggung ialah rakyat sendiri yang
berterusan hidup dalam ketakutan kerana jenayah berlaku di sana sini. Ibu bapa
juga risau dengan keselataman anak-anak dan juga kediaman masing-masing.
Itu belum kira jenayah yang boleh berlaku ketika berada di
luar. Jelas sekali masyarakat kita kembali kepada kehidupan jahiliyah malah
tidak keterlaluan jika penulis katakan kita kembali ke zaman puntung berasap di
mana seolah-olah undang-undang rimba digunapakai.
Apa yang penting ialah dahulukan kemahuan rakyat yang ingin
hidup dalam persekitaran bebas jenayah dan jangan sesekali biarkan rakyat
merasa rugi kerana membayar cukai yang langsung tidak memberi apa-apa makna
kepada mereka.
Langgan:
Catatan (Atom)









