10/01/13

TERKINI: Dah HIJAU, lagi mau flip flop ka PDRM???


Debaran semakin memuncak untuk menanti hari esok....mengapa? Kerana hari esok bakal menjanjikan pelbagai perkara yang diluar dugaan.

Tak payah tunggu esok, malam ni sahaja sudah pun mula menceritakan bibit-bibit permulaan episod flip-flop sang penguasa terhadap himpunan marhaen.

Ketua Polis Negara sudah bagi lampu hijau...hah tengok belom apa-apa dah lampu hijau, bukan biru ye.., pengurusan stadium juga sudah bagi hijau lagi, alih2 polis KL pulak keluar fatwa saran himpunan diadakan di Stadium Bukit Jalil.

Malam ni mungkin sarankan dulu, esok belum pasti saran tu jadi apa....kalau ikutkan yang lepas, memang pembaca sendiri pun dapat nilai dan baca apa permainan mereka bukan?

Apa yang pasti, hari esok akan menjanjikan satu ledakan gelora amarah dalam diri anak muda jika pisang masih juga tak henti-henti berbuah. Bukan setakat berbuah dua kali, malah tuan tanah kedaung kebun pisang pun mampu kalahkan kroni UBN.

 


TERKINI: Lokasi Check Point untuk peserta

Peserta #KL112 Sabtu ini diberi pilihan untuk berkumpul bersama pimpinan Pakatan Rakyat, NGO dan lain-lain kumpulan sebelum meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka. Diulang...meneruskan PERJALANAN ke Stadium Merdeka.
Bukan di Stadium Nasional Bukit Jalil sebagaimana yang dimomokkan oleh lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia. Peserta diminta tidak berkumpul di jalanan sebaliknya meneruskan perjalanan ke Stadium Merdeka dengan penuh disiplin bagi mengelakkan sebarang masalah. 
Peserta himpunan kali ini dijangka akan melebihi daripada perhimpunan yang pernah berlangsung sebelum ini. Jadi anda diminta berdisiplin dan tidak melayan sebarang provokasi dari mana-mana pihak termasuklah dari 'peserta' lain.
Berikut beberapa lokasi bersama senarai kumpulan mengikut laluan masing-masing yang ditetapkan.

Masjid Universiti Malaya Jalan Pantai
 
Adam Adli – mahasiswa
Safuan Anang – mahasiswa
Raja Iskandar – PAS
YB Nurul Izzah
YB Ng Swee Lim
Brickfields
 
Aruchelvam – PSM
Maria Chin Abdullah – Empower
Raja Ratnam – Warga Aman
Faizal – OKU
Zunar – seniman dan kartunis

KLCC (Anak & Royalti)
 
Mazlan Aliman – Anak
YB Hussam Musa
YB Teng Chang Kim

Jalan Sultan (Selamatkan Kampung Warisan)
 
Cikgu Ishak Surin – Muafakat
YB Tan Kok Way
Pasar Seni (Wanita)
 
YB Dr Siti Mariah
YB Teresa Kok
YB Elizabeth Wong

Dataran Merdeka (Kumpulan Hijau)
 
YB Ronnie Liu
Wong Tuck

Kelab Sultan Sulaiman
 
SAMM
Anak-anak muda
Chegu Bard

Masjid Negara
 
YB Azmin Ali
YB Mujahid Rawa
YB Khalid Samad
termasuk warga kota yang singgah beribadat

9/01/13

TERKINI: Penganjur dibenar guna Stadium Merdeka

Pengurusan Stadium Merdeka membenarkan stadium itu digunakan untuk Himpunan Kebangkitan Rakyat yang bakal diadakan Sabtu ini.

Ini merupakan satu perkembangan positif di mana setiap pihak memberi layanan lima bintang kepada pihak pembangkang walaupun pada mulanya agak sukar untuk mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan stadium.

Apa yang penulis harapkan ialah setiap peserta menunjukkan disiplin dan komitmen yang tinggi bagi menunjukkan bahawa kita datang bukan untuk BERTEMPUR, tetapi untuk berjuang dalam suasana yang aman dan harmoni tanpa sebraang unsur provokasi.

Ayuhlah wahai saudara rakan seperjuanganku sekalian...!!!

Buktikan kepada mereka, kita bukanlah pengganas, kita bukanlah perusuh dan kita bukanlah berniat jahat.

Niat kita cuma satu, untuk bangkit menunjukkan kuasa suara rakyat yang sudah muak dan jelik dengan perkara mungkar dan batil.

Apa yang kita mahukan hanyalah sebuah proses pilihan raya yang telus dan adil. Kita mahukan pemimpin negara sekarang mendengar dan bertindak di atas ketidakpuasan hati rakyat untuk menjamin pilihan raya yang lebih adil.

Jangan sekali-kali menimbulkan provokasi sepanjang himpunan dan peserta jangan terlalu melayan sebarang provokasi yang dibuat oleh pihak mereka. Bangkit secara aman...kita tidak sama seperti mereka yang ganas dan zalim. Allahuakbarr!!!!! Allahuakbarr!!! Allahuakbar!!!...Jumpa di sana..





Tahniah Malaysiakini..!!!!

Jangan biarkan perkara ini berulang !!

Penulis ingin mengucapkan tahniah kepada portal berita Malaysiakini di atas pendirian yang teguh untuk bersama-sama rakyat menghadapai sebarang kemungkinan pada #KL112 Sabtu ini.

Pendirian yang ditunjukkan oleh Malaysiakini nyata berpihak kepada rakyat yang mendambakan ketelusan pihak media dalam melaporkan sesebuah isu.

Semalam pihak polis menggesa pihak media yang ingin membuat liputan pada #KL112 agar memohon pas yang dikeluarkan oleh polis.

Malaysiakini bagaimanapun merupakan satu-satunya setakat ini media yang enggan mematuhi arahan berkenaan atas alasan pihak polis sepatutnya menjaga keselamatan seluruh warga bukan kepada pihak media sahaja.

Malah, tindakan pihak polis itu nyata memberi pelbagai persepsi negatif masyarakat terhadap kredibiliti mereka dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan awam.

Apakah pas media yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan itu sudah tidak relevan lagi? Sekiranya setiap acara memerlukan penganjur atau pihak berwajib mengeluarkan pas untuk media, jadi Jabatan Penerangan tidak perlu lagi membazirkan wang rakyat untuk kos pengeluaran kad perakuan media.

Persoalan yang bermain di fikiran penulis ketika ini ialah, bagaimana pula dengan pengamal media bebas yang kini telah wujud secara tidak langsung dengan banyakkanya di negara kita?

Apakah hak mereka dinafikan bagi membuat liputan sekiranya ia melibatkan pembangkang? Di sini sahaja sudah menunjukkan bahawa sistem demokrasi parlimen yang diamalkan di negara ini sudah tercemar kerana tiada langsung hak untuk bersuara dan penyampaian maklumat yang telus.

Penulis difahamkan, pas media yang dikeluarkan oleh Pusat Media, Bukit Aman itu hanya diperuntukkan kepada media arus perdana sahaja dan tidak kepada media alternatif lain.

Walhal peranan pengamal media adalah sama iaitu melaporkan sebarang situasi atau perkara yang berlaku secara telus dan adil. Di sinilah terpampang jelas betapa tercemarnya etika kewartawanan di Malaysia apabila melibatkan campur tangan politik.

Penulis 100% tidak bersetuju dengan tindakan polis mengeluarkan pas mereka sendiri atas alasan untuk mengelakkan kejadian silap pukul wartawan berulang sebagaimana yang berlaku pada BERSIH 3.0.

Jadi, keadaan ini menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peserta dan juga pengamal media seperti penulis. Apakah mereka yang tidak memiliki pas berkenaan diberi kebenaran untuk dipukul dan dibelasah?

Pada pagi ini, taklimat untuk media sedang berjalan di Bukit Aman berkenaan dengan himpunan #KL112. Penulis akan cuba mengemaskini perjalanan taklimat tersebut. Tungguuuu.....


Perkembangan #KL112 akan dikemaskini


Sedar tak sedar kita sudah pun memasuki tahun baru 2013. Rasanya belum terlambat untuk penulis mengucapkan selamat tahun baru kepada seluruh pembaca blog yang tidak seberapa ini.

Kesibukan membuatkan penulis terabai seketika untuk kemaskini blog. Kesulitan ini amat dikesali oleh penulis sendiri namun penulis akan cuba memberi yang terbaik untuk berkongsikan isu semasa.

Terkini, umum mengetahui bahawa kita akan berdepan dengan satu lagi himpunan rakyat yang bakal menggegarkan ibukota pada Sabtu ini. Insya-Allah jika diberi izin-Nya, penulis akan menjadikan blog ini sebagai platform untuk menyiarkan secara langsung perjalanan sepanjang perhimpunan berkenaan.

Segala apa yang berlaku akan dirakam dengan lensa kamera bagi membuka mata umum situasi terkini pada perhimpunan berkenaan. Malah penulis turut mengarahkan beberapa 'anak buah' untuk turut menyalurkan maklumat terkini untuk tatapan mereka yang tidak berkesempatan untuk berjuang bersama-sama. Doakan yang terbaik buat semua peserta termasuk penulis sendiri. Wassalam.








17/10/12

PM dimalukan oleh budak sekolah





Hahahaha…hihihi…huhuhu…Apala nasib Perdana Menteri ni kena pedajal ngan budak sekolah, nasib baik rakan budak tu cover siap bagi cadangan lagi..hahahaha…

Lihat pada minit 1:26 bila budak tu mula aju soalan berbunyi “ bolehkah datuk seri beri contoh najis mughalazah, spontan Najib memandang timbalannya Yidin pada minit ke 2:05 dan mengharapkan Yidin bantu beliau jawapan.

Namun beliau hampa bila Yidin pun seolah-olah ternganga…dengan pantas pada minit ke 2:08, ada pulak member budak ni tolong Najib bagi cadangan jawapan…aiyaaaaa…ini macham punye PM pun ada ke? Ngaku Islam tapi bab najis pun dah fail…hahahahaha…

AES: Strategi zalim kerajaan..




Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi kesalahan trafik mendapat bantahan ramai pihak ekoran ramai yang mendakwa ia suatu tindakan zalim oleh kerajaan yang menekan dan menindas rakyat.

Bermula 23 September lalu, sebanyak 14 kamera AES dipasang di kawasan hitam di Lembah Klang dan Perak.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad, mereka menyasarkan pemasangan 831 kamera AES secara berperingkat dalam masa 18 bulan di seluruh negara.

Apa yang dapat penulis simpulkan di sini ialah pemasangan AES langsung tidak mencapai maksud sebenar iaitu dalam usaha untuk menangani masalah peningkatan kadar kemalangan jalan raya.

Tapi hakikatnya ia hanyalah sekadar tabung yang disediakan oleh kerajaan untuk menarik balik pemberian BR1M dan juga insentif lain yang diberikan kepada rakyat dalam bentuk wang tunai.

Ini merupakan antara taktik licik yang menjerat rakyat secara halus di mana kerajaan memberi namun menarik balik setiap pemberian dengan cara yang halus tanpa disedari oleh rakyat.

Namun ramai yang tidak terfikir di mana kebanyakan AES yang dipasang adalah ditempat yang tidak sepatutnya. Sebelum ini terdapat beberapa pemimpin pembangkang yang meminta penjelasan kepada pihak berkenaan tentang mengapa AES ini tidak di pasang di kawasan kemalangan maut.

Ini bagi penulis antara alasan terbaik menjelaskan bahawa ia bukanlah penentu penurunan kadar kemalangan jalan raya.

Namun ini hanyalah salah satu taktik atau strategi yang diatur oleh kerajaan untuk menarik balik pemberian mereka kepada rakyat. Banyak lagi cara lain seperti menaikkan takrif elektrik dan kadar cukai yang dikenakan terhadap rakyat.

Namun kebanyakannya dibuat secara tidak sedar, pengguna mungkin hanya menyedarinya setelah menerima bil terkini yang perlu mereka langsaikan. Jelas sekali ia hanya mainan politik kerajaan semata-mata…