21/09/11

Belum pukul canang dah menyerah kalah...




Tindakan Perdana Menteri, DS Najib dan isteri memfailkan permohonan bagi mengetepikan sepina yang menghendaki mereka hadir sebagai saksi pembelaan pada perbicaraan kes liwat DS Anwar mengundang pelbagai persepsi rakyat.

Jika sebelum ini beliau menyatakan hanya akan hadir di Mahkamah untuk memberi keterangan sebagai saksi jika sepina dikeluarkan oleh Mahkamah, namun setelah sepina dikeluarkan lain pula jadinya.

Penulis teringat pada Konvensyen BN Selangor yang diadakan di Shah Alam baru-baru ini beliau dengan lantangnya mengisytiharkan bahawa beliau langsung tidak takut, gentar dan gerun untuk berdepan dengan DS Anwar.

Yang paling penting, beliau turut menyatakan bahawa beliau berani berdepan dengan DS Anwar bila-bila masa dan di mana sahaja. Namun belum pun gong dipalu, beliau secara menikusnya memperlihatkan siapa dirinya yang sebenar.

Jika sebelum ini DS Najib beraksi ‘kool’ di konti radio, kini yang dikatakan ‘kool’ itu sudah ‘hangat-hangat taik ayam’. Jika sebelum ini beliau dengan lantang menyatakan bahawa beliau berani untuk berdepan dengan DS Anwar, tapi sekarang apa dah jadi?

Gelanggang pun belum dibuka, sudah ‘berani’ menyatakan untuk berundur. Mana hilangnya suara lantang beliau secara tiba-tiba? Itu baru naik Mahkamah, belum lagi dicabar untuk berdebat. Agak-agak berani ke Mat Monggol bibir merah ni menyahut cabaran untuk berdebat dengan DS Anwar? Semua sudah tahu jawapannya.

Kalau nak ke Mahkamah pun beliau tak berani, nak berdebat lagi la. Namun sekelumit pun tidak pernah timbul rasa hairan di fikiran penulis sebab bukan sekali ini sahaja pembohongan secara terang-terangan dibuat oleh beliau.

Cuma yang penulis pelik, dalam duk menipu tu masih ada lagi yang ambil peduli dan tetap menyatakan pendirian tegar menyokong beliau walaupun dah terang-terangan ‘dikencing’ oleh beliau. Hai..bukalah mata dan minda, jangan berterusan menjadi katak bawah gelas.

Sudah ‘dirompak’ ditipu pulak tu. Kalau kata b*d* kang marah, kata pandai kang jadi fitnah pulak. Iyelah kalau betul-betul pandai tak apa, ini tidak. Kalau pandai takkan selama berpuluh tahun ditipu dan dirompak tapi masih tak sedar-sedar. 

2 ulasan:

Unknown berkata...

Mat Monggol ni mmg penakut mmg dayus. salam kenal dari saya. moga dapat eartkan ukhwah sesama blogger Pakatan Rakyat untuk menguburkan UMNO/BN

pena marhaen berkata...

Terima kasih Jiwa Hamba..Salam kenal juga...perjuangan dan matlamat kita sama. Insya-Allah berkat bantuan-Nya kita pasti mampu untuk berdiri di saf paling hadapan dalam perjuangan...