22/01/13

Dalih Kak Pah #Listen untuk selamat diri...




Presiden NGO Suara Wanita 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mempersoalkan sama ada siswi Universiti Utara Malaysia KS Bawani sengaja "menyusup untuk mencetuskan provokasi" dalam forum kontroversi 8 Januari lalu.

Dalam perkembangan lain, beliau turut menafikan bahawa beliau telah bersetuju untuk menghadiri satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Selangor yang dijadualkan berlangsung pada mala mini (22 Jan 2013).

Beliau turut mengakui bahawa beliau dipengaruhi ‘emosi’ sewaktu berdepan dengan Bawani dan enggan memohon maaf sebaliknya beliau pula yang memaafkan semua yang terlibat mengkritik serta kepada Bawani sendiri.

Bukan itu sahaja, beliau juga dilihat enggan bersemuka dengan Bawani dalam mana-mana forum atau debat walaupun dijemput secara rasmi.

Pandangan penulis mendapati, beliau seorang yang angkuh dan enggan meminta maaf sebaliknya mendakwa video berkenaan dimanipulasi dan diolah bagi menampakkan kesalahan di pihak Bawani.

Hasil pemerhatian setelah video itu diulang tonton oleh penulis, ia nyata tidak menampakkan sebarang olahan. Malah langsung tiada perubahan babak di mana video berkenaan dirakam secara terus tanpa peralihan babak.

Jadi bagaimana beliau boleh mendakwa demikian sedangkan video itu tulen dan pembaca sendiri boleh menilai dengan melihat sendiri rakamannya di Youtube.

Beliau turut mendakwa bahawa Bawani melanggar peraturan forum di mana mahasiswi itu bertanyakan seoalan setelah tamat sesi soal jawab. Kalau sesi soal jawab pun hanya dua soalan dibenarkan itupun mungkin setelah ditapis oleh penganjur, maka forum itu langsung tidak menggambarkan kewibawaan dan tidak melambangkan keintelektualan penganjur dan panelisnya.

Berkenaan dengan kenyataan “Bawani menyusup masuk untuk memprovokasi”, pada pandangan penulis, ia langsung tidak relevan. Siapa Bawani? Bawani adalah salah seorang mahasiswi yang berdaftar dengan UUM dan forum itu sendiri memaksa pelajar untuk hadir.

Jadi di sini tidak timbul soal menyusup masuk untuk membuat provokasi melainkan beliau (Bawani) bukan pelajar UUM. Terlalu banyak alasan yang sengaja diada-adakan oleh Sharifah bagi menyelamatkan diri.

Daripada kenyataan yang beliau buat pun, pembaca mampu menilai sejauh mana keintelektualan dan keprofesionalan beliau (Kak Pah) dalam soal ini. Beliau juga harus ingat bahawa masalah ini mendapat perhatian daripada golongan pemimpin Umno dan juga timbalan menteri.

Tiada ulasan: