19/01/13
'Brainwash' mahasiswa dah lama berakar umbi di IPT...
Mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS menegaskan bahawa pihak kampus itu harus bertanggungjawab terhadap penganjuran forum mahasiswa dan politik yang didakwanya sebagai satu 'brainwash'.
Bawani berkata demikian dalam satu temubual yang dijalankan oleh pihak portal Malaysiakini petang semalam. Beliau turut mempersoalkan mengapa mahsiswa diwajibkan hadir khususnya kepada penghuni Dewan Penginapan Pelajar Proton.
Perkara ini nyata berbeza dengan kenyataan yang dijawab oleh Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mustafa Ishak yang berkata pihaknya hanya menyediakan dewan untuk forum itu.
Di sini penulis begitu tertarik dengan isu 'brainwash' dalam kalangan mahasiswa khususnya daripada IPT di bawah naungan kerajaan seperti U***.
Penulis sendiri berpengalaman dalam menghadiri program 'brainwash' ketika bergelar mahasiswa suatu ketika dahulu. Benar...ia memang diwajibkan kepada semua pelajar dengan alasan (ugutan layaknya) sesiapa yang tidak hadir akan dikenakan tindakan tatatertib atau dibuang universiti.
Penulis bersama beberapa rakan seperjuangan diwajibkan menghadiri kursus Biro Tatanegara yang berlangsung di musim cuti semester. Sebenarnya, program berkenaan dibuat dengan objektif untuk melahirkan graduan yang trahu serta memahami perjuangan pejuang kemerdekaan terdahulu sekaligus meningkatkan jati diri pelajar terhadap negara.
Namun ia nyata sekali disalahgunakan oleh pihak berkenaan untuk mem'brainwash' mahasiswa agar menyokong penuh tampuk pemerintahan negara, dalam bahasa mudah ialah Barisan Nasional dan Umno.
Penulis masih ingat kenyataan salah seorang Fasilitator yang ditugaskan ketika itu, lebih kurang begini bunyinya, "Kamu beruntung berada di U***, universiti ini tolong Melayu, jadi kamu kena balas budi kerajaan. Ini adalah universiti milik Umno jadi kamu semua kenalah sokong Umno"...
Silap penulis ketika itu ialah tidak merekodkan atau mencatat nama fasilitator berkenaan. Mungkin ketika itu penulis terlalu mentah untuk memahami erti perjuangan sebenar serta mana yang baik dan buruk.
Mahasiswa ketika itu sememangnya dimomokkan dengan ugutan demi ugutan...antaranya ialah mahasiswa patut bersyukur kerana yuran universiti berkenaan murah, kerajaan tolong jadi semkua wajib kena tolong dan sokong kerajaan.
Mahasiswa ketika itu senang nak diugut atau ditakutkan...kenakan syarat, siapa langgar buang universiti atau tatatertib..Disebabkan terkenang mak dan ayah di kampung yang bersusah payah hantar masuk universiti, jadi ramai yang akur dan langsung takde yang berani nak angkat kepala sekalipun.
Jadi budaya sebegini sudah lama berakar umbi. Tidak hairanlah jika mahasiswa kita kini kurang berkualiti jika dibandingkan dengan generasi mahasiswa terdahulu. Mahasiswa terdahulu melahirkan banyak tokoh politik yang lantang bersuara. Ini adalah hasil daripada didikan IPT dulu yang tidak melibatkan campur tangan pihak kerajaan dan mahasiswa bebas bersuara serta menyatakan pendapat.
Sekarang jauh sekali perbezaan jika dibandingkan dengan dahulu...semua mahasiswa ikut telunjuk sahaja, jika arahan ke longkang, maka longkang lah tempat mereka, jika ke tangki najis sekalipun, tangki najis lah mereka berkubang...Bebaskanlah mahasiswa kita dari belenggu ini untuk melahirkan generasi berkepimpinan serta berkualiti.
18/01/13
Forum Yang dinanti-nanti telah tiba....
Forum yang dinantikan ramai telah tiba...Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi....Hebat-hebat ahli panel yang dijemput dan yang paling dinantikan pun akan hadir...KS Bawani dan Kak Pah #Listen...
Harap-harap tiada yang tarik diri di saat akhir...Jika ada pun mungkin beliau ada masalah peribadi atau masalah yang tidak dapat dielakkan....sekurang-kurangnya berani untuk berdepan dengan rakyat setelah buat salah.
Tak macam pemimpin negara yang kata No.1 tu. Cakap belakang berkobar-kobar, bila ajak berdebat menikus tak tentu arah. Alasan berkepuk-kepuk diwar-warkan pada rakyat.
Malulah sikit pada rakyat...bila orang ajak berdebat, selaku pemimpin yang duk kata No.1 sahut la cabaran. Jangan hanya pandai menyalak di belakang khalayak saje. Siapa pemimpin yang duk kata No.1 tu?? Hehehehehee....
17/01/13
Patrick Teoh cuba main api...
Kenyataan yang dikeluarkan oleh personaliti radio dan pelakon, Patrick Teoh yang meluahkan ketidakpuasan hati terhadap garis panduan yang dikenakan oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah bagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina adalah satu tindakan biadap.
Garis panduan itu antara lainnya menetapkan artis yang membuat persembahan agar berpakaian sopan, tidak menjolok mata, dan digalakkan menyanyikan lagu berunsur ketuhanan dan nasihat.
Teoh yang tidak puas hati dengan garis panduan tersebut berkata: "Menyanyikan lagu-lagu motivasi!!! Motivasi jenis apa yang mereka mahukan? Abaikan identiti dan jadi pak turut? Sembahyang lima kali sehari? Selubung seluruh badan perempuan? Apa ni???"
Jelas sekali ia melibatkan bukan sahaja Kerajaan PAS Kedah, malah turut mengaitkan sentimen agama yang mana ia berbaur hinaan terhadap Islam.
Kepada Patrick Teoh, anda hanya mementingkan diri dan nafsu anda sahaja tanpa memikirkan orang lain. Sentimen agama adalah terlalu sensitif jangan sesekali mengaitkan agama Islam jika anda ingin berhibur dengan hiburan terlampau anda itu.
Nak kritik boleh kritik tapi biarlah berhemah dan berpada-pada. Bak kata orang tua muda, terlajak perahu boleh diundur (orang tua), terlajak TWEET padah la jawabnye (orang muda).
Kenyataan itu jelas tidak menggambarkan semangat perpaduan dalam diri anda...adake semangat perpaduan dalam diri anda? Jika anda masakan anda boleh menyatakan pendapat tanpa menggunakan otak..!!!
Mungkin anda sememangnya tiada otak..!! Bangang macam Patrick Starfish Spongebob...
Dah sedap mengutuk agama orang lepas tu minta maaf...sama perangai macam puak-puak MCA yang duk hina agama Islam sebelum ni...dah siar dalam akhbar The Star, lepas tu mohon maaf...lepas tu buat balik..dah jadi mainan puak-puak ni.
Yang menghairankan ialah.....Mana yang duk canang diri mereka sebagai pejuang agama? Pejuang bangsa?...Mana Perkasa?...Mana Pekida? Mana Mahaguru Omardin Mauju? Bangkitlah nyatakan pendirian kalian jika benar bagai dicanangkan sebagai pejuang agama dan bangsa.
![]() |
| Kenyataan maaf Patrick. |
16/01/13
#Listen: UUM nafi terlibat dengan forum..
Listen..listen..listen..
Universiti Utara Malaysia (UUM) mendakwa pihak mereka tidak terlibat secara langsung dengan program Forum Suara Mahasiswa: Seiringkah Mahasiswa dan Politik melibatkan Pengerusi SW1M dan hanya menyediakan tempat sahaja.
Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Naib Canselor universiti berkenaan, Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak kepada beberapa akhbar bahasa Cina semalam. Mungkin akhbar Melayu tidak seberani akhbar berbahasa Cina dalam menyatakan fakta.
Listen..listen..listen..
Beliau turut menegaskan bahawa kenyataan Sharifah tidak mewakili pendirian UUM dan turut memuji keberanian Bawani dalam menyatakan pandangan.
Namun dari pemerhatian penulis ke atas video berkenaan stelah berulang kali direwind dan diforward, pada awal rakaman mendapati mahasiswa UUM telah berikrar dipimpin oleh seorang Yang Dipertua...Yang Dipertua apa itu tidak jelas pada penulis.
Ikrar itu berbunyi:
Kami, anak-anak bangsa peneraju negara,
Dengan ini berikrar,
Menentang budaya songsang,
Perosak bangsa,
Menentang demonstrasi jalanan,
Penghancur keamanan,
Menentang anasir luar,
Yang menjadi barah,
Perosak anak-anak bangsa,
Kami menyokong keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sesama rakyat Malaysia,
Berbilang bangsa tanpa campur tangan pihak ketiga.
Listen..listen..listen..
Jika UUM tidak terlibat dalam Forum itu, bagaimana NC UUM ini boleh menyediakan tempat dalam UUM dan juga melibatkan seorang mahasiswa yang memegang jawatan Yang Dipertua?
Mustahil pihak UUM tidak terlibat. Kebiasaannya di mana-mana universiti sekalipun setiap program yang dijalankan perlu mendapat kebenaran pihak universiti jadi ini secara tidak langsung ia melibatkan pihak universiti berkenaan.
Listen..listen..listen..
Jika benar pihak UUM hanya menyediakan tempat dan tidak terlibat dengan Forum berkenaan, bermakna orang luar bebas untuk mendapatkan tempat di UUM untuk mengadakan sebarang program.
Siapa yang membenarkan program ini dijalankan dengan penglibatan pelajar UUM? Sudah pasti pihak universiti sendiri yang terlibat. Penafian ini pada penulis adalah tidak masuk akal..
Takkan pihak universiti hanya menyediakan tempat tanpa mengetahui apa sebenarnya isi Forum itu dan tujuan ia diadakan. Takkan forum itu dijalankan secara haram memandangkan ia diadakan dalam universiti jadi ia tertakluk kepada kebenaran universiti itu sendiri.
Kak Pah #Listen kini terkontang-kanting
![]() |
| Dipetik dari The Malaysian Insider. |
Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berterusan menerima kritikan hebat dari kalangan blogger, mahasiswa dan juga pemimpin.
Yang paling sadisnya ialah, beliau juga turut dinafikan memegang jawatan sebagaiTimbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan.
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) melalui Presidennya, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader menyatakan demikian sebagai membalas pertanyaan daripada banyak panggilan telefon yang beliau terima.
Malah, beliau turut berkata, tingkah laku Sharifah Zohra juga sukar dikawal. Apa yang menarik perhatian penulis sekarang ialah jawatan Kak Pah sebagai Pengerusi SW1M. Apakah SW1M? adakah ia sebuah pertubuhan haram?
Mungkin Kak Pah seorang sahaja ahlinya sebab itu beliau bertindak melantik diri sendiri sebagai pengerusi. Agaknya berapakah jumlah ahli dalam SW1M ini? Tak pernah dengar pun sebelum ni..
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut menjawab dalam tweet menjauhkan parti pemerintah itu dari Sharifah. Kini Kak Pah kita sudah terkontang kanting sendirian tanpa ada back-up daripada mana-mana pihak.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah juga tampil mempertahankan Bawani, mengatakan bahawa Sharifah tidak sepatutnya bercakap begitu kepada pelajar tersebut.
Mungkin pada forum berkenaan beliau menjangkakan bahawa tiada sebarang rakaman yang akan dimuat naik ke internet. Agaknya beliau salah jangka..mungkin pada fikiran beliau tiada seorang pun mahasiswa UUM yang berani bertindak begitu.
Maklumlah, UUM ni dah macam sebuah institusi yang melahirkan pelajar berpemikiran pro kerajaan UBN sebab mereka 'dibasuhotakkan' sedemikian rupa. Namun yang nyata ialah Kak Pah tersilap langkah...
Inilah masanya Najib jadi hero..!!
Tindakan kerajaan melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak menyarankan penduduk yang menghadapi masalah bekalan air agar
mengundi Barisan Nasional pada PRU-13 dan berjanji akan menyelesaikan masalah
itu sekiranya mereka berbuat demikian adalah tidak wajar.
Kenyataan Perdana Menteri itu seolah-olah satu ugutan yang
mana mereka perlu mengundi Barisan Nasional pada PRU-13 dahulu untuk kerajaan
mengambil tindakan terhadap permasalahan yang berlaku.
Keadaan ini sudah dijangkakan ramai pihak apabila kerajaan
dan Syabas dilihat hanya berdiam diri tanpa sebarang mengambil sebarang
tindakan yang perlu bagi menangani masalah itu.
Jika benar kerajaan mengambil berat tentang segala
permasalahan rakyat, mereka tidak perlu menunggu PRU-13 untuk selesaikan, malah
jika tindakan drastik diambil untuk membantu penduduk sudah pasti mereka akan
lebih mendapat kepercayaan rakyat.
Kalau congakan begini pun mereka gagal menilai dan membuat
keputusan, masakan rakyat akan terus memilih mereka untuk memegang tampuk
pemerintahan negara di penggal akan datang.
Lagipun, setakat masalah air ini rasanya mereka langsung
tidak mempunyai sebarang masalah untuk tanganinya memandangkan terdapat
berbilion peruntukan yang tersedia kepada rakyat.
Namun, oleh kerana kegedilan mereka untuk menjadikan masalah
ini sebagai isu untuk menyalahkan pihak Kerajaan Selangor, rakyat menjadi
mangsa.
Dalam permasalahan ini juga timbul pelbagai keraguan di mana
pihak Syabas sepatutnya mengambil langkah drastik menyelesaikan isu ini.
Mungkinkah terdapat arahan daripada pihak atasan untuk menangguhkan
penyelesaiaan masalah ini hingga PRU-13 selesai?
Wahai Datuk Seri Najib, rakyat sudah tahu menilai dan jangan
sesekali menjadikan rakyat sebagai mangsa hanya kerana anda ingin pertahankan
kerusi empuk sebagai pemimpin negara. Setiap permasalahan yang dihadapi rakyat
anda perlu hadapi dan selesaikan dahulu, bukannya menjadikan ia sebagai modal untuk
meraih undi pada pilihan raya nanti.
Kalau nak jadi hero, inilah masanya. Selesaikan masalah
rakyat, nescaya rakyat akan lebih menaruh kepercayaan kepada kepimpinan anda.
Jangan hanya menunggu dan jadikan ia modal kerana taktik ini sudah lapuk…rakyat
mampu menilai mana yang baik mana yang buruk.
Jika benar masalah air yang dihadapi rakyat ini hanya
sekadar sandiwara anda semata-mata, memang rakyat akan menunjukkan bantahan
mereka secara langsung melalui kertas undi. Penulis percaya ini bukanlah apa
yang dikehendaki oleh Datuk Seri...
Jadi, selesaikan masalah rakyat jangan hanya pandai menyalak
tak tentu pasal menyalahkan pihak pembangkang semata-mata. Jadilah hero yang
bijak sikit jangan jadi hero yang nampak sangat skripnya dah siap disusun…rakyat
tak bodoh..
![]() |
| Adakah benar bagai dikata? Beliaukah itu? (Sumber gambar: greenboc.blogspot.com) |
15/01/13
Kak Pah #Listen menjawab di twitter...
Mungkin Sharifah Zohra Jabeen yang sebelum ini langsung tak dikenali dan kini beliau terkenal dengan kebodohan dan keangkuhan sudah panas punggung.
Pelbagai reaksi yang ditonjolkan oleh masyarakat maya terhadap beliau setelah beliau men#listenkan diri dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.
Beliau sekali lagi memberi reaksi yang kurang cerdik malah terus menghilangkan peratusan kecerdikan beliau yang sedia kurang itu di Twitter..
Melalui jawapan beliau di Twitter itu, nyata sekali beliau seorang yang angkuh dan hanya perasan yang beliau sahaja bijak pandai di Malaysia, orang lain semua bodoh.
Wahai Kak Pah #Listen....
Kalau benar anda begitu bijak dan enggan mendengar pendapat orang lain, beranikah anda menyahut cabaran oleh beberapa blogger yang 'kurang pandai' ini untuk berdebat???
Jangan risau, blogger di sini semuanya tidak berkelulusan tinggi jika dibandingkan dengan anda wahai Kak Pah #Listen...Jadi apa tunggu lagi?? Sahutlah cabaran untuk berdebat atau berforum.
Kalau berani sila jawab pautan berikut:
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/
http://kerabubersuara.blogspot.com/2013/01/surat-terbuka-kepada-sharifah-zohra.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FRzVdP+%28Kerabu+Bersuara%29
Langgan:
Catatan (Atom)








