22/01/13
Saham FGVH merudum, peneroka terduduk...
Saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) mencatatkan penurunan yang drastik hingga mampu membuatkan peneroka terduduk.
Walau pun banyak suntikan yang dibuat oleh pihak berkenaan bagi memastikan kelangsungan peningkatan saham ini, namun pasaran semasa kini tidak memihak kepada FGVH.
Apakah nasib yang bakal diterima oleh para peneroka yang terlibat selepas ini? Mungkin mereka tidak menyedari penurunan yang sangat drastik ini bakal menjejaskan mereka kerana tidak ramai yang tahu bagaimana cara mendapatkan info mengenai jatuh naik saham itu.
Mainan isu semasa yang hangat sana-sini menenggelamkan isu saham ini hinggakan kejatuhannya pun tidak disedari ramai peneroka yang terlibat.
Dari isu air, kalimah Allah hinggalah kepada pergolakan dalaman membuatkan rakyat terleka dengan isu lain sampai lupa dengan saham yang melibatkan nasib ramai peneroka.
Apa boleh buat....dah dberitahu, dah dikhabarkan...dah diterangkan, tapi kerana terlalu dambakan keuntungan duniawi secara sekelip mata tanpa mengeluarkan keringat, masing-masing jadi keras hati.
Ingatlah wahai peneroka sekalian, tiada apa yang percuma di dunia ini, tiada apa yang boileh dicapai dengan hanya goyang kaki, hatta nak buang air sekalipun dah kena bayar. Air kosong pun sudah dijual sana sini (mineral).
Semuanya kena ada usaha sendiri...kalau ada pun skim yang membolehkan pesertanya goyang kaki menunggu durian runtuh, pasti lambat laun mereka akan ternganga menanggung rugi.
Dalih Kak Pah #Listen untuk selamat diri...
Presiden NGO Suara Wanita 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen
Syed Shah Miskin mempersoalkan sama ada siswi Universiti Utara Malaysia KS
Bawani sengaja "menyusup untuk mencetuskan provokasi" dalam forum
kontroversi 8 Januari lalu.
Dalam perkembangan lain, beliau turut menafikan bahawa
beliau telah bersetuju untuk menghadiri satu forum di Dewan Perhimpunan Cina
Selangor yang dijadualkan berlangsung pada mala mini (22 Jan 2013).
Beliau turut mengakui bahawa beliau dipengaruhi ‘emosi’
sewaktu berdepan dengan Bawani dan enggan memohon maaf sebaliknya beliau pula
yang memaafkan semua yang terlibat mengkritik serta kepada Bawani sendiri.
Bukan itu sahaja, beliau juga dilihat enggan bersemuka dengan
Bawani dalam mana-mana forum atau debat walaupun dijemput secara rasmi.
Pandangan penulis mendapati, beliau seorang yang angkuh dan
enggan meminta maaf sebaliknya mendakwa video berkenaan dimanipulasi dan diolah
bagi menampakkan kesalahan di pihak Bawani.
Hasil pemerhatian setelah video itu diulang tonton oleh penulis,
ia nyata tidak menampakkan sebarang olahan. Malah langsung tiada perubahan
babak di mana video berkenaan dirakam secara terus tanpa peralihan babak.
Jadi bagaimana beliau boleh mendakwa demikian sedangkan
video itu tulen dan pembaca sendiri boleh menilai dengan melihat sendiri
rakamannya di Youtube.
Beliau turut mendakwa bahawa Bawani melanggar peraturan
forum di mana mahasiswi itu bertanyakan seoalan setelah tamat sesi soal jawab.
Kalau sesi soal jawab pun hanya dua soalan dibenarkan itupun mungkin setelah
ditapis oleh penganjur, maka forum itu langsung tidak menggambarkan kewibawaan
dan tidak melambangkan keintelektualan penganjur dan panelisnya.
Berkenaan dengan kenyataan “Bawani menyusup masuk untuk memprovokasi”,
pada pandangan penulis, ia langsung tidak relevan. Siapa Bawani? Bawani adalah
salah seorang mahasiswi yang berdaftar dengan UUM dan forum itu sendiri memaksa
pelajar untuk hadir.
Jadi di sini tidak timbul soal menyusup masuk untuk membuat
provokasi melainkan beliau (Bawani) bukan pelajar UUM. Terlalu banyak alasan yang
sengaja diada-adakan oleh Sharifah bagi menyelamatkan diri.
Daripada kenyataan yang beliau buat pun, pembaca mampu
menilai sejauh mana keintelektualan dan keprofesionalan beliau (Kak Pah) dalam
soal ini. Beliau juga harus ingat bahawa masalah ini mendapat perhatian
daripada golongan pemimpin Umno dan juga timbalan menteri.
19/01/13
'Brainwash' mahasiswa dah lama berakar umbi di IPT...
Mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), Bawani KS menegaskan bahawa pihak kampus itu harus bertanggungjawab terhadap penganjuran forum mahasiswa dan politik yang didakwanya sebagai satu 'brainwash'.
Bawani berkata demikian dalam satu temubual yang dijalankan oleh pihak portal Malaysiakini petang semalam. Beliau turut mempersoalkan mengapa mahsiswa diwajibkan hadir khususnya kepada penghuni Dewan Penginapan Pelajar Proton.
Perkara ini nyata berbeza dengan kenyataan yang dijawab oleh Naib Canselor UUM, Prof Datuk Dr Mustafa Ishak yang berkata pihaknya hanya menyediakan dewan untuk forum itu.
Di sini penulis begitu tertarik dengan isu 'brainwash' dalam kalangan mahasiswa khususnya daripada IPT di bawah naungan kerajaan seperti U***.
Penulis sendiri berpengalaman dalam menghadiri program 'brainwash' ketika bergelar mahasiswa suatu ketika dahulu. Benar...ia memang diwajibkan kepada semua pelajar dengan alasan (ugutan layaknya) sesiapa yang tidak hadir akan dikenakan tindakan tatatertib atau dibuang universiti.
Penulis bersama beberapa rakan seperjuangan diwajibkan menghadiri kursus Biro Tatanegara yang berlangsung di musim cuti semester. Sebenarnya, program berkenaan dibuat dengan objektif untuk melahirkan graduan yang trahu serta memahami perjuangan pejuang kemerdekaan terdahulu sekaligus meningkatkan jati diri pelajar terhadap negara.
Namun ia nyata sekali disalahgunakan oleh pihak berkenaan untuk mem'brainwash' mahasiswa agar menyokong penuh tampuk pemerintahan negara, dalam bahasa mudah ialah Barisan Nasional dan Umno.
Penulis masih ingat kenyataan salah seorang Fasilitator yang ditugaskan ketika itu, lebih kurang begini bunyinya, "Kamu beruntung berada di U***, universiti ini tolong Melayu, jadi kamu kena balas budi kerajaan. Ini adalah universiti milik Umno jadi kamu semua kenalah sokong Umno"...
Silap penulis ketika itu ialah tidak merekodkan atau mencatat nama fasilitator berkenaan. Mungkin ketika itu penulis terlalu mentah untuk memahami erti perjuangan sebenar serta mana yang baik dan buruk.
Mahasiswa ketika itu sememangnya dimomokkan dengan ugutan demi ugutan...antaranya ialah mahasiswa patut bersyukur kerana yuran universiti berkenaan murah, kerajaan tolong jadi semkua wajib kena tolong dan sokong kerajaan.
Mahasiswa ketika itu senang nak diugut atau ditakutkan...kenakan syarat, siapa langgar buang universiti atau tatatertib..Disebabkan terkenang mak dan ayah di kampung yang bersusah payah hantar masuk universiti, jadi ramai yang akur dan langsung takde yang berani nak angkat kepala sekalipun.
Jadi budaya sebegini sudah lama berakar umbi. Tidak hairanlah jika mahasiswa kita kini kurang berkualiti jika dibandingkan dengan generasi mahasiswa terdahulu. Mahasiswa terdahulu melahirkan banyak tokoh politik yang lantang bersuara. Ini adalah hasil daripada didikan IPT dulu yang tidak melibatkan campur tangan pihak kerajaan dan mahasiswa bebas bersuara serta menyatakan pendapat.
Sekarang jauh sekali perbezaan jika dibandingkan dengan dahulu...semua mahasiswa ikut telunjuk sahaja, jika arahan ke longkang, maka longkang lah tempat mereka, jika ke tangki najis sekalipun, tangki najis lah mereka berkubang...Bebaskanlah mahasiswa kita dari belenggu ini untuk melahirkan generasi berkepimpinan serta berkualiti.
18/01/13
Forum Yang dinanti-nanti telah tiba....
Forum yang dinantikan ramai telah tiba...Forum Kebebasan Akademik dan Hak Asasi....Hebat-hebat ahli panel yang dijemput dan yang paling dinantikan pun akan hadir...KS Bawani dan Kak Pah #Listen...
Harap-harap tiada yang tarik diri di saat akhir...Jika ada pun mungkin beliau ada masalah peribadi atau masalah yang tidak dapat dielakkan....sekurang-kurangnya berani untuk berdepan dengan rakyat setelah buat salah.
Tak macam pemimpin negara yang kata No.1 tu. Cakap belakang berkobar-kobar, bila ajak berdebat menikus tak tentu arah. Alasan berkepuk-kepuk diwar-warkan pada rakyat.
Malulah sikit pada rakyat...bila orang ajak berdebat, selaku pemimpin yang duk kata No.1 sahut la cabaran. Jangan hanya pandai menyalak di belakang khalayak saje. Siapa pemimpin yang duk kata No.1 tu?? Hehehehehee....
17/01/13
Patrick Teoh cuba main api...
Kenyataan yang dikeluarkan oleh personaliti radio dan pelakon, Patrick Teoh yang meluahkan ketidakpuasan hati terhadap garis panduan yang dikenakan oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah bagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina adalah satu tindakan biadap.
Garis panduan itu antara lainnya menetapkan artis yang membuat persembahan agar berpakaian sopan, tidak menjolok mata, dan digalakkan menyanyikan lagu berunsur ketuhanan dan nasihat.
Teoh yang tidak puas hati dengan garis panduan tersebut berkata: "Menyanyikan lagu-lagu motivasi!!! Motivasi jenis apa yang mereka mahukan? Abaikan identiti dan jadi pak turut? Sembahyang lima kali sehari? Selubung seluruh badan perempuan? Apa ni???"
Jelas sekali ia melibatkan bukan sahaja Kerajaan PAS Kedah, malah turut mengaitkan sentimen agama yang mana ia berbaur hinaan terhadap Islam.
Kepada Patrick Teoh, anda hanya mementingkan diri dan nafsu anda sahaja tanpa memikirkan orang lain. Sentimen agama adalah terlalu sensitif jangan sesekali mengaitkan agama Islam jika anda ingin berhibur dengan hiburan terlampau anda itu.
Nak kritik boleh kritik tapi biarlah berhemah dan berpada-pada. Bak kata orang tua muda, terlajak perahu boleh diundur (orang tua), terlajak TWEET padah la jawabnye (orang muda).
Kenyataan itu jelas tidak menggambarkan semangat perpaduan dalam diri anda...adake semangat perpaduan dalam diri anda? Jika anda masakan anda boleh menyatakan pendapat tanpa menggunakan otak..!!!
Mungkin anda sememangnya tiada otak..!! Bangang macam Patrick Starfish Spongebob...
Dah sedap mengutuk agama orang lepas tu minta maaf...sama perangai macam puak-puak MCA yang duk hina agama Islam sebelum ni...dah siar dalam akhbar The Star, lepas tu mohon maaf...lepas tu buat balik..dah jadi mainan puak-puak ni.
Yang menghairankan ialah.....Mana yang duk canang diri mereka sebagai pejuang agama? Pejuang bangsa?...Mana Perkasa?...Mana Pekida? Mana Mahaguru Omardin Mauju? Bangkitlah nyatakan pendirian kalian jika benar bagai dicanangkan sebagai pejuang agama dan bangsa.
![]() |
| Kenyataan maaf Patrick. |
16/01/13
#Listen: UUM nafi terlibat dengan forum..
Listen..listen..listen..
Universiti Utara Malaysia (UUM) mendakwa pihak mereka tidak terlibat secara langsung dengan program Forum Suara Mahasiswa: Seiringkah Mahasiswa dan Politik melibatkan Pengerusi SW1M dan hanya menyediakan tempat sahaja.
Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Naib Canselor universiti berkenaan, Prof Datuk Mohamed Mustafa Ishak kepada beberapa akhbar bahasa Cina semalam. Mungkin akhbar Melayu tidak seberani akhbar berbahasa Cina dalam menyatakan fakta.
Listen..listen..listen..
Beliau turut menegaskan bahawa kenyataan Sharifah tidak mewakili pendirian UUM dan turut memuji keberanian Bawani dalam menyatakan pandangan.
Namun dari pemerhatian penulis ke atas video berkenaan stelah berulang kali direwind dan diforward, pada awal rakaman mendapati mahasiswa UUM telah berikrar dipimpin oleh seorang Yang Dipertua...Yang Dipertua apa itu tidak jelas pada penulis.
Ikrar itu berbunyi:
Kami, anak-anak bangsa peneraju negara,
Dengan ini berikrar,
Menentang budaya songsang,
Perosak bangsa,
Menentang demonstrasi jalanan,
Penghancur keamanan,
Menentang anasir luar,
Yang menjadi barah,
Perosak anak-anak bangsa,
Kami menyokong keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sesama rakyat Malaysia,
Berbilang bangsa tanpa campur tangan pihak ketiga.
Listen..listen..listen..
Jika UUM tidak terlibat dalam Forum itu, bagaimana NC UUM ini boleh menyediakan tempat dalam UUM dan juga melibatkan seorang mahasiswa yang memegang jawatan Yang Dipertua?
Mustahil pihak UUM tidak terlibat. Kebiasaannya di mana-mana universiti sekalipun setiap program yang dijalankan perlu mendapat kebenaran pihak universiti jadi ini secara tidak langsung ia melibatkan pihak universiti berkenaan.
Listen..listen..listen..
Jika benar pihak UUM hanya menyediakan tempat dan tidak terlibat dengan Forum berkenaan, bermakna orang luar bebas untuk mendapatkan tempat di UUM untuk mengadakan sebarang program.
Siapa yang membenarkan program ini dijalankan dengan penglibatan pelajar UUM? Sudah pasti pihak universiti sendiri yang terlibat. Penafian ini pada penulis adalah tidak masuk akal..
Takkan pihak universiti hanya menyediakan tempat tanpa mengetahui apa sebenarnya isi Forum itu dan tujuan ia diadakan. Takkan forum itu dijalankan secara haram memandangkan ia diadakan dalam universiti jadi ia tertakluk kepada kebenaran universiti itu sendiri.
Kak Pah #Listen kini terkontang-kanting
![]() |
| Dipetik dari The Malaysian Insider. |
Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin berterusan menerima kritikan hebat dari kalangan blogger, mahasiswa dan juga pemimpin.
Yang paling sadisnya ialah, beliau juga turut dinafikan memegang jawatan sebagaiTimbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan.
Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) melalui Presidennya, Senator Datuk Syed Ibrahim Kader menyatakan demikian sebagai membalas pertanyaan daripada banyak panggilan telefon yang beliau terima.
Malah, beliau turut berkata, tingkah laku Sharifah Zohra juga sukar dikawal. Apa yang menarik perhatian penulis sekarang ialah jawatan Kak Pah sebagai Pengerusi SW1M. Apakah SW1M? adakah ia sebuah pertubuhan haram?
Mungkin Kak Pah seorang sahaja ahlinya sebab itu beliau bertindak melantik diri sendiri sebagai pengerusi. Agaknya berapakah jumlah ahli dalam SW1M ini? Tak pernah dengar pun sebelum ni..
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut menjawab dalam tweet menjauhkan parti pemerintah itu dari Sharifah. Kini Kak Pah kita sudah terkontang kanting sendirian tanpa ada back-up daripada mana-mana pihak.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah juga tampil mempertahankan Bawani, mengatakan bahawa Sharifah tidak sepatutnya bercakap begitu kepada pelajar tersebut.
Mungkin pada forum berkenaan beliau menjangkakan bahawa tiada sebarang rakaman yang akan dimuat naik ke internet. Agaknya beliau salah jangka..mungkin pada fikiran beliau tiada seorang pun mahasiswa UUM yang berani bertindak begitu.
Maklumlah, UUM ni dah macam sebuah institusi yang melahirkan pelajar berpemikiran pro kerajaan UBN sebab mereka 'dibasuhotakkan' sedemikian rupa. Namun yang nyata ialah Kak Pah tersilap langkah...
Langgan:
Catatan (Atom)







